Pipi ada membelek Harian Metro beberapa hari lepas. Sebelum itu sila ambil perhatian yang Pipi membelek dan bukan membaca (more about this later). Hasil dari belekan tersebut Pipi telah berjaya membuat kesimpulan berikut:
Rasional kesimpulan Pipi adalah seperti berikut:
1. Harian Metro adalah akhbar berbahasa Melayu di mana majoriti pembeli dan pembacanya adalah orang Melayu. Agak jarang melihat orang bukan Melayu mengelek Harian Metro kecuali apek atau tambi pembeli suratkhabar lama. Oleh yang demkian, sudah pasti segala macam berita (benar atau bohong atau exaggerate) , iklan, pengumuman etc ditujukan untuk orang Melayu.
2. Terdapat begitu banyak sekali iklan untuk mendapatkan keputusan Magnum 4D, Sports Toto melalui SMS di dalam Harian Metro. Sudah tentu iklan ini ditujukan untuk pembaca Melayu yang gemar berjudi atau kaki nombor ekor dari kalangan orang Melayu. Pelik, satu pihak berusaha untuk membenteras penglibatan orang Melayu Islam dalam aktiviti perjudian, satu pihak lagi bersungguh sungguh mengiklankan cara untuk mendapatkan keputusan nombor ekor melalui sms.
3. Selain dari iklan keputusan nombor ekor, terdapat banyak juga iklan pemberi pinjaman berlesen. Terdapat juga iklan pinjaman yang dikhaskan untuk Bumiputera (yang majoritinya ialah orang Melayu) sahaja.
4. Iklan kursus perkahwinan selalunya meletakkan gambar artis yang menghadiri kursus di tempat mereka sebagai daya tarikan. Instead of focusing on the course content, mereka lebih fokus untuk menonjolkan siapakah artis terkenal yang menghadiri kursus di tempat mereka. Hasilnya, iklan penuh dengan gambar artis. As if, kalau pergi kursus kat situ akan bahagialah perkahwinan hingga sepanjang hayat, sedangkan artis bukanlah role model yang bagus untuk tujuan tersebut.
Berdasarkan kepada rasional Pipi mungkin tidak salah bagi Pipi membuat kesimpulan yang dinyatakan di atas. Ini belum lagi diambil kira iklan iklan untuk kote orang Melayu seperti iklan minyak lintah dan yang seakannya.
No comments:
Post a Comment