07 March 2011

Fakta Tentang Pengundi Hantu

Berikut adalah beberapa fakta tentang pengundi hantu yang boleh dikongsi bersama :


  1. Di barat, hantu dipercayai wujud kerana mereka yang menjadi hantu mempunyai urusan yang tidak dapat diselesaikan pada masa hayat mereka atau di dalam bahasa Inggeris dipanggil "unfinished business". Pengundi hantu adalah mereka yang cukup umur tetapi tidak pernah mengundi semasa hayat mereka. Mereka kembali untuk menyelesaikan urusan mereka.
  2. Semua pengundi hantu berumur 21 tahun ke atas, iaitu had umur kelayakan mengundi.
  3. Pengundi hantu hanya wujud bermusim. Sekiranya tiada pilihanraya, pengundi hantu akan lepak di perkampungan hantu. Pekampungan hantu tidak sama seperti perkampungan bunian.
  4. Hanya pihak parti pembangkang, terutama sekali PAS yang boleh nampak pengundi hantu. Pengundi hantu tidak pernah menonjolkan diri kepada orang lain.
  5. Pengundi hantu mempunyai pilihan kenderaan yang unik iaitu bas. Mungkin mereka ini mati semasa kemalangan bas ekspress dan menjadi hantu.
  6. Pengundi hantu adalah penyokong Barisan Nasional.
-PP-

No comments: