10 November 2010

Raja Lawak

Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Dr. Rozmey dikatakan telah menubuhkan sebuah kumpulan lawak bagi menyertai pertandingan Raja Lawak Astro musim terbaru ini.  Berpandukan kepada andaian untuk menumpang populariti dan tuah kumpulan Sepah, Nik Aziz dan Dr Rozmey telah mencadangkan agar kumpulan mereka dinamakan Sumpah.

Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditentang sekeras kerasnya oleh Anwar Ibrahim kerana bimbang menimbulkan persepsi masyarakat tentang keengganannya bersumpah terhadap tuduhan liwat seperti yang dilakukan oleh Saiful.

Hasil perbincangan, mereka akhrnya bersetuju untuk menamakan kumpulan mereka sebagai kumpulan Sampah.

-PP-

No comments: