30 December 2010

If I Were to Own A Newspaper

Kalau saya ada duit, saya ada buat suratkhabar sendiri yang mempunya ciri ciri seperti berikut :

1. Berita muka depan mesti gempak gila untuk menarik perhatian pembaca. Kisah seks pelik, pelacur tua dan siswa melacur adalah topik yang hot. Seperti biasa, kalau ada gambar, saya akan blurkan gambar tu ataupun tangkap gambar dari belakang. Sebenarnya itu ialah gambar kawan saya ataupun saya curi dari internet. Facebook pun boleh jugak.

2. Berita dalam suratkhabar saya juga adalah amat mudah dan tidak mengandungi fakta yang lengkap. Contohnya, tempat kejadian adalah "di sebuah negeri di utara" ataupun pelaku adalah " seorang kakitangan swasta". Kadang kadang wartawan saya akan interview watak di dalam cerita saya. As usual, nama yang dipaparkan adalah bukan nama sebenar untuk menjaga maruah orang yang diinterview. Tidak ada orang akan saman saya walaupun saya mereka berita dan menipu. 

3. Bagi berita luar negara, saya ada ceduk dari internet. As long as saya letak perkatan AP or Reuter sebagai rujukan, saya akan selamat. Tak payah susah susah hantar wartawan pegi luar negara. Jimat kos.

4. Saya akan jual iklan saya kepada sesiapa sahaja termasuk kumpulan ah long yang berlakon sebagai pemimjam wang berlesen. Saya juga akan jual iklan kepada agensi keputusan nombor ekor melalui SMS secara halus. Saya akan gunakan iklan "ON MKT" untuk mengaburi mata masyarakat bahawa itu ialah sebenarnya membawa maksud Magnum, Kuda dan Toto. Tidak lupa juga saya akan jual iklan kepada Dr. Rozmey supaya dia boleh merapu dengan filem akan datangnya yang akan mencapai kutipan 80 bilion ringgit. Pecah panggung konon.

5. Sudah pasti suratkhabar saya akan diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana orang melayu memang suka baca pasal benda pelik pelik. Kisah nenek 60 tahun kena rogol pun orang suka baca. Stim lebih katanya.

6. Seminggu sekali saya akan adakan ruangan untuk pembaca berkongsi masalah masalah bodoh mereka seperti sukakan rakan sejenis dan rasa rendah diri kerana gemuk. Saya juga akan adakan ruangan tentang kesihatan kelamin lelaki dan wanita. Topik paling popular sudah pasti penyakit keputihan wanita, tetek besar sebelah dan kemaluan lelaki bengkok ke atas.

7. Saya akan namakan suratkhabar saya Harian Metrok.

-PP-

1 comment:

pipit punye stalker... said...

satu lagi how to drp pipi...sebab tu laah saye suke baca blog ni...