03 August 2006

Things That Can Be Done Inside A Car

Mungkin anda semua tak perasan, tapi sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan di dalam kereta selain dari memegang steering dan mendengar pasangan anda membebel tak tentu arah. So, for those yang selalu travel or memang suka duduk dalam kereta, anda boleh cuba untuk melakukan perkara perkara seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Pertama, anda boleh berangan angan di dalam kereta. Jenis angan angan adalah bergantung kepada individu. Anda boleh berangan angan untuk menjadi kaya atau berkahwin dengan artis. Bagi sesiapa yang memandu kereta kereta kereta yang comel seperti kancil, kelisa anda boleh berangan angan seperti memandu kereta Mercedes. For those who is already driving a Merc, anda bolehlah berangan untuk memandu kereta Ferari. Akan tetapi, terdapat segelintir individu bengap yang memandu Kancil tetapi berangan seperti memandu Ferari dan selalu menunjuk lagak di jalan raya kononnya kereta beliaulah yang paling laju.

Kedua, anda boleh mengadakan sesi karaoke di dalam kereta. Menyanyilah sepuas hati dan sesumbang mungkin tanpa perlu mengeluarkan wang untuk pegi pusat karaoke. Perlu diingatkan bahawa sila pastikan tingkap kereta anda ditutup sebelum menyanyi bagi mengelakkan orang dalam kereta sebelah, terutama sekali ketika traffic jam, mengtertawakan anda.

Seterusnya, perkara yang agak praktikal untuk dilakukan di dalam kereta ialah membuang sampah di atas jalan raya. Contoh contoh sampah terbaik ialah kertas tisu, kulit rambutan, puntung rokok dan botol air mineral. Sekiranya anda sedang merancang perjalanan jauh, anda boleh membawa semua sampah sarap dari rumah anda untuk di buang di jalan raya. Anda tidak perlu risau tentang kebersihan jalan raya kerana pekerja Propel atau kontraktor bersedia untuk mengutip sampah sampah yang anda buang.

Selain itu, aktiviti mengorek lubang hidung juga amat sesuai dilakukan di dalam kereta terutama sekali ketika berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Koreklah lubang hidung anda sepuas puasnya tanpa memperdulikan pandangan orang lain. Anda boleh, samada membuang tahi hidung di luar kereta atau pun di atas lantai kereta anda. Bagi pengorek hidung hardcore, anda boleh menyimpan tahi hidung di dalam kereta untuk tujuan bancian di masa hadapan.

Bagi sesiapa yang suka melakukan maksiat tetapi ingin mengelakkan dari berzina, anda boleh melakukan adegan seks ringan di dalam kereta. Ini adalah kerana secara praktikalnya adalah agak susah untuk bersetubuh di dalam kereta selain dari keadaan yang akan membahayakan anda sendiri. Antara adegan yang boleh dilakukan ialah bercumbu, meraba bahagian sulit ataupun mengambil gambar buah dada pasangan perempuan anda menggunakan telefon bimbit dan meletakkan di internet untuk dikongsi oleh masyarakat umum.

-PP-

No comments: