26 July 2006

Cara Terbaik Untuk Mendidik Anak

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak isu yang melibatkan anak anak bermasaalah hinggakan kerajaan sedang mengkaji untuk menghukum ibu bapa terhadap kesalahan yang dilakukan oleh anak anak mereka. Secara umumnya majority masyarakat mengatakan bahawa punca permasalahan anak anak sekarang adalah kurang didikan dan pengawasan dari ibu bapa. Oleh yang demikian, marilah kita berkongsi pandangan Pipi tentang cara cara yang terbaik untuk mendidik anak anak.

Pertama, ibu bapa perlulah memberi sepenuh kasih sayang kepada anak anak masing masing. Kasih sayang yang dimaksudkan di sini ialah dengan memanjakan anak anak dengan wang ringgit dan segala macam benda yang mereka tidak perlu. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi wang belanja sebanyak RM20 setiap hari untuk anak anak yang baru masuk darjah satu. Selain itu, ibu bapa juga boleh membelikan pakaian pakaian yang berjenama dan berharga ratusan ringgit untuk anak anak mereka demi menunjukkan perasaan kasih sayang walaupun anak itu baru berusia 6 bulan dan tidak mengerti apa apa tentang Guess, Osh Kosh, Barbie dan lain lain.

Kedua, ibu bapa mestilah menyokong minat anak anak mereka. Sebagai contoh, sekiranya anak anda berminat untuk menjadi mat rempit, anda perlulah membeli sebuah motor dan membantu anak anak anda untuk mengubahsuai motor tersebut supaya lebih berkuasa. Ibu bapa juga mesti sentiasa bersedia untuk pergi ke balai polis pada malam minggu untuk menjamin anak anak yang telah ditangkap kerana berlumba haram. Sekiranya anak anda minat menjadi seorang penyanyi, anda juga mesti menyokong minat tersebut. Tidak guna untuk anda memaksa anak anak anda berlajar rajin rajin kerana mereka lebih berminat untuk jadi penyanyi. Temankan mereka menghadiri uji bakat program realiti dan anda boleh membuat kecoh dan menggugut untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya anak anda tidak dipilih. Dengan yang demikian, anak anak akan berasa lebih dihargai oleh ibu bapa masing masing.

Ibu bapa juga tidak digalakkan untuk terlalu mengongkong anak anak kerana ini akan menyebabkan jiwa mereka akan memberontak dan menimbulkan masalah lain. Seboleh bolehnya berilah kebebasan sepenuhnya untuk anak anak anda baik dari segi berpakaian, pilihan rakan rakan dan lain lain. Ibu bapa boleh menggalakkan anak anak untuk keluar malam atau pun bermalam di mana mana demi menunjukkan yang betapa ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya. Pipi percaya jika perkara ini dibuat oleh ibu bapa, maka kes lari dari rumah tidak akan ada lagi di Malaysia. Sekiranya anak perempuan anda suka menayangkan pusat dan lurah dada, sila belikan mereka baju baju yang singkat. Jangan tegah dengan siapa anak anak anda berkawan kerana ini akan menyekat perkembangan minda mereka. Sebagai contoh, adalah baik sekiranya anak anda yang berumur 15 tahun berkawan dengan seseorang yang berumur 30 atau 40 tahun. Secara tidak langsung mereka akan mengenal erti seks dan realiti kehidupan sebenar dalam usia yang masih muda.

Keempat dan terakhir, hormatilah pilihan anak anak anda. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa menghormati pilihan anak anak mereka. Sebagai contoh, sekiranya anak perempuan anda memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang berumur dua kali ganda dari beliau, jangan halang. Sebaliknya gunakanlah kesempatan itu untuk kepentingan peribadi anda. Ataupun, sekiranya anak anda memilih untuk menjadikan dadah sebagai teman setia beliau, bantulah anak anda untuk mendapatkan bekalan yang secukupnya. Ini adalah penting untuk menjamin anak anda tidak mengalami ketagihan melampau dan membunuh anda sendiri seperti mana yang telah banyak kali berlaku.

-PP-

24 July 2006

Iklan Jawatan Kosong

Pipi ada kerja kosong, sapa nak apply tinggalkan nama, number handphone dan alamat email kat ruangan komen. Nanti senang Pipi nak guna information untuk menipu mereka yang terdesak dan pendek akal. Pipi boleh jual phone number dekat mana mana syarikat atau spam email dengan iklan iklan bodoh.

1. Model untuk tudung dan pakaian wanita muslim. Calon calon yang baru putus tunang akan diberi keutamaan. Mesti mempunyai bulu kening yang lebat supaya mudah dicukur bagi mendapatkan bentuk yang sesuai.

2. Penjual VCD/DVD cetak rompak dikehendaki di kawan Lembah Klang. Pengalaman kerja tidak diperlukan. Boleh membaca dan mengira wang. Pendapatan berdasarkan komisen dan boleh mencecah empat angka sebulan. Kemudahan pembayaran jaminan lokap disediakan oleh majikan.

3. Pegawai penguatkuasa diperlukan segera untuk jabatan kerajaan. Mereka yang berkebolehan untuk bekerja dengan sebelah mata adalah digalakkan memohon. Mesti berani berhadapan dengan ahli politik.

4. Pengawal keselamatan diperlukan. Pengalaman kerja yang berkaitan dengan cash in transit sahaja. Mereka yang pernah terlibat dengan jenayah merompak van keselamatan syarikat sendiri digalakkan memohon.

5. Bomoh diperlukan. Tidak mengira bangsa dan agama. Pendapatan dikira berdasarkan perkongsian keuntungan 50 -50. Kebolehan menipu dan berkata kata manis adalah diutamakan. Terdapat peluang untuk mengadakan hubungan seks dengan mangsa perempuan yang bodoh dan percayakan anda.

6. Lepasan sekolah dikehendaki untuk syarikat jualan langsung. Kebolehan untuk mengetuk pintu rumah dan menipu suri rumah yang keseorangan diperlukan untuk jawatan ini. Mesti pandai memutarbelitkan fakta, dan membuat muka muka terkejut setelah mangsa, maksud kami pelanggan menggores kad dan memenangi sebuah kereta.

So for those yang nak apply, please do so. Jangan terlambat kerana peluang keemasan ini hanya datang sekali sahaja.

-PP-

21 July 2006

Tak Habis Habis Pasal Siti Dengan Datuk K

Pipi sungguh bosan! Hari hari orang cerita pasal Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Bukak tv, cerita diaorang, bukan radio cerita diorang, bukak suratkhabar MELAYU pun cerita diaorang jugak, bukak email cerita anak Datuk K. All those majalah hiburan tak payah nak cakap la, dari tahun lepas lagi dah cerita pasal diorang ni. Pipi hairan betul la, dah takde lagi ke benda benda penting yang nak dicerita selain dari cerita diaorang ni.

Dari apa yang Pipi baca secara tak sengaja, konon kononnya, perkahwinan dia orang berdua ni akan jadi yang terhebat di alaf ini. KLCC la, naik kereta kuda la, gaun harga puluh ribu la dan ntah hapa hapa lagi gimik. Harapan Pipi janganlah nanti sampai tutup jalan kat kawasan KLCC tu semata mata nak kasi peluang Siti naik kereta kuda. Itu bakal menyusahkan rakyat jelata yang tidak bersalah.

Semalam Pipi dengar radio, memang dah tak boleh lari dari kisah dua orang ni. Ramai yang telefon dan bagi komen, as if tukang bagi komen ni adalah pakar rumahtangga. Ada yang setuju, ada yang tak setuju. Tapi pada pandangan Pipi, kalau orang lain tak setuju pun, apa Siti nak peduli. Yang penting dia bahagia di samping suami dan anak anak instant yang tercinta. Perkahwinan bukanlah seperti Akademi Fantasia yang boleh main pakai sms mintak masuk balik selepas terkeluar.

There was this one comment yang Pipi dengar semalam, tak tau la niat dia baik ke tak, tapi apa yang dia cakap lebih kurang macam ni la. “Saya harap Datuk K jagalah Siti baik baik dengan tidak mensia siakan Siti seperti beliau mensia siakan bekas isterinya”. Sungguh dalam sekali maksud komen tersebut.

Pipi pun ada dapat email pasal anak Datuk K yang kononnya dikatakan sangat sosial. Penyebaran email ini dibuat oleh manusia manusia yang tidak ada kerja lain selain dari menyusahkan orang dan memenuhi Inbox email Pipi. Apa yang menghairankan Pipi ialah email tersebut tersebar luas setelah Siti mengumumkan hubungan beliau dengan Khalid.(Pipi dah malas nak taip Datuk). Sebelum ini, takde seorang pun yang peduli nak sebarkan gambar gambar tersebut.

For those lelaki lelaki bujang yang kecewa kerana Siti dah nak kahwin, Pipi ada nasihat berikut:

Forget it, tak guna nak kecewa kalau anda tidak pernah mencuba mengorat Siti dulu.

Forget it, kerana tak mungkin Siti akan melayan anda kerana Siti telah membuat kenyataan bahawa beliau sukakan Khalid sebab kasih sayang beliau terhadap anak anak. This means that Siti memang suka lelaki yang dah berkahwin atau duda yang mempunyai anak dan tidak suka orang bujang.

Forget it, sebab NONE of you yang masih muda, bujang dan ada title Datuk, Siti tak kisah sangat pasal duit.

But then, anda tidak perlu risau sangat walaupun siti nurhaliza dah nak kawin dengan khalid. Antara alternative yang masih tinggal untuk anda ialah:

Erra Fazira,
Noraniza Idris, or paling kurang pun, anda boleh mengorat…
Nordiana, bekas tunang Mawi.

-PP-

20 July 2006

Persidangan Ahli Matematik Melayu

Pipi sangat busy for the past week so Pipi tak sempat nak update blog. Walaubagaimanapun, Pipi nak ambik kesempatan untuk berkongsi pengalaman Pipi about what happened. Last week, Pipi telah mendapat satu kesempatan untuk menghadiri persidangan ahli ahli matematik professional di sebuah negeri di selatan tanahair. Sebenarnya, Pipi pergi atas tujuan lain, tetapi secara tidak sengaja Pipi telah terserempak dengan ahli ahli matematik ketika Pipi sedang makan tengah hari.

Persidangan yang kebanyakan pesertanya adalah kaum Melayu itu berlangsung dalam suasana yang agak sederhana. Tempat yang mereka pilih untuk mengadakan persidangan itu juga merupakan restoren biasa sahaja tidak seperti Siti Nurhaliza dengan Datuk K yang mengadakan press conference di restoren esklusif. Pipi juga tidak nampak kelibat wartawan yang berpusu pusu untuk melaporkan berita tentang persidangan tersebut. Nampaknya Siti Nurhaliza lebih popular jika dibandingkan dengan ahli matematik Melayu ini.

Acara yang dilangsungkan juga tidak begitu gah dan tidak ada publisiti meluas. Mereka agak sederhana dalam serba serbi. Mungkin itu merupakan style orang yang bijak pandai. Pipi perhatikan ahli matematik ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Terdapat juga ahli matematik ini yang keseorangan. Kemungkinan individu ini mempunyai teori sendiri dalam menyelesaikan masalah matematik tersebut. Ahli matematik ini terdiri dari golongan yang berumur dalam lingkungan 20an hinggalah 60an.

Pada pandangan Pipi, kesemua mereka yang terlibat adalah terdiri dari golongan genius. Mereka tidak menggunakan peralatan peralatan lazim seperti kalkulator, computer dan macam macam lagi. Apa yang mereka gunakan cumalah sebatang pen yang berharga 50 sen dan sekeping kertas kecil untuk catatan nota dan nombor.

Setelah hampir setengah jam memerhatikan perlakuan pelik ahli matematik ini, baru lah Pipi sedar bahawa mereka bukanlah ahli matematik yang bertauliah. Mereka ialah sebenarnya pakar nombor ekor yang sedang meramal nombor apakah yang akan keluar untuk menang jackpot. Bila keluar dari restoren barulah Pipi perasan terdapat satu kedai Sport Toto dan satu kedai Magnum kat sebelah restoren tu.

What a waste of time!

-PP-

11 July 2006

Only The Good Dies Young

“Anak saya adalah seorang yang pendiam dan tidak banyak menimbulkan masalah. Saya tidak sangka dia boleh terlibat dalam kejadian sedemikian.”

“ Anak saya merupakan seorang yang bertanggungjawab dan selalu membantu keluarga. Dia juga ada bercerita tentang hasratnya untuk membeli rumah untuk saya dan isteri.”

Petikan di atas adalah dua contoh responds dari ibu atau bapa tentang anaknya yang mati di dalam kejadian yang tidak disangka sangka.

Berdasarkan beberapa kejadian yang telah berlaku, Pipi dapat membuat kesimpulan seperti berikut :

Anak anak yang baik selalunya akan mati awal tidak kiralah samada mereka mati ketika berlumba haram, ditikam kerana berebutkan perempuan, dibunuh oleh bekas kekasih atau pun mati dengan keadaan bogel sambil tangan diikat dengan wayar seterika ATAU

Anak anak yang baik ini juga akan mati tanpa sempat membantu ibu bapa mereka ATAU

Anak anak sebenarnya sangat pandai berlakon menjadi baik di hadapan ibu bapa sedangkan di belakang mereka perangai seseorang mengalahkan setan ATAU

Anak anak yang jahat walaupun terlibat dalam pelbagai kegiatan tidak sihat tidak akan mati awal ATAU

Ibu bapa yang mengetahui anak anak mereka sememangnya orang jahat dan mati dalam keadaan yang mencurigakan enggan diwawancara oleh wartawan ATAU

Ibu bapa suka untuk mencover kegiatan tidak bermoral anak anak mereka dengan mendakwa anak mereka seorang yang baik selepas anak tersebut mati.

-PP-

07 July 2006

Tips Kebahagian Rumahtangga

Sebagai seorang kaunselor yang tidak bertauliah (tak ada phd), Pipi ingin mengajak semua untuk berkongsi tentang panduan memilih pasangan hidup. Tip tip yang dinyatakan di bawah adalah penting bagi memastikan anda mendapat kebahagian rumahtangga dan tidak putus tunang atau pun bercerai selepas hanya setahun mendirikan rumahtangga.

Pertama, kaji tempoh masa berkenalan di antara anda dan pasangan anda. Jangan terlalu gatal untuk berkahwin setelah berkenalan hanya selama enam bulan melainkan anda telah terlanjur dan bakal mendapat anak luar nikah. Kebanyakan mereka yang berkahwin setelah berkenalan dalam tempoh yang singkat membuat keputusan untuk berkahwin berdasarkan angan angan semata dan bukannya fakta. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk mengambil masa terlalu lama untuk mengenal pasangan anda kerana anda semestinya tidak mahu mendirikan rumahtangga apabila usia anda mencecah 40an. Pengecualian diberikan kepada duda/janda atau pun businessman berjaya yang mempunyai pangkat Datuk.

Kedua, sila pilih pasangan sendiri yang sesuai dengan anda. Walaupun sudah jarang berlaku, tetapi masih ada segelintir insan bodoh yang berkahwin atas pilihan keluarga atau pun semata mata ingin menggembirakan hati keluarga. Anda boleh mendengar pandangan atau pendapat keluarga anda tetapi jangan sampai mereka memilih pasangan untuk anda. Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga hanya sesuai dipraktikan di zaman Hang Tuah. Pengecualian diberikan sekiranya anda seorang anak dara tua atau anak teruna tua yang tidak berapa pandai mengorat.

Seterusnya, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pasangan masing masing. Manusia tidak sempurna, anda tidak boleh mengharapkan bahawa pasangan anda adalah seorang yang perfect dan boleh memberikan kebahagian dalam tempoh sekelip mata. Proses ini sangat memakan masa dan memerlukan kesabaran. Kurangnya kesabaran boleh rumahtangga anda porak peranda.

Keempat, sila tanya diri anda, adakah anda bersedia untuk menghadapi masalah sifat dan tingkah laku pasangan anda setelah berkahwin nanti? Masalah tingkah laku ini termasuklah cemburu buta, panas baran, kaki botol, kaki dadah dan sebagainya. Jangan terlalu risau sekiranya pasangan anda ialah seorang kaki bangku kerana dia tidak akan membuang masa bermain futsal bersama rakan rakan dan akan menghabiskan masa untuk menatap muka anda sahaja. Sanggupkan anda dilempang atau diterajang oleh pasangan anda yang kaki botol? Sangggupkan anda menghadapi risiko ditikam oleh pasangan anda yang mempunyai masalah penagihan dadah? Sekiranya jawapan anda ialah YA, maka anda adalah seorang yang sangat bodoh dan rumahtangga anda pasti berkecai sepaaruh jalan.

Kelima dan terakhir, pilihlah pasangan yang mempunyai kebolehan berkomunikasi yang tinggi. Antara kebolehan berkomunikasi oleh orang perempuan ialah termasuk menjerit kepada suami, menghentak hentak kaki atau sekurang kurangnya membuat muka apabila berhadapan dengan masalah rumahtangga. Sekiranya anda seorang lelaki yang mempunyai isteri sedemikian, anda patut rasa bersyukur kerana isteri anda masih boleh berkomunikasi dengan anda. Sila ambil perhatian bahawa cara cara berkomunikasi seperti menyepak, melempang dan membaling pinggan mangkuk adalah salah.

Semoga dengan tip tip di atas dapat membantu anda memilih pasangan yang sesuai dan mendapat kebahagian rumahtangga. For those yang sudah berkahwin dan mendapati bahawa anda sudah tersilap langkah, cepat cepat cari jalan penyelesaian. Kalau tak boleh jugak, cepat cepat cerai dan cari pasangan baru. Anda tidak perlu risau tentang orang akan menghebohkan penceraian anda melainkan anda ialah seorang celebriti.

-PP-

05 July 2006

Signs That Your Enggagement Won't Last

Berikut adalah beberapa tanda yang membayangkan bahawa ikatan pertunangan anda tidak akan sampai ke jinjang pelamin:

1. Tunang anda masuk rancangan realiti tv dan seterusnya menjadi juara. Peminat peminat tunang anda adalah 90% terdiri dari mereka yang berlawan jantina dengan tunang anda itu.

2. Tunang anda teragak agak untuk menyatakan tentang pertunangan beliau dan anda apabila di tanya di khalayak ramai.

3. Tunang anda adalah seorang yang popular, manakala anda cuma seorang pekerja kilang sahaja.

4. Tunang anda yang berasal dari kawasan pendalaman berpindah ke bandar dan terdedah kepada beribu ribu lagi manusia yang lebih hensem / cantik dari anda.

5. Jarak antara rumah anda dan rumah tunang anda adalah lebih kurang 410km.

6. Tunang anda sudah mula meminati hobi memancing di waktu malam.

7. Tunang anda menjadi duta untuk syarikat telefon bimbit dan mempunyai beberapa telefon bimbit tetapi lebih gemar menghantar sms kepada orang lain pada pukul 2 pagi.

8. Anda ingin menyaingi populariti tunang anda dan anda sendiri menjadi model untuk majalah.

9. Terdapat orang lain yang jauh yang menyimpan perasaan terhadap anda secara diam diam dan hanya menunggu masa untuk melamar anda.

So, for those yang tengah bertunang sekarang ni, sila periksa samada terdapat perkara perkara di atas yang berlaku. Sekiranya ada, sila jangan buang masa dengan berbincang. Anda boleh memutuskan ikatan pertunangan hanya dengan semudah menelefon tunang anda sahaja.

-PP-




04 July 2006

Hikayat Seekor Cipan

Pipi tak sempat nak update blog hari ni, so baca je la apa yang ada kat bawah ni.

Pada zaman dulu, ade seekor babi. Dia ada seekor kawan baik yang bernama Cipan... Pada satu hari, babi itu meminta rakannya melukis gambarnya. Cipan pun menggunakan segala kekreatifan yang ada padanya untuk melukis gambar kawannya itu.... Apabila lukisan itu siap, cipan pun menyerahkan lukisan itu kepada babi itu. Selepas memerhati lukisan tu, dengan sepantas kilat sang babi itu memberi satu flying kick kat cipan .... kesian cipan terselit kat celah batu tempat dia melukis gambar kawannya itu..... lalu babi itu pun berkata "lagi sekali kau lukis gambar aku macam babi, aku bunuh kau".

Pipi telah menggunakan teknik yang popular yang diberi nama “copy and paste” untuk menghasilkan entry di atas.

-PP-

03 July 2006

Sila Periksa Salasilah Keturunan Anda

Pipi ada satu pesanan yang sangat penting untuk sesiapa yang bercita cita hendak menjadi celebriti dan popular di serata tanah air.

Sila pastikan bahawa anda membuat penyelidikan tentang keturunan anda sebelum menceburkan diri di dalam bidang yang membuatkan anda popular. Sebaik baiknya kumpulkan bukti bukti bertulis tentang di mana anda dilahirkan, siapakah bidan (kalau dulu dulu la) atau doktor yang menyambut kelahiran anda, di mana anda dilahirkan dan sebagainya.

Ini adalah penting bagi menangkis dakwaan mana mana pakcik dan makcik seperti Pok Loh, Pok Ngoh, Mok Ngoh dan sebagainya yang mengatakan bahawa anda sebenarnya adalah anak mereka yang diberikan kepada orang lain semasa kecil untuk dijaga buat sementara waktu.

Of course, you may opt for a DNA testing but then itu akan melambatkan process dan juga menyusahkan golongan warga emas tersebut.

Sekiranya anda orang biasa biasa je, anda tidak perlu risau sangat tentang perkara ini kerana sudah pasti tidak akan ada orang lain selain dari ibu bapa kandung anda yang akan mengaku anda anak mereka.

-PP-

29 June 2006

Advetisement - Quick Money

This is a chance for you to earn quick cash. If you are a single man, you may have the chance to earn RM 40,000. A married man stands a chance to earn from RM 10,000 to RM 30,000 depending on the number of wife or wives that you have right now. Single woman stand a chance to earn RM 10,000 maximum only. On top of that you will be given a 4WD vehicle as a gift. This offer does not apply to a married woman and Non Muslim.

If you are really interested, do the following:

Go the Kelantan, meet with the local government and inform them that you are willing to marry the Orang Asli. The state government will pay you RM 10,000 for each of the Orang Asli that you marry plus the 4WD vehicle. Single man might want to propose to the government that you want to marry 4 Orang Asli women at once so that you can earn RM 40,000 easily. I am not sure whether you will get four 4WD vehicles or not. Married man might consider splitting the money with their current wife to persuade them to allow you to marry another woman or other women if you need more money. Since according to Islamic rules that woman cannot have more than one husband, single woman will only have a chance to get married with one Orang Asli man and thus earning RM 10,000 plus the 4WD vehicle.

If you are really nut and crazy for money, you might follow some of the local celebrities’ style by getting a quick divorce after you marry the Orang Asli. Just imaging you are getting married for 10 times in a year; that is RM 100,000 of easy money plus a business of your own, selling 4WD vehicles!

Good Luck!

-PP-

26 June 2006

Diari Akademi Keluarga

Satu rancangan yang diberi nama Akademi Keluarga telah diwujudkan bagi menyaingi rancangan realiti Akademi Fantasia yang sedang berlangsung sekarang. Berikut adalah sedikit sedutan daripada diari Akademi Keluarga untuk tatapan semua.

Tarikh – 24/6/2006, Sabtu
Masa – 8.35 malam
Lokasi – Rumah Keluarga Isteri.

Situasi 1
Si isteri terkocoh kocoh dan kelam kabut menyediakan hidangan makan malam untuk suami. Si isteri berlari lari anak menuju ke ruang tamu untuk menonton tv selepas siap menyendukkan lauk dan nasi untuk suami dan meninggalkan si suami terkulat kulat keseorangan.

Situasi 2
Adik perempuan isteri sedang leka membelek belek dan menekan butang telefon bimbit tanpa menghiraukan keadaan sekekeling. Sekali sekala kelihatan beliau tersengih seorang diri.

Situasi 3
Si suami dengan muka yang masam mengadap makanan seorang diri di dapur. Di dalam hati, beliau sudah berkira kira untuk memecahkan skrin tv.

Situasi 4
Ibu kepada si isteri (ibu mentua si suami) tercegat di depan pintu bilik yang mengadap peti television dengan berpakaian telekung sembahyang sementara menantikan masuk waktu Isyak dengan mata terarah kepada peti television. Mulutnya becok menanyakan kepada si isteri tentang perkembangan terbaru rancangan di kaca tv tersebut.

Situasi 5
Anak kepada pasangan suami isteri tersebut berlari lari dengan gembiranya di segenap ceruk rumah dengan lampin yang dipenuhi najis dan air kencing tanpa ada yang menghiraukan anak yang malang itu.

Sila pilih peserta kegemaran anda dan sms AKUNDI (suami/isteri/adik/ibu/anak) dan hantarkan kepada 32888.

-PP-




23 June 2006

Hidden Advertisement

Kebanyakan iklan, tak kirala iklan apa pun akan sedaya upaya untuk mempamerkan imej yang baik untuk produk atau service yang di offer. None of the advertisement yang akan cakap benda benda tidak senonoh tentang product/service diorang. For example, you can see a company supplying the air conditioning system advertised that their product can kill 99.9% germs. Advertisement tak menipu, it is just that they do not disclose all the details.

Mari kita lihat contoh contoh iklan yang mempunyai ayat ayat yang tertinggal kat belakang:

Rumah Untuk Dijual. 100% Pinjaman, Percuma Yuran Guaman. Siap dalam masa 2 tahun. (Kalau nasib anda tidak baik, rumah akan terbengkalai dan anda terpaksa menghadapi hutang bank seumur hidup.)

Skim Pinjaman Mudah. Untuk pegawai kerajaan dan swasta. Gaji minimum RM50 boleh memohon. Tanpa Penjamin dan Kelulusan Segera. (Kami hanya akan mengganggu kententeraman hidup anda dan keluarga sekiranya anda mampu membuat pembayaran. P/s: Kami juga ada menjual cat berwarna merah.)

Dinner with your loved one – Priceless
New clothes each month – Priceless
Showing of your gold credit card to your friends – Priceless
(Declared bankrupt in the next few months – USELESS)

Cara mudah untuk melangsingkan badan. Tanpa ubat, tanpa kesan sampingan. Dijamin Berkesan. (Kebekersanan hanya akan diperolehi sekiranya anda mengikuti program kami selama beberapa tahun.)

Closing Down Sale. Great Discount. (We will not be closing if we manage to generate the profit from the sale Closing Down Sale.)

Branded Sale. Value for Money. No imitation. (You will be surprise to see all the brands (mostly unpopular brand that we imported from another third world company) that you have not seen before.)

And my favorite:

(Sila baca dengan suara tersepit). Saya…Raja Ismail bin Raja Jaafar….menang motosikal 150cc sebab saya minum Power Root Tongkat Ali saje….. (Sebenarnya saya minum 20 botol Power Root Tongkat Ali setiap hari sejak 4 tahun lepas. Sekiranya dikira kos pembelian power root itu…saya sudah boleh beli sebuah motosikal 150cc sendiri. Terima Kasih Power Root.)

-PP-

22 June 2006

Orang Kuala Lumpur Kurang Hajar??

Because of all you stupid people, Kuala Lumpur has been ranked third on the rudest cities out of 35 cities. While government is denying the fact, most of the people agreed that the residents in of Kuala Lumpur are generally rude.

Untuk mengesahkan fakta yang telah diberi, Pipi cuba untuk menyelidik sendiri tentang kebenaran perkara tersebut. Disebabkan Pipi tidak mempunyai masa untuk melakukan apa yang dilakukan oleh Reader’s Digest, Pipi cuma mengajukan soalan “ Do you really think that KL people are rude?” atau “Betul ke orang KL ni kurang hajar?” kepada beberapa respondents. Ini adalah hasil yang Pipi dapat:

Makcik Jual Pisang Goreng.
“Maafllah la dik, makcik orang Pahang, bukan orang KL, jadi makcik tak boleh nak jawab soalan tu. Lagi pun tak nampak ke makcik tengah sibuk goreng pisang ni?” Disebabkan makcik tersebut telah agak annoyed, Pipi beli pisang goreng dia sebanyak lima ringgit. Terus dia senyum kat Pipi.

Budak Perempuan Tengah Melepak kat Shopping Complex
“Apa punya soalan la. Saya tengah tayang pusat ni, pegi tanya orang lain boleh tak?”

Seorang Lelaki Melayu yang nampak macho.
“Malaysians are generally nice. I like the ladies more though. Now, would you excuse me, please? I think there is this one lady keep on looking at me for the past half hour. Maybe I can respond to you after I get to know this lady better? Then I will surely know that whether Malaysians are really rude or not.” Ok, lelaki macho ini bukan seorang gay.

So called Markerting Executive yang tengah jual torchlight dari satu meja ke satu meja makan yang lain.
“Saya tak setuju langsung dengan keputusan kajian tu! Ada ke diaorang cakap kita kurang ajar! Boleh blah la! Bodoh! Saya tak rasa perbuatan menggangu orang tengah makan tu satu perbuatan yang kurang ajar! Errr nak beli torchlight tak? Satu sepuluh ringgit, beli dua dapat satu percuma. Takpe, kalau kat rumah dah ada torchlight, boleh bagi kat kawan kawan. Tolonglah, hari ni takde sales lagi ni”. For your information, Pipi tak beli pun torchlight dia.

Salesgirl.
“Saya bukan taknak senyum kat customer tapi hari tu saya dah kene pelempang dengan satu awek yang cemburu tak tentu pasal sebab saya senyum kat boifren dia. Macam la orang nak sangat ngorat boifren dia tu. So, untuk menyelamatkan pipi saya yang gebu ni, saya ambik langkah selamat dengan memasamkan muka setiap masa.” No wonder la masa Pipi masuk kedai muka dia masam nak mampus. Langkah keselamatan rupanya.

Security guard kat shopping complex.
“Apa? Gila ke mau tolong pegang pintu sama semua orang? Hellooo….saya kerja jadi guard. Bayangkan berapa ribu orang keluar masuk pintu ni tiap2 hari? Mau tercabut tangan saya. Kalau saya nak jadi tukang pegang pintu baik saya pergi kerja kat hotel”. Suka hati abang la. Kalau nak kerja senang Pipi suggest abang guard ni pergi kerja dengan safeguard atau mana mana security company yang selalu buat transit duit. Kalau dah bosan, boleh pakat dengan perompak, dapat la extra income.


Tokeh kedai kasut.
“Saya tidak setuju dengan keputusan survey tersebut. Saya baca kat suratkhabar kata kalau orang Malaysia ni terpijak kaki seseorang, diorang langsung tak mau mintak maaf. Pada saya perbuatan memijak kasut mendatangkan keuntungan kepada saya dan juga tokeh kedai kasut yang lain. Cuba bayangkan, setiap hari kasut anda kena pijak sampai 10 atau 20 kali. Tak sampai sebulan mesti nak kene tukar kasut baru. Jadi, saranan saya, teruskan memijak kasut beramai2 demi menjana ekonomi negara. Sekian terima kasih. Errrr…saya over sangat ke?”


Penganggur Lepasan Universiti.
“Rileks la, kita mesti berpandangan positif. Sekurang kurangnya, Mumbai dengan Bucharest lagi rendah dari KL. That’s way la sekarang ni saya masih lagi menganggur kerana saya berpandangan positif. Saya pasti suatu hari nanti saya akan dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan dan kehendak saya. Mana la tau tiba tiba ada satu syarikat yang offer saya jadi Manager ke? Rezeki di tangan Tuhan.” Pipi sangat kagum dengan pandangan budak ni. Good Luck!

After this few people, Pipi rasa tak sanggup lagi nak proceed with the question. What I can conclude is that kat Malaysia ni, lagi ramai orang blur dari orang kurang ajar.

-PP-

19 June 2006

Selamat Hari Bapa

Sempena dengan Hari Bapa yang disambut pada 18 Jun semalam, Pipi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa bapa yang membaca blog Pipi. Selain itu, Pipi tidak perlu menunggu satu hari yang dikhaskan dalam setahun untuk memperingati bapa Pipi. Pipi sentiasa mengingati bapaPipi setiap hari. Pipi ingin juga berkongsi dengan semua orang tentang beberapa jenis bapa yang wujud di dunia ini. Selain dari ibu kandung terdapat beberapa jenis lagi bapa/ayah/daddy/father yang perlu diberi perhatian. (Ayat ini Pipi cedok dari entry Pipi tentang Hari Ibu last time, malas nak fikir.)

Bapa Ayam.
Sejenis bapa yang popular di kalangan lelaki yang mempunyai kehidupan yang tidak sihat. Bapa ayam selalunya tidak berkawan rapat dengan Ibu Ayam kerana mereka sering bersaing di antara satu sama lain. Bapa Ayam biasanya akan mencuba dulu anak anak ayam mereka sebelum dimasukkan ke dalam reban ayam. Kebiasaannya, di dalam cerita Melayu berunsur jenayah, Bapa Ayam digambarkan sebagai seorang lelaki yang buruk paras rupa dan tidak mempunyai visi dalam hidup mereka.

Bapa Haruan.
Walaupun ikan haruan mempunyai nilai perubatan yang tinggi, Bapa Haruan tidak begitu disanjung di dalam masyarakat. Ini disebabkan faktor kerakusan Bapa Haruan yang suka memakan anaknya sendiri. Kepada kaum bapa, suka Pipi ingatkan supaya menjauhkan perangai bapa haruan makan anak ini kerana sumbang mahram adalah sangat keji.

Grandfather.
Perkataan father di dalam “grandfather” jika ditranslatekan secara langsung ke dalam Bahasa Melayu bermakna ayah. Walau bagaimana pun, grandfather bukanlah seorang ayah kecuali beliau telah merogol anak kandungnya sendiri dan anak beliau itu telah melahirkan seorang anak. Manusia begini adalah serupa seperti bapa haruan di atas.

Ayah Pin.
Seorang public figure yang sangat popular pada suatu masa dahulu. Kehilangan beliau telah menjadi misteri kepada umum. Banyak versi yang dikaitkan dengan kehilangan Ayah Pin ini. Antaranya termasuklah, Ayah Pin telah menggunakan kuasa beliau untuk tinggal di langit bagi menjaga ketenteraman dunia dan kini bergelar Ultrapin. Selain itu ada juga yang berkata bahawa Ayah Pin sekarang ini tinggal di Thailand dan menguruskan perusahaan membuat teko. Terdapat sumber yang tidak boleh disahkan yang mengatakan Ayah Pin sebenarnya menetap di Batu Caves dan telah menukar nama menjadi Ayappan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Ayappan.
Sila rujuk Ayah Pin di atas.

-PP-

16 June 2006

Things That You Learn From TV Commercials

At last, Pipi berjaya juga mengupdate blog Pipi untuk hari ini setelah hampir seminggu tak berusik. Disebabkan oleh kesuntukan masa, Pipi tak boleh nak taip panjang panjang untuk kali ini. Bagaimanapun, Pipi ingin mengambil kesempatan untuk memberi panduan kepada sesiapa yang berkenaan. Panduan ini Pipi dapat hasil dari menonton iklan kat tv.

Sekiranya anda seorang wanita yang sentiasa ingin disayangi oleh suami, pakailah krim pencerah Fair and Lovely setiap hari. Suami anda akan sentiasa “setiap hari sayang”. Anda tak perlu bersusah payah untuk melakukan kerja kerja rumah yang lain. Apa yang perlu dilakukan ialah duduk di hadapan cermin dan melumurkan muka anda dengan krim pencerah tersebut. Untuk mendapatkan kesan kasih sayang yang lebih besar impaknya, anda boleh melumurkan krim pencerah itu keseluruh badan anda. Nescaya, anda boleh menyuruh suami melakukan apa sahaja kerana suami anda akan tersangat sayang dekat anda. Tak perlu bersusah payah untuk berjumpa bomoh untuk menundukkan suami.

Lagi satu, untuk wanita bertudung yang muka sentiasa kusam, tudung sentiasa senget dan berasa rendah diri dengan penampilan anda, sila guna syampu Sunsilk untuk mengubah diri anda. Dengan serta merta wajah anda akan menjadi cerah dan ceria, gaya pemakaian anda akan berubah dan yang paling penting, anda tak perlu lagi pergi ke rumah emak mertua anda tiap tiap minggu. Soalan “Tudung yang ke berapa dia cuba?” tidak akan lagi kedengaran di telinga anda. Suami anda juga akan bertambah sayang kepada anda.

Have a nice weekend ahead.

-PP-

09 June 2006

Panduan Membeli Hand Phone

For those yang ada perancangan untuk membeli hand phone baru, Pipi suggests that you do the followings:

For men, after you have decided on the brand and model of the phone, pegi mana mana shopping complex yang ada banyak kedai jual handpone tu and look for the shop with a beautiful and sexy salesgirl. Harga hand phone adalah standard and the chances of you getting a maximum discount is very low. Kebarangkalian untuk sesebuah kedai menjual dengan sangat murah adalah rendah melainkan kedai tersebut menjual handphone tipu. So, dengan mencari salesgirl yang cun dan seksi, anda boleh menjamu mata semasa membeli hand phone. Anda boleh membuat perangai perangai gatal kat situ tanpa sebarang rasa bersalah. Walaupun salesgirl yang sexy itu menyampah dengan perangai anda, mereka akan hanya tersenyum kerana customer is always right. Kalau anda berani, anda boleh meminta nombor telefon salesgirl itu dan meneruskan hubungan ke peringkat yang lebih lanjut.

It works the same for ladies. Cari kedai yang dijaga oleh lelaki. Anda tidak perlu menitik beratkan sangat paras rupa lelaki itu. Akan tetapi, peluang anda untuk berjaya adalah lebih cerah sekiranya anda memilih lelaki yang buruk paras rupa. Ini adalah kerana lelaki buruk tidak ada peminat dan kurang bersosial seperti lelaki handsome. They tend to appreciate you more. As usual, you will not get a good discount tapi anda boleh menggoda diorang untuk mendapat ringtone, games atau pun wallpaper percuma. Selalunya lelaki, (sama ada handsome atau tidak) akan tewas dengan godaan godaan manja seorang wanita. However, please don't overdo kerana penjual tersebut akan tersalah anggap bahawa anda mungkin seorang perempuan yang gatal ataupun tidak ada duit kerana semua nak free je.

For gay or lesbian, please be careful when exercising this method. Make sure that you choose the right shop. Amatlah buruk padahnya jika seorang lelaki gay atau pompuan lesbian pegi menggoda seorang lelaki straight/perempuan straight kerana bukan sahaja anda akan terpaksa membayar harga yang mahal, malah anda mungkin akan dilempang oleh lelaki/perempuan straight tersebut.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah jangan sekali kali membawa pasangan anda ketika membeli handphone kerana anda akan terlepas peluang untuk mengada ngada atau menggatal dengan tukang jual handphone. You will end up buying the phone with standard accessories and standard price with no extras at all.

-PP-
p/s : Disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, Pipi tidak akan mengupdate blog ini selama seminggu.

07 June 2006

Mari Mengubah Nasib Malang

Kepada sesiapa yang selalu ditimpa nasib malang, sila periksa email anda. Ada kemungkinan anda terlupa untuk forwardkan email berantai kepada kawan kawan anda.

And now, after you have read this, please click the email link below (gambar envelop tu) and send this post to your friends as well.

10 or more friends – you will receive good luck in next few hours.
5 or more friends – luck is to be with you within the next few days.
0 – you will be cursed for the rest of your life.

So, siapa cakap hidup ini susah dan perlu berusaha gigih? Hanya dengan sedikit usaha mengforward email berantai akan mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik.

-PP-

06 June 2006

Panduan Menghadapi Temuduga Kerja - Part 2

Pipi akan menyambung topik tentang tips tips temuduga untuk bahagian kedua. Tips tips berikut adalah berkenaan dengan semasa proses temuduga dijalankan.

Sebelum anda memasuki bilik temuduga, sila periksa keadaan anda buat kali terakhir. Sila pastikan bahawa zip seluar tidak terbuka, baju tidak terkeluar, buah dada (bagi wanita) berada di dalam kedudukan selesa dan sebagainya. Apabila dipanggil masuk, sila “greet” panel penemuduga anda dengan ucapan ucapan yang sesuai seperti selamat pagi, petang atau memberi salam sekirannya anda dan panel penemuduga beragama islam. “Greeting” seperti “What’s up?” adalah tidak dibenarkan.

Sila duduk dengan tertib apabila diminta duduk oleh panel penemuduga dan sila pastikan anda berada di dalam keadaan selesa. Posisi posisi duduk berikut adalah tidak digalakkan:
1. Duduk seperti membuang air di atas mangkuk tandas.
2. Duduk seperti pengantin yang bersanding.
3. Mencangkung di atas kerusi (selalu dipraktikkan oleh orang yang bodoh di dalam tandas awam yang mempunyai tandas jenis duduk).

Elakkan dari menyilang kaki kerana perbuatan tersebut hanya dibenarkan untuk panel penemuduga sahaja. Bagi wanita, elakkan daripada duduk terlalu tegak kerana panel penemuduga akan hilang tumpuan kerana terpaksa berhadapan dengan buah dada anda.

Apabila menjawab soalan yang diajukan, sila jawab dengan terang dan jelas. Ingat, anda sedang menghadiri temuduga dan bukannya bersenda bersama pasangan di dalam kelambu. Sila elakkan dari memberi jawapan yang berputar putar melainkan anda memohon jawatan sebagai peguam. Berlaku jujur tentang diri anda. Sekiranya anda bodoh, jangan malu untuk mengakui hakikat tersebut. Anda mungkin berpeluang untuk mendapat jawatan lain yang bersesuaian dengan tahap kebodohan anda sekiranya anda gagal mendapatkan jawatan yang anda mohon.

Selain itu, sila gunakan bahasa yang sesuai. Kebanyakan syarikat swasta akan mengadakan sesi temuduga di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya panel penemuduga menggunakan Bahasa Melayu, jangan sekali kali menjawab di dalam Bahasa Inggeris. Hormatilah panel penemuduga tersebut, beliau mungkin merupakan seorang pencinta Bahasa Kebangsaan atau pun mempunyai kelemahan menguasai Bahasa Inggeris. Adalah lebih baik untuk anda menjawab di dalam Bahasa Melayu daripada menggunakan ayat berikut “ Well, you know la, last time aaaaa, in my old company aaaa, I also do same work one. I do everything until my mind got burst and mentally very tired la” Ini hanya akan menunjukkan tahap IQ sebenar anda. Lagi satu, jangan memburuk burukkan syarikat lama anda kerana itu adalah satu perbuatan yang menunjukkan anda seorang yang tidak tahu berterima kasih.

Kebanyakan calon temuduga akan terperangkap dengan soalan yang berbunyi “Sila terangkan atau beritahu serba sedikit tentang diri anda”. Sekiranya anda ditanya soalan sedemikian, sila jangan merapu dan menceritakan sejarah hidup, berapa umur anda, di mana anda tinggal, berapa adik beradik, berapa kali putus cinta dan sebagainya. Panel penemuduga lebih berminat untuk mengetahui tentang keupayaan diri anda dan bukannya perihal peribadi anda. Sesi temuduga bukanlah sesi majlis suai kenal di sekolah berasrama penuh.

Sekiranya anda diberi peluang untuk bertanyakan soalan, sila tanya soalan soalan yang berkenaan sahaja. Elakkan bertanya tentang gaji pada peringkat ini kerana anda akan dituduh sebagai mata duitan. Sebaik baiknya tanyalah soalan tentang hala tuju syarikat tersebut, apakah rancangan masa depan dan apakah yang mereka harapkan dari calon yang berjaya mengisis kekosongan jawatan tersebut.

Setelah proses temuduga tersebut selesai, jangan lupa untuk keluar dari bilik tersebut kerana ada ramai lagi calon yang menunggu di luar. Jangan membuang masa panel penemuduga dengan mengada ngada di dalam bilik temuduga kerana mereka ada banyak lagi kerja lain yang perlu diselesaikan.

Pipi berharap agar tips tips yang Pipi berikan dapat membantu serba sedikit di dalam menghadapi proses temuduga. Selamat berjaya diucapkan kepada semua.

-PP-

05 June 2006

Panduan Menghadapi Temuduga Kerja - Part 1


Berikut adalah beberapa tips yang berguna ketika menghadapi temuduga kerja yang ingin dikongsi bersama untuk panduan pencari kerja yang masih tak dapat kerja. Tips tips berikut adalah merupakan tips bagi persediaan menghadapi temuduga sahaja dan tidak termasuk perkara yang perlu dilakukan semasa proses temuduga sedang dijalankan.

Datang Awal.
Sila pastikan anda berada di lokasi untuk temuduga sekurang kurangnya setengah jam lebih awal. Ini akan memberikan anda ruang masa yang cukup untuk mengisi borang permohonan kerja yang panjang berjela. Kebanyakan borang permohonan memerlukan anda mengisi semula butiran yang terdapat di dalam resume anda yang telah pun anda hantar semasa memohon pekerjaan. Selain itu, anda juga perlu mengisi beberapa butiran yang tidak relevan seperti pekerjaan bapa, pendapatan isi rumah, jumlah adik beradik hinggalah kepada berapa botong rokok yang anda hisap setiap hari. Sekiranya masih terdapat masa yang terluang setelah selesai mengisi borang, anda boleh berborak borak dengan receptionist yang bertugas. Kemungkinan anda akan bertemu jodoh walaupun tidak dapat kerja. Selain itu, anda juga boleh menunjuk pandai dengan membaca ruangan Business Times ketika menunggu. Sila jangan baca ruangan kartun atau kisah artis kerana ini akan menjejaskan peluang anda untuk berjaya di dalam temuduga tersebut.

Pakai Pakaian Yang Sesuai.
Sekiranya anda seorang lelaki, sila elakkan dari memakai pakaian wanita seperti baju kurung, skirt pendek dan sebagainya. Calon wanita juga tidak digalakkan memakai pakaian lelaki walaupun anda mempunyai jiwa kelakian yang sangat tinggi. Sila elakkan dari menonjolkan keperibadian sebenar anda melalui cara pemakaian. Calon calon yang menghadiri temudaga perlulah memakai pakaian yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Adalah satu pembaziran sekiranya anda memakai kot dan tali leher ketika menghadiri temuduga untuk jawatan operator pengeluaran kerana harapan untuk anda ditertawakan oleh panel temuduga adalah sangat cerah.

Bagai calon wanita, sila elakkan dari memakai pakaian yang mendedahkan lurah dada dan peha kecuali anda memohon jawatan sebagai GRO. Terdapat dua kemungkinan yang boleh berlaku. Pertama, sekiranya panel temuduga merupakan seorang yang alim, peluang anda untuk berjaya adalah sangat sukar. Kedua, jika panel temuduga, yang juga merupakan bakal majikan anda seorang lelaki yang gatal, anda akan dipilih untuk dijadikan isteri atau pun sebagai objek ganguan seksual di pejabat. Sekiranya anda merupakan seorang wanita yang ingin menggunakan sedikit kelebihan yang ada, anda boleh berpakaian “tidak begitu ketat” seperti Salima AF4– ciri muslimah sejati bagi menggoda ahli panel temuduga. Sila pastikan anda mempunyai potongan badan yang menarik sebelum mencuba cara ini. Sesiapa yang mempunyai badan seperti kotak adalah dilarang sama sekali untuk menggunapakai cara ini.

Dapatkan Maklumat Tentang Syarikat Berkenaan.
Ini adalah satu langkah yang penting agar anda tidak terkulat kulat ketika ditanya tentang pengetahuan anda berkenaan syarikat tersebut. Anda boleh menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sekiranya, syarikat itu tidak mempunyai laman web, jangan hadiri temuduga kerana syarikat tersebut sudah pasti merupakan sebuah syarikat yang miskin. (Pratikkan sekirangya anda seorang yang sangat bodoh). Anda sebenarnya boleh menelefon syarikat tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut sekiranya tiada website. Anda juga boleh mengorat makcik makcik cleaner atau pun pekerja bawahan yang bekerja di syarikat itu kerana golongan ini merupakan golongan serba tahu. Sila tapis informasi yang di dapati dari golongan ini kerana kadang kadang mereka sangat emosional dan sentiasa tidak puas hati dengan pihak pengurusan.

Pastikan Segala Dokumen Lengkap.
Sila pastikan bahawa segala dokumen yang diperlukan seperti resume (panel temuduga sudah ada resume anda, tapi mereka akan minta lagi sekali sebab kebanyakan penemuduga tidak bersedia atau saja gatal.), sijil sijil persekolahan sudah lengkap dan tersusun sebelum menghadiri temuduga. Dokumen tersebut perlulah diletakkan di dalam file yang sesuai untuk memudahkan panel temuduga membelek file ketika mereka merasa bosan dengan anda yang terhegeh hegeh bercakap. (Ini adalah berdasarkan pengalaman Pipi, everytime bosan, Pipi akan buat buat belek file). Sila pastikan file yang anda bawa hanya mengandungi sijil yang berkenaan sahaja. Surat nikah, surat sewa beli kenderaan, surat beranak tidak pelu dimasukkan ke dalam file tersebut (pun berdasarkan pengalaman jugak). Sekiranya anda menghadiri temuduga untuk jawatan eksekutif, anda tidak perlu memasukkan sijil pengakap, sijil bulan sabit merah, sijil silat sendeng dan sebagainya kerana ini akan melekakan panel temuduga yang membelek file anda dan langsung tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang anda perkatakan.

-PP-

02 June 2006

Tindakan Susulan Tanah Runtuh

Berikutan dari kejadian tanah runtuh di Hulu Kelang beberapa hari lepas, pihak pihak yang terlibat seperti pemaju, pihak berkuasa tempatan, Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Kerja Raya serta penduduk setempat telah merumuskan dan bersetuju untuk melaksanakan pelan pelan tindakan seperti berikut.

Tindakan Menunding Jari.
Ini merupakan tindakan yang paling diutamakan di dalam perbincangan pihak yang terbabit. Pihak pihak terbabit telah bersetuju untuk saling tuduh menuduh di antara satu sama lain tentang punca kejadian. Penduduk setempat telah menyalahkan Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak memantau projek pembangangunan yang dijalankan. Bagaimanapun MPAJ memberi alasan selamba bahawa mereka tidak tahu tentang kewujudan kawasan rumah panjang itu kerana tersorok (sumber dari Utusan Malaysia). Sementara itu, Kerajaan Negeri telah menyalahkan pemaju kerana tidak meletakkan tembok halangan terlebih awal. Pihak pemaju mungkin terpaksa menyalahkan takdir di atas kejadian tersebut. Pada peringkat ini, campurtangan pihak JKR tidak dialu alukan. Menteri berkenaan hanya perlu mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ Saya suda arahkan jurutera membuat pemeriksaan.”

Tindakan Menyiasat Punca Kejadian.
Siasatan punca kejadian amat penting untuk dilakukan demi mencari siapakah yang patut dipersalahkan selepas isu tunding menunding jari selesai walaupun hasil siasatan jarang diguna pakai untuk mengelakkan kejadian dari berulang di masa hadapan. Proses ini juga penting untuk memberi ruang kepada pihak konsultan yang bakal dilantik untuk menambahkan pendapatan syarikat mereka. Buat masa ini, beberapa syarikat perundingan kejuruteraan telah menunjukkan minat untuk membuat siasatan tentang punca kejadian.

Tindakan Saman Menyaman.
Tindakan susulan yang akan dilakukan oleh penduduk penduduk yang terlibat samada secara langsung atau tidak. Oleh kerana kebanyakan penduduk yang terlibat secara langsung adalah terdiri dari rakyat Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap dan tidak begitu pandai, maka tugas menyaman telah diserahkan kepada golongan professional rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran. Antara alasan yang diberikan untuk menyaman ialah kelewatan tindakan dari pihak berkuasa walaupun telah banyak kali aduan dibuat. Tindakan menyaman setelah berlaku kejadian tanah runtuh itu akan menimbulkan kesan yang lebih dramatik jika dibandingkan dengan tindakan menyaman sebelum kejadian. Secara tidak langsung, idea untuk menyaman pihak berkuasa akan diketengahkan oleh pihak akhbar kerana isu masih lagi panas.

Tindakan Jangka Pendek.
Sebagai pihak berwajib, JKR akan segera melancarkan proses mengenal pasti kawasan kawasan berbukit yang berbahaya untuk dibangunkan. Jurutera JKR akan diarahkan untuk membuat siasatan di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa berulang. Proses ini biasanya akan memakan masa yang sangat lama walaupun ianya dinamakan rancangan jangka pendek. Kertas siasatan akan dipanjangkan kepada cabinet untuk tindakan susulan. Tindakan jangka pendek ini adalah tindakan standard setiap kali berlakunya kejadian tanah runtuh. Oleh kerana tugas JKR hanyalah mengenal pasti dan bukannya menghalang, maka pihak pemaju masih boleh meneruskan projek pembangunan di kawasan yang dikategorikan sebagai berbahaya itu. Disebabkan rancangan jangka pendek ini memakan masa yang sangat panjang, kemungkinan terdapat lagi kejadian tanah runtuh semasa proses mengenal pasti ini dijalankan.

Tindakan Jangka Panjang.
Tidak ada tindakan jangka panjang yang dirancang. Pihak terbabit setuju untuk menyerahkan keadaan kepada takdir. Tindakan tindakan di atas akan diulang setiap kali berlakunya kejadian tanah runtuh di masa hadapan.

-PP-