10 February 2011

Pipi Sebagai Penganalis Sukan

Mohd Safee Sali akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah ke Kelab Bolasepak Pelita Jaya di Indonesia bagi meneruskan kariernya. Ramai juga yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut atas alasan Pelita Jaya sekarang ini menduduki tempat tercorot dalam Liga Super Indonesia.

Saya pasti Safee telah memikirkan semasak masaknya sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Pelita Jaya dan kita sepatutnya memberikan sokongan dan semangat kepada beliau.

Saya juga pasti masa depan Safee tidak akan hancur sekiranya beliau gagal menyerlah di kelab Pelita Jaya kerana beliau boleh pulang ke Malaysia setelah kontraknya tamat dan bekerja di Pelita Nasi Kandar.

Majulah Sukan dan Nasi Kandar untuk Negara.

-PP-

No comments: