20 January 2010

Geng Bas Sekolah ......Geng Tak Sekolah

GBS atau Geng Bas Sekolah merupakan satu geng yang paling popular di kalangan kanak kanak pada masa sekarang.

Umum bagaimanapun tidak berapa mengetahui akan kewujudan lagi satu geng yang menggelarkan diri mereka GTS, satu nama yang diambil untuk menumpang populariti GBS.

Peranan Pipi di sini ialah untuk menyampaikan maklumat dan mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan GTS dan tahap ancaman mereka terhadap orang awam.

GTS ini jika dikaji secara mendalam terdiri daripada beberapa sub geng atau hybrid yang jugak dipanggil GTS. Pipi akan cuba menerangkan dengan terperinci tentang sub GTS ini untuk faedah semua.

GTS yang pertama ialah Geng Tak Sekolah. Adalah tidak susah untuk mengesan GTS jenis ini. Mereka ini selalu dikesan ketika memotong barisan di trafik light pada waktu puncak dan menyumbang kepada kesesakan jalanraya. Ahli geng ini juga tidak segan silu menggunakan laluan kecemasan di lebuhraya untuk cepat sampai. Majoriti ahli Geng Tak Sekolah merupakan "affiliate member" kepada Geng Tak Sabar dan Geng Tak Siuman. Tahap keganasan - Teramat Dungu.

GTS yang kedua ialah Geng Thaksin Shinawatra. Geng ini beroperasi di negara jiran dan tidak menimbulkan ancaman secara langsung terhadap orang awam di negara ini. Geng ini terkenal dengan kesetiaan yang tak berbelah bagi terhadap ketua dan juga pengasas GTS ini, yang setakat ini, masih lagi berjaya mengelakkan diri dari ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand. Pengikut geng ini juga sanggup bersusah payah untuk ketua mereka yang bersenang lenang di luar negara. Tahap keganasan - Agak Dungu.

GTS yang ketiga ialah Geng Tok Se. To Se adalah loghat Kelantan yang jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu standard bermaksud Tak Nak. Jadi pada dasarnya Geng Tok Se ialah Geng Tak Nak. GTS ini biasanya dianggotai oleh public figure seperti artis dan juga ahli politik. Antara kegiatan ahli GTS ini yang menarik perhatian umum ialah artis wanita yang tok se mengaku yang dia sebernya sudah ber kahwin dengan ahli politik dan juga seorang ahli politik yang tok se bersumpah tapi perangai macam sumpah sumpah dan pandai menyumpah. Tahap keganasan - Dungu.

Hybrid atau sub geng GTS yang terakhir dan terganas ialah Geng Tak Sembahyang. Ahli geng ini tidak takutkan sesiapa termasuk Tuhan. Mereka ini mudah dikesan jika ada perlawanan akhir bola sepak, konsert percuma dan apa apa juga aktiviti hiburan. Tahap keganasan - Dirahsiakan.

Selain daripada GTS di atas terdapat beberapa kumpulan serpihan GTS yang lain seperti Geng Tak Senonoh dan Geng Tak Sopan. Kegiatan mereka ini agak terbatas kepada mengorek hidung di dalam kereta di atas jalan yang sesak dan juga cara berpakaian. GTS ini tidak menimbulkan ancaman yang serius. Sesetengah lelaki mungkin agak teruja apabila berjumpa dengan ahli wanita Geng Tak Sopan kerana, bersesuain dengan nama, pakain mereka agak tak sopan dan mendedahkan.

-PP-


No comments: