19 December 2006

Rahmat Putus Tunang

For those yang putus tunang, jangan risau kerana mungkin ada rahmat disebalik kejadian tersebut. Perkara ini telah dibuktikan oleh Diana Naim (beliau tidak lagi mahu dipanggil Ina) yang berjaya menjadi seorang penyanyi hasil dari putus tunang dengan Mawi. Memetik kata kata Diana Naim (uweekkk), beliau tidak sangka hasil dari putus tunang, beliau berjaya menjadi seorang penyanyi dan berada bersama sama Mawi di dalam industri hiburan tanah air.

So, bagi mana mana wanita yang ingin mencari jalan mudah untuk mencapai kejayaan, anda bolehlah memilih seorang lelaki untuk menjadi tunangan anda dan memutuskan tali pertunangan dalam tempoh yang singkat, dengan syarat anda belum ada tunang atau bukan isteri orang.

Pilihan tunang perlulah dibuat berdasarkan cita cita anda. Sebagai contoh, sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang professional seperti doctor, engineer atau lawyer, pilihlah lelaki dari golongan ini. Setelah putus tunang, harapan anda untuk menjadi professional seperti bekas tunang anda adalah sangat tinggi walaupun anda bodoh. (Bagi sesiapa yang sukar memahami maksud Pipi, anda boleh bayangkan tentang Diana Naim, boleh jadi penyanyi walaupun suara tak semerdu mana sebab bekas tunang dia merupakan seorang penyanyi)

Seperti juga Diana Naim, yang tidak mahu lagi dipanggil Ina, Pipi juga mempunyai hasrat yang sama. Antara nama nama baru yang bermain di dalam fikiran Pipi sekarang untuk digunak pakai pada masa hadapan ialah Pipit, Papat atau pun sekurang kurangnya Pepet.

-PP-

No comments: