26 July 2006

Cara Terbaik Untuk Mendidik Anak

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak isu yang melibatkan anak anak bermasaalah hinggakan kerajaan sedang mengkaji untuk menghukum ibu bapa terhadap kesalahan yang dilakukan oleh anak anak mereka. Secara umumnya majority masyarakat mengatakan bahawa punca permasalahan anak anak sekarang adalah kurang didikan dan pengawasan dari ibu bapa. Oleh yang demikian, marilah kita berkongsi pandangan Pipi tentang cara cara yang terbaik untuk mendidik anak anak.

Pertama, ibu bapa perlulah memberi sepenuh kasih sayang kepada anak anak masing masing. Kasih sayang yang dimaksudkan di sini ialah dengan memanjakan anak anak dengan wang ringgit dan segala macam benda yang mereka tidak perlu. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi wang belanja sebanyak RM20 setiap hari untuk anak anak yang baru masuk darjah satu. Selain itu, ibu bapa juga boleh membelikan pakaian pakaian yang berjenama dan berharga ratusan ringgit untuk anak anak mereka demi menunjukkan perasaan kasih sayang walaupun anak itu baru berusia 6 bulan dan tidak mengerti apa apa tentang Guess, Osh Kosh, Barbie dan lain lain.

Kedua, ibu bapa mestilah menyokong minat anak anak mereka. Sebagai contoh, sekiranya anak anda berminat untuk menjadi mat rempit, anda perlulah membeli sebuah motor dan membantu anak anak anda untuk mengubahsuai motor tersebut supaya lebih berkuasa. Ibu bapa juga mesti sentiasa bersedia untuk pergi ke balai polis pada malam minggu untuk menjamin anak anak yang telah ditangkap kerana berlumba haram. Sekiranya anak anda minat menjadi seorang penyanyi, anda juga mesti menyokong minat tersebut. Tidak guna untuk anda memaksa anak anak anda berlajar rajin rajin kerana mereka lebih berminat untuk jadi penyanyi. Temankan mereka menghadiri uji bakat program realiti dan anda boleh membuat kecoh dan menggugut untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya anak anda tidak dipilih. Dengan yang demikian, anak anak akan berasa lebih dihargai oleh ibu bapa masing masing.

Ibu bapa juga tidak digalakkan untuk terlalu mengongkong anak anak kerana ini akan menyebabkan jiwa mereka akan memberontak dan menimbulkan masalah lain. Seboleh bolehnya berilah kebebasan sepenuhnya untuk anak anak anda baik dari segi berpakaian, pilihan rakan rakan dan lain lain. Ibu bapa boleh menggalakkan anak anak untuk keluar malam atau pun bermalam di mana mana demi menunjukkan yang betapa ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya. Pipi percaya jika perkara ini dibuat oleh ibu bapa, maka kes lari dari rumah tidak akan ada lagi di Malaysia. Sekiranya anak perempuan anda suka menayangkan pusat dan lurah dada, sila belikan mereka baju baju yang singkat. Jangan tegah dengan siapa anak anak anda berkawan kerana ini akan menyekat perkembangan minda mereka. Sebagai contoh, adalah baik sekiranya anak anda yang berumur 15 tahun berkawan dengan seseorang yang berumur 30 atau 40 tahun. Secara tidak langsung mereka akan mengenal erti seks dan realiti kehidupan sebenar dalam usia yang masih muda.

Keempat dan terakhir, hormatilah pilihan anak anak anda. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa menghormati pilihan anak anak mereka. Sebagai contoh, sekiranya anak perempuan anda memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang berumur dua kali ganda dari beliau, jangan halang. Sebaliknya gunakanlah kesempatan itu untuk kepentingan peribadi anda. Ataupun, sekiranya anak anda memilih untuk menjadikan dadah sebagai teman setia beliau, bantulah anak anda untuk mendapatkan bekalan yang secukupnya. Ini adalah penting untuk menjamin anak anda tidak mengalami ketagihan melampau dan membunuh anda sendiri seperti mana yang telah banyak kali berlaku.

-PP-