15 March 2011

Petua Untuk Suami Yang Ingin Berkahwin Lagi

Dear Suami,

Ingin memberitahu isteri anda tentang niat anda untuk kahwin lagi satu tapi takut akan berlaku perang?  Jangan bimbang, saya ada caranya. Jadikan fotografi sebagai hobi anda mulai dari sekarang.

Jika diperhatikan, sejak kebelakangan ini, wujud satu trend berkenaan bakal pasangan pengantin yang bakal berkahwin  bergambar sebelum majlis perkahwinan mereka untuk dijadikan kenangan ataupun lebih dikenali sebagai pre wedding photography.

So, para suami yang ingin berkahwin lagi,  jangan lupa, pada sesi pre wedding photography anda, pack up the camera dan beritahu isteri yang anda ingin menghadiri pre wedding photography. Si isteri sudah pasti tidak bercakap banyak kerana dia ingatkan anda seorang photographer profesional.

Jika satu hari nanti anda terkantoi, gunakan alasan " kan ari tu abang ada cakap nak pegi pre wedding photography? sayang tak marah pun?"

Sila ambil perhatian bahawa teknik ini memerlukan masa yang panjang dan kesabaran. Jangan pulak beli kamera hari ni, minggu depan dah nak pegi pre wedding photography. Ini akan menimbulkan syak wasangka isteri. Tunggu sekurang kurangnya 6 bulan. Lagi satu, tolong jangan pakai camera compact yang murah tu. Paling bodoh, entry level DSLR.

Good Luck.

-PP-

1 comment:

popo said...

ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.. Patut pun certain org laki kt luar sane minat betul amek gmbr kan..kan pipi..