Fakta 1.
Harian Metro merupakan akhbar yang paling lawak. Ketika akhbar lain sibuk dengan berita berita tentang bencana, tragedi, politik dll, Harian Metro lebih senang bercerita tentang siswi melacur, pusat urut batin dan sebagainya. Yang paling kelakar, cerita tentang rahsia kegebuan janda Akhil Hay, Maizawati. Tang mana gebu pun ntah la.
Fakta 2.
Lupakan majalah Ujang atau Gila Gila dan yang seangkatan dengannya sebagai majalah lawak yang mengungguli pasaran negara. Majalah paling kelakar sekarang ini ialah majalah Mastika, dengan cerita cerita yang susah nak diterima akal dan gaya penulisan yang memang kelakar. Mastika, sebuah majalah ilmiah pada satu ketika dahulu sekarang menjadi majalah lawak antarabangsa. Tahniah.
Fakta 3.
Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Raja Lawak nombor satu Malaysia kini tergugat dengan kehadiran Dr. Rozmey. Anwar yang berjaya menduduki takhta dengan lawak jenaka 16 September selama 2 tahun telah dikalahkan oleh Dr. Rozmey dengan lawak 40 juta dan yang terbaru, mengundang Pamela Anderson untuk berlakon dalam filem terbitan yang akan datang. Syabas DDR !! (Nik Aziz sedang mengejar dari belakang dengan lawak pangkah PAS masuk syurga)
-PP-
No comments:
Post a Comment