28 August 2006

Pipi Yang Sangat Busy











I have been very busy lately so tak sempat nak update the stupid blog. I’ll be busy for the next few days. While I am away, you might want to provide your view about the question that I posted below. Sila ambil perhatian bahawa semua jawapan adalah betul. Sila ambil perhatian bahawa ruangan kosong di atas adalah sangat sangat disengajakan.

Apakah Pandangan Anda Tentang Perkahwinan Siti dan Datuk K?

Saya setuju

Saya tidak setuju

Saya tidak peduli

Saya gay/lesbian

Saya tak bergaduh kat kelab malam pasal lelaki lah!

Saya Benci Dadah err.. maksud saya Belia Benci Dadah

Saya Raja Ismail bin Raja Jaafar, menang motosikal 150cc sebab saya minum Power Root Ali Cafe saje...

Saya lebih rela menonton rancangan Mawi di Astro Ria dan Ina di TV1.

Saya dulu kahwin bukan main gah lagi, wedding of the year la konon. Siap bersanding dekat Tasik Permaisuri tapi sekarang dah jadi janda.

Saya kecewa kerana telur busuk yang saya simpan untuk membaling Siti tidak dapat digunakan sekarang kerana acara berarak kereta kuda sudah kensel.

Saya tidak akan berhenti dari menjadi Presiden selagi kaum India menyokong saya.

Huk huk huk....mas kahwin siti lagi mahal dari MV Agusta.

Saya bodoh

Saya Anti Rasuah

Saya Anak Malaysia

Saya tidak mahu dilabel sebagai bekas tunang Mawi.

Saya tidak akan mohon maaf walaupun didesak oleh MCA.

Saya yakin rancangan usahasama Astro dan TV1 tidak akan menggugat rating TV3.

Saya Lukman Bin Adam

Saya rasa liputan yang diberi oleh media terhadap perkahwinan Siti membuktikan bahawa orang Malaysia suka kepada perkara perkara yang remeh.

Saya bukan nak cari pasal dengan Kastam walaupun diorang selalu kacau bisnes saya.








Get an online form

18 August 2006

Three More Days To Go....

Sempena dengan upacara pernikahan Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid, Pipi telah berjaya mendapatkan beberapa komen dari orang ramai tentang cinta dan perkahwinan mereka. Walaupun Pipi agak menyampah dengan semua cerita pasal diaorang ni, akan tetapi Pipi pasrah dan terpaksa menerima kenyataan. Mari kita lihat apakah komen mereka tentang Siti dan Datuk K.

Kawan Datuk K (nama dirahsiakan)
“Ciss, harapkan pagar, pagar makan padi! Harapkan Khalid, Khalid tackle Siti!. Saya takde masalah cuma geram je, dulu janji nak kasi kat saya, lepas tu dia tackle untuk dia sendiri.”

Former Prime Minister
“Saya tidak ada masalah dengan perkahwinan siti dan datuk K walaupun mereka mempunyai jurang usia yang agak jauh berbeza. Saya rasa tidak dapat sebarang kejanggalan di dalam hubungan mereka seperti mana saya tidak berasa janggal untuk membina jambatan yang separuh bengkok dan separuh lurus. Cuma satu yang agak saya kesalkan ialah maskahwin siti lagi mahal dari harga penjualan MV Agusta oleh Proton”

Faizal, Juara AF 4
“ Wa timang wa timang landok….. sapa siti nurhaliza ni bang? Saya dok biasa sangak dengang orang perempuang ni bang. Maksud saya perempuan. Saya dok kisoh la orang nok kawing dengan sapa sapa pung bang. Cuma saya nok pesang kat Linda Ong tu, saya tau kondominiung tu ape, saya saje je buak muka blur. Wa timang wa timang landok….”

Raja Ismail Raja Jaafar
“Saya Raja Ismail bin Raja Jaafar, menang motosikal 150cc sebab saya minum power root ali cafĂ© saje. Saya nak nasihat Datuk K supaya minum power root untuk lebih tenaga dan peluang memenangi motor.”

Mawi
“Saya sebenarnya dah agak bosan dengan cerita cerita tentang beliau yang disiarkan di akhbar dan majalah. Apa yang terjadi adalah ketentuan Tuhan, tidak mungkin kita dapat menghalangnya. Saya tidak begitu mengambil berat tentang gambar gambar beliau yang sentiasa muncul di majalah. Itu adalah rezeki beliau dan tidak ada kena mengena dengan saya. Lagipun kami tidak mempunyai apa apa hubungan pun. Cuma yang agak menghairankan saya ialah, setahu saya ada ramai lagi marketing executive kat Malaysia ni, apasal takde cerita pasal diaorang? Pasal kening tu saya tak mau komen la. Err, apa soalan asal tadi? Siti Nurhaliza? Datuk K?”

Adlin Aman Ramli
“Tahniah saya ucapkan kepada siti kerana bijak menggunakan ruang ruang yang ada di tv, suratkhabar perdana, suratkhabar tabloid, radio dan majalah. Saya rasa ada connection dengan siti. Kepada Datuk K, kau biasa biasa je, aku tak dapat nak feel kau. Boring. Apa apa pun, good luck to both of you.”

Ex Wife Datuk K
“ Banglo 4 tingkat kat Bukit Antarabangsa, Hulu Klang – RM 7 juta”
“ Rumah berkembar dua setengah tingat kat Kota Damansara – RM 1.8 juta”
“ Lain lain kos seperti cuti, penyelenggaraan, insurans etc – RM 100,000 setahun”
“ Freedom from Datuk K – Priceless”

“There is some things money can’t buy, for everything else, there is Master K”

-PP-

16 August 2006

How To Write A Good Resume

Pipi was kind of busy lately, so tak sempat nak update blog. Before we proceed further with today’s topic, Pipi nak highlight sikit pasal Siti Nurhaliza dan kisah cinta beliau. It will be very brief so just bear with me for a few moment.

First, bila Siti announce nak kahwin dengan datuk K, Pipi tak rasa apa apa pun. Biasa je, tak peduli apa apa because announcement tersebut langsung tidak menggangu fikiran Pipi. Then keluar pulak cerita perkahwinan ala Cinderella, naik kereta kuda la, pasal gaun la, kek bertingkat tingkat la dan sebagainya. Pipi masih lagi tak kisah pasal diorang berdua memang banyak duit dan dia orang pun tak mintak sponsor dari Pipi.

Tak lama lepas tu keluar pulak cerita pasal tok kadi gemuruh nak nikahkan Datuk K. Pipi masih lagi tak kisah. Then Pipi terbaca somewhere yang Pengarah jabatan agama yang akan menjalankan proses akad nikah. Lantak la, jangan suruh Pipi nikahkan diorang sudah la. Ingin Pipi stresskan perkataan “terbaca” tu kerana Pipi tidak dapat mengelakkan pandangan mata Pipi dari majalah majalah dan suratkhabar yang menyiarkan cerita siti dengan datuk K.

Then keluar pulak cerita pasal siti kat TV3 tiap tiap minggu. Akhirnya Pipi tertewas dan mula mengambil kisah tentang siti dan datuk K. Pipi sudah mula merasa menyampah dengan apa yang disiarkan di akhbar dan tv pasal siti. Untuk lebih memburukkan keadaan, mailbox Pipi mula dihujani dengan email email tentang siti baik dari segi surat terbuka la, lirik lagu yang diubah suai la dan bermacam macam lagi. Tahap kemenyampahan Pipi sudah semakin tinggi.

Kemudian keluar pulak cerita pasal maskahwin siti yang berjumlah RM2,222.22 tu. Benda benda macam tu pun diaorang nak cerita kat suratkhabar. Dah takde cerita lain lagi ke? Macam la orang lain tak bayar maskahwin. Lepas tu keluar pulak cerita yang siti akan adakan majlis lagi satu kat Indonesia? Cisss!!!! Dengan tiba tiba pipi ingin memberi cadangan kepada siti agar turut mengadakan majlis perkahwinan di Lebonan atau pun Rwanda. Tahap kemenyampahan sudah mencecah red level.

Pipi tak tau macam mana nak menghadapi detik detik tibanya hari pernikahan dan persandingan siti yang akan disiarkan secara langung oleh tv3. Perlukah Pipi mendoakan agar pada hari tersebut seluruh negara menghadapi masalah bekalan elektrik terputus? atau agar datuk k terpaksa melafazkan akad nikah sebanyak 70 kali? Atau tok kadi menjadi terlalu gemuruh dan pengsan sebelum upacara akad nikah?

Ultimately, tahap kemenyampahan pipi telah meletus apabila pipi terpandang satu tajuk artikel yang bertajuk SITI DIYAKINI SUBUR. Apa benda la semua ni, sampai tahap kesuburan siti pun nak dijadikan bahan cerita. By the way, pipi tertanya tanya jugak sapa yang buat ujian kesuburan siti tu and datuk k tu dah diyakini subur ke?

Disebabkan Pipi telah menulis agak panjang, Pipi rasa ada baiknya topic yang pipi rancang nak post untuk hari ni di tunda ke masa hadapan.

-PP-

10 August 2006

Panduan Memilih Kerjaya

Pipi adalah seorang yang sangat baik dah suka berkongsi pengetahuan dengan semua orang walaupun kadang kadang pandangan Pipi ada sedikit serong. Sebagai salah satu dari khidmat masyarakat, Pipi ingin berkongsi beberapa perkara tentang pemilihan kerjaya.

Pertama, minat merupakan satu faktor yang penting dalam memilih kerjaya anda. Adalah penting untuk membuat sesuatu yang anda minat untuk memastikan kejayaan di dalam bidang yang anda pilih. Sekiranya anda berminat untuk menjadi penyanyi, anda tidak perlu membuang masa belajar rajin rajin, anda cuma perlu menghadiri uji bakat rancangan realiti yang bersepah sepah. Walaubagaimanapun, sila cermin diri anda sebelum memohon kerja yang anda minat. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang yang pendek, gemuk dan muka seperti terompah, anda tidak akan berjaya menjadi model atau pun stewardess walaupun anda minat sangat dengan kerjaya tersebut. Peringatan : sila jangan memilih karier sebagai pelacur atau gigolo walaupun anda minat melakukan hubungan seks.


Kedua, sila lihat tentang bakat dan kebolehan anda sendiri. Ini adalah penting kerana minat dan kelulusan tidak akan memastikan anda mendapat pekerjaan yang sesuai. Sebagai contoh, sekirannya anda berminat untuk menjadi seorang jurual tetapi tidak mempunyai bakat, anda boleh menjadikan minat anda sebagai hobi atau untuk pendapatan sampingan. Anda boleh memohon untuk membuka kedai di mana mana Uptown dan menjual barangan barangan tiruan yang diimport dari Thailand.

Ketiga, kelayakan akademik juga memainkan peranan penting untuk memilih kerjaya anda. Pendek kata, jika anda bodoh, anda terpaksa menerima sahaja apa apa pekerjaan yang ditawarkan. Tidak mungkin anda yang mempunyai kelulusan cikai ditawarkan menjadi seorang eksekutif KECUALI anda merupakan bekas pekerja kilang dan bekas tunang kepada Mawi.

Seterusnya, anda mesti bijak dalam membuat kajian tentang peluang atau permintaan kerja. Sekiranya anda merupakan bakal melanjutkan pelajaran, pilih jurusan yang menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Tidak guna anda memilih jurusan yang peluang pekerjaan sangat minima atau langsung tidak terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, anda tidak perlu memilih jurusan music atau drama dengan harapan anda akan dipilih menjadi pengkritik Akedemi Fantasia kerana jawatan tersebut sangat limited dan hanya muncul setahun sekali selama 10 minggu ditambah pula pemilihan pengkritik yang dilakukan melalui proses tangkap muat sahaja.

Akhir kata, ramai yang cakap jangan memilih pekerjaan. Sebenarnya Pipi agak kurang setuju dengan pandangan tersebut. Anda mesti memilih perkerjaan yang sesuai dengan peribadi, kelayakan dan minat seperti yang dinyatakan di atas. Mana mungkin seorang lulusan universiti akan bekerja sebagai penjaga tandas atas alasan anda tidak memilih pekerjaan. Selalunya, nasihat jangan memilih kerja diberi oleh menteri (diorang boleh la cakap, suka sangat nak nasihat orang) kepada lulusan universiti atas alasan lulusan universiti mesti mencari pengalaman dahulu. Adalah tidak logik untuk seorang graduan berkelulusan kejuruteraan untuk mencari pengalaman dengan menjadi dispatch di syarikat guaman. Oleh yang demikian, nasihat Pipi, pilih kerja dan jangan main hentam sahaja. Tindakan tidak memilih kerja akan merugikan anda dan menyusahkan majikan sahaja.

-PP-

08 August 2006

Cara Untuk Membodohkan Orang Dengan Style

Pipi nak share beberapa cara yang berkesan untuk memperbodohkan orang atay membuat orang rasa bodoh dengan style. Of course, anda boleh pegi buat lawak bodoh di khalayak ramai or just simply call someone stupid but that is without style dan bakal mengundang kecelekaan untuk diri sendiri. Cara cara yang terbukti berkesan adalah seperti berikut:


1. Buat satu rancangan realiti di mana semua keputusan adalah bergantung kepada undian sms. Kemudian buat macam macam surprise seperti meminta pengudi sms mengundi masuk peserta yang terkeluar. Kalau nak buat orang lagi rasa bodoh, biar peserta yang terkeluar dan masuk semula itu menjadi juara or paling kurang pun naib juara.

2. Jika anda ialah pemilik pasukan bola sepak, berikan janji janji manis tentang imbuhan yang bakal diperolehi sekiranya pemain anda memenangi sesuatu kejuaraan. Kemudian, buat buat lupa tentang imbuhan yang dijanjikan. Apabila pemain anda mogok dan bermain secara ala kadar sahaja, berhentikan semua dan gantikan dengan budak budak bawah 23 tahun yang anda boleh tipu untuk musim akan datang.

3. Kalau anda ada ladang di negara jiran, jangan segan segan untuk membuat pembakaran terbuka supaya negara Malaysia akan diselubungi dengan jerebu. Apabila keadaan jerebu bertambah buruk, rakyat Malaysia akan mula memakai topeng dan seterusnya akan kelihatan seperti orang bodoh.

4. If you are an owner of a company, employ a school leaver with SPM qualification as your Marketing Executive. Nak best lagi, carik yang dah ada experience kerja kilang or bekas tunang artis. Untung untung syarikat anda akan popular dan berjaya memperbodohkan orang lain untuk membeli produk anda.

5. Buat satu kumpulan lawak ala ala Senario dan work out with the TV station TV to the show during the prime time.

6. Bagi seorang celebriti (orang biasa pun boleh buat jugak, tapi duit kena banayk la) , bagitau semua orang yang anda nak kahwin dan majlis perkahwinan anda akan dilakukan secara sederhana. Then announce dekat suratkhabar yang maskahwin anda ialah RM22,222.22, then cakap baju harga ratusan ribu ringgit dan siap nak naik kereta kuda keliling KLCC. Anda akan kelihatan lebih berjaya membodohkan orangn kalau anda berjaya membuat kadi menjadi gemuruh untuk melangsungkan akad nikah.

7. Create a blog and name it You Are An Idiot.

-PP-

03 August 2006

Things That Can Be Done Inside A Car

Mungkin anda semua tak perasan, tapi sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan di dalam kereta selain dari memegang steering dan mendengar pasangan anda membebel tak tentu arah. So, for those yang selalu travel or memang suka duduk dalam kereta, anda boleh cuba untuk melakukan perkara perkara seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Pertama, anda boleh berangan angan di dalam kereta. Jenis angan angan adalah bergantung kepada individu. Anda boleh berangan angan untuk menjadi kaya atau berkahwin dengan artis. Bagi sesiapa yang memandu kereta kereta kereta yang comel seperti kancil, kelisa anda boleh berangan angan seperti memandu kereta Mercedes. For those who is already driving a Merc, anda bolehlah berangan untuk memandu kereta Ferari. Akan tetapi, terdapat segelintir individu bengap yang memandu Kancil tetapi berangan seperti memandu Ferari dan selalu menunjuk lagak di jalan raya kononnya kereta beliaulah yang paling laju.

Kedua, anda boleh mengadakan sesi karaoke di dalam kereta. Menyanyilah sepuas hati dan sesumbang mungkin tanpa perlu mengeluarkan wang untuk pegi pusat karaoke. Perlu diingatkan bahawa sila pastikan tingkap kereta anda ditutup sebelum menyanyi bagi mengelakkan orang dalam kereta sebelah, terutama sekali ketika traffic jam, mengtertawakan anda.

Seterusnya, perkara yang agak praktikal untuk dilakukan di dalam kereta ialah membuang sampah di atas jalan raya. Contoh contoh sampah terbaik ialah kertas tisu, kulit rambutan, puntung rokok dan botol air mineral. Sekiranya anda sedang merancang perjalanan jauh, anda boleh membawa semua sampah sarap dari rumah anda untuk di buang di jalan raya. Anda tidak perlu risau tentang kebersihan jalan raya kerana pekerja Propel atau kontraktor bersedia untuk mengutip sampah sampah yang anda buang.

Selain itu, aktiviti mengorek lubang hidung juga amat sesuai dilakukan di dalam kereta terutama sekali ketika berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Koreklah lubang hidung anda sepuas puasnya tanpa memperdulikan pandangan orang lain. Anda boleh, samada membuang tahi hidung di luar kereta atau pun di atas lantai kereta anda. Bagi pengorek hidung hardcore, anda boleh menyimpan tahi hidung di dalam kereta untuk tujuan bancian di masa hadapan.

Bagi sesiapa yang suka melakukan maksiat tetapi ingin mengelakkan dari berzina, anda boleh melakukan adegan seks ringan di dalam kereta. Ini adalah kerana secara praktikalnya adalah agak susah untuk bersetubuh di dalam kereta selain dari keadaan yang akan membahayakan anda sendiri. Antara adegan yang boleh dilakukan ialah bercumbu, meraba bahagian sulit ataupun mengambil gambar buah dada pasangan perempuan anda menggunakan telefon bimbit dan meletakkan di internet untuk dikongsi oleh masyarakat umum.

-PP-