20 October 2006

Selamat Hari Raya

I think I was not being very nice about my last entry. So lagi sekali dengan penuh keikhlasan dan rendah diri, Pipi mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan juga Happy Deepavali kepada kaum India yang beragama Hindu.

Sebelum itu, Pipi ingin berpesan dan juga memberi beberapa informasi berguna kepada untuk panduan dan juga pengetahuan semua.

Pertama, kepada sesiapa yang memandu untuk pulang ke kampung berhari raya ataupun berdeepavali, silalah pandu dengan berhati hati untuk mengelakkan dari terlibat dengan kemalangan jalan raya. Adapun sikap tidak berhemah anda akan menyusahkan pengguna jalan raya lain yang akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya disebabkan kemalangan yang berpunca dari anda. Pipi tidak ada halangan sekiranya anda memandu laju dan jatuh ke dalam gaung di kawasan pendalaman kerana ini tidak melibatkan masyarakat awam yang lain.

Selain itu, kita juga tidak mahu Perdana Menteri Malaysia merasa kecewa dan marah akibat ramai yang mati di atas jalan raya seperti mana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini. Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi sekiranya Perdana Menteri akan berasa kecewa dan marah setiap kali berlaku kematian akibat kemalangan jalan raya. Berdasarkan statistik Ops Sikap hari pertama, Perdana Menteri akan kecewa dan marah sekurang kurangnya 16 hingga 18 kali setiap hari. Jumlah kekecewaan dan kemaharahan mungkin akan meningkat apabila semakin ramai orang pulang ke kampung.

Sekiranya perkara ini berlarutan, sudah pasti Negara Malaysia ini akan berada di dalam keadaan huru hara kerana PM sudah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas mentadbir Negara kerana asyik marah dan kecewa. Akhirnya rakyat jelata juga yang akan merana dan berada dalam kesusahan. Ingatlah, Pandu Cermat, Negara Selamat.

Kedua, kepada sesiapa yang ingin untuk beraya di rumah atau pun istana ADUN Pelabuhan Kelang, sila ambil perhatian bahawa rumah tersebut masih dalam pembinaan. ADUN terbabit juga tidak akan mengadakan majlis hari raya secara besar besaran kerana sudah kekurangan peruntukan sebanyak RM 45,000 kerana membayar tunggakan cukai.

Ketiga dan terakhir, Mat rempit hanya insaf ketika berada di dalam wad hospital ketika rakan rakan rempit yang lain sibuk merempit di jalan raya pada malam raya seperti hantu raya. Seboleh bolehnya cuba elakkan dari keluar pada malam raya agar anda tidak dicop sebagai mat rempit.

Akhir sekali, ingin Pipi nyatakan bahawa Pipi akan bercuti selama seminggu dari mengupdate blog. For those yang suka sangat nak datang blog Pipi tiap tiap hari, anda bolehlah membaca entry entry yang lama. For those yang tak dapat balik kampung beraya Pipi ucapkan padan muka!!

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. (Sila jangan percaya dengan ucapan maaf Pipi).

-PP-

1 comment:

Anonymous said...

Pipi beb u r so funny aha ;)