Pipi merupakan seorang penyokong kuat kerajaan. Oleh yang demikian, Pipi menerima tanpa bantahan tentang kenaikan tol yang akan berlaku pada tahun hadapan. Di samping itu, Pipi juga menerima penjelasan Semi Value bahawa, walaupun terdapat kenaikan tol, kerajaan telah menghapuskan kutipan tol di beberapa jalan seperti Jalan Cheras, Jalan Pahang dan Jalan Kuching.
Dengan ini, Pipi mengucapkan PADAN MUKA kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar Kuala Lumpur atau yang tidak pernah menggunakan Jalan Kuching, Jalan Pahang dan Jalan Cheras kerana mereka terpaksa membayar harga tol yang tingi bermula dari 1 Januari tahun depan tanpa penjimatan sebanyak 50 sen, hasil dari penghapusan kutipan tol sejak 2-3 tahun lepas. Untuk rekod, 50 sen pada pandangan kerajaan merupakan satu nilai yang agak tinggi pada masa sekarang.

Walau bagaimanapun, Pipi agak kecewa dengan perbandingan lazim yang sentiasa di buat apabila terdapat sebarang kenaikan harga, tidak kira samada tol, minyak atau sebagainya. Pada pandangan Pipi alasan tipikal bahawa rakyat Malaysia masih lagi membayar tol atau minyak etc pada kadar yang rendah jika dibandingkan dengan negara – negara jiran adalah alasan yang bodoh dan tidak boleh diterima.
-PP-
p/s: Kerajaan mungkin boleh meringankan sedikit beban untuk membayar pampasan kepada konsesi lebuhraya dengan menggunakan duit ikat jamin RM 1 juta yang dibayar oleh penganalis politik terkenal.
No comments:
Post a Comment