29 September 2006

Blogging Is Personal

The other day, during lunch, Pipi perasan seorang colleague sedang tekun mengadap computer sambil jari jemari dia sibuk menaip sesuatu. Sebagai seorang yang busy body (like the rest of u), Pipi pun sibuk sibuk la bertanya apa yang dia buat sampai sanggup skip lunch. “Blogging my personal life kat internet”, jawapan yang Pipi terima dari dia. “ Ramai ke yang baca blog hang?” Soal Pipi. “Takde la ramai sangat, dalam 20 orang average tiap tiap hari, most of them are my friends, kawan kawan sekolah, ada jugak yang langsung tak dikenali. It is kind of cool to share your personal life and thoughts with others”. Pandai jawab budak ni. So Pipi pun jenguk la kat sambil cuba membaca apa yg ditaip when suddenly colleague Pipi ni cakap “Hey! Janganla baca, this is supposed to be personal!”

What the fuck!

Selamat Hari Minggu

-PP-

26 September 2006

Fakta Bulan Puasa

Seperti biasa Pipi tidak akan meminta maaf dan menerangkan dengan terperinci kenapa Pipi tak update blog buat begitu lama. Sebelum Pipi meneruskan dengan lebih lanjut, disebabkan sudah menjadi trend pada masa sekarang , TERPAKSALAH Pipi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang membaca blog Pipi yang ntah hapa hapa ini.

Sebut tentang bulan puasa ni, sebenarnya terdapat beberapa fakta fakta menarik yang ingin dikongsi oleh Pipi dengan semua orang yang terpedaya untuk melawat blog Pipi. Pipi tak mau cerita pasal kebaikan dan keberkatan bulan puasa ini sebab kat suratkhabar memang tiap tiap tahun dok cerita benda yang sama. Apa yang Pipi nak cakap ialah perkara yang berlaku pada kehidupan seharian kita:

Pertama, bulan puasa merupakan bulan untuk sesetengah orang menjadi peniaga segera di bazaar Ramadhan untuk mengaut keuntungan segera dari mereka yang tidak dapat mengawal nafsu. Kebanyakan peniaga segera ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi dalam tempoh sebulan jika dibandingkan dengan artis artis mee segera. Peniaga peniaga segera ini boleh dikenal pasti dengan sekali imbas sahaja. Antara criteria yang mencerminkan mereka ini ialah peniaga segera termasuk harga makanan yang agak mahal, rasa makanan yang tak sedap dan bagaimana kekoknya mereka ketika membungkus makanan.

Seterusnya, pahala puasa bagi kaum lelaki selalunya akan habis ketika mengunjungi bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Pertama, mereka gagal mengawal nafsu untuk membeli segala macam makanan. Kedua, mereka gagal mengawal mata untuk melihat peha peha gebu dan tetek tetek amoi dan melayu perasan amoi yang turut membeli juadah berbuka puasa. Pasangan pasangan bercinta yang feeling berpegangan tangan dan memeluk pinggang ketika membeli juadah juga akan kehilangan pahala mereka yang ciput itu.

Ketiga, agensi kerajaan yang paling sibuk ketika bulan puasa ialah pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. Mereka merupakan golongan yang dikerahkan untuk memantau, mengawal dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Walaubagaimanapun, pegawai KPDN & HEP patut berterima kasih kepada Noraini, yang turut menyumbangkan puteri puteri Umno untuk membantu memantau harga barangan. Puteri puteri ini dipilih kerana memang hakikat semulajadi wanita yang suka berbelanja. Dengan yang demikian, mereka bolehlah memantau harga sambil menghabiskan wang masing masing.

Keempat, jika diperhatikan betul betul tajuk tajuk berita di akhbar juga akan bertukar ketika bulan puasa. Sebagai contoh, jika sebelum ini berita kebakaran hanya ditulis sebagai “ Satu keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran” tetapi pada bulan ramadhan berita tersebut akan ditulis “ Satu keluarga menyambut ramadhan dan syawal dalam keadaan duka setelah rumah mereka terbakar.” Antara contoh contoh lain ialah “ Hasrat untuk berbuka puasa bersama keluarga tidak kesampaian”(kes kemalangan), “Ibu tua menyambut ramadhan keseorangan”( kisah anak tak kenang budi) dan lain lain lagi.

Kelima dan terakahir, kadar jumlah manusia menunaikan solat terawih di masjid adalah berkadar songsang dengan jumlah hari berpuasa. Selalunya masjid masjid akan penuh pada hari pertama hingga ke hari ke lima belas. Kemudian, jumlah tersebut akan beransur ansur kurang untuk hari hari seterusnya. Jika diperhatikan, pusat pusat membeli belah akan mula dipenuhi selepas hari ke 15 puasa dan seterusnya. Oleh yang demikian, adalah selamat untuk kita merumuskan bahawa kadar jumlah manusia mengunjungi shopping complex adalah berkadar terus dengan jumlah hari berpuasa. Satu lagi formula yang boleh dirumuskan ialah “ Pada hari ke lima belas puasa dan hari hari seterusnya, jumlah orang tidak solat terawih adalah sama dengan jumlah orang di shopping complex”.

Sesetengah orang menganggap puasa adalah lesen untuk menghadkan segala aktiviti seharian. Kalau boleh, mungkin ada yang nak hibernate sepanjang bulan puasa ini. Tau tau bila bangun je, dah raya.

-PP-

19 September 2006

Kisah Anak Monyet

Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya memelihara seekor anak monyet dan bukanlah anak manusia. Ibu bapa yang baru tersedar bahawa mereka mempunyai anak anak kecil yang berperangai seperti seekor monyet eloklah mengikut cadangan Pipi seperti yang dinyatakan dibawah. Cadangan cadangan ini bertujuan untuk menjaga keselesaan orang lain, menjaga air muka ibu bapa dan juga untuk mendidik anak anak anda. Adapun cadangan ini perlulah digunapakai mengikut kepada tempat dan situasi.

Anak Monyet di dalam Kapal Terbang / Bas atau Lain Lain pengangkutan awam.
Sekiranya anak anda mempunyai naluri monyet untuk melompat lompat dari tempat duduk, tidak kira semasa take off, landing, dalam perjalan atau pun semasa orang lain sedang tidur, sila ikat anak anda di kerusi ketat ketat. Sekiranya rancangan itu tidak berjaya, anda boleh membeli sangkar monyet dan masukkan anak anda ke dalam tempat kargo atau tempat simpan barang untuk menjamin keselesaan orang lain. (Pengeluar kereta amat gembira sekiranya terdapat ramai anak monyet di dalam sebuah keluarga kerana mereka boleh menjual MPV dengan banyaknya.)

Anak Monyet di Rumah Orang Lain.
Terdapat juga anak anak yang akan berkelakuan seperti monyet di rumah yang dilawati oleh ibu bapa mereka. Sudah tentu tuan rumah tidak akan menegur anak anak monyet ini walaupun seteruk mana mereka melompat lompat atau membuat kecoh di dalam rumah demi menjaga air muka ibu bapa monyet. Ibu bapa monyet perlulah pandai menjaga anak anak monyet ini. Seelok eloknya rantailah anak anak monyet ini di kerusi tempat anda duduk. Sekiranya cara ini tidak berjaya, anda boleh meninggalkan anak anak monyet ini di dalam kereta, di rumah atau pun SPCA buat sementara waktu.

Anak Monyet Di Masjid.
Pipi sungguh kagum dengan ibu bapa monyet yang mendidik anak anak mereka untuk pergi ke masjid samada untuk sembahyang jemaah ataupun sembahyang jumaat. Akan tetapi anak anak monyet ini telah menyalahgunakan masjid dan menganggap itu adalah sebuah mini zoo. Mereka selalu membuat bising dengan bermain main dan berborak ketika khatib membaca khutbah ataupun ketika orang lain bersembahyang. Cara yang terbaik untuk mengajar anak anak monyet ini ialah dengan menyuruh mereka mengikut orang dewasa menunaikan sembahyang jenazah.

Anak Monyet Di Zoo
Ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anak anak monyet. Pipi tidak ada cadangan lain melainkan membiarkan sahaja anak anak monyet itu hidup di tempat yang dikhususkan untuk mereka.

Sila ambil perhatian bahawa anak anak monyet yang gagal dididik akan bertukar menjadi mat rempit apabila mereka dewasa kelak.

-PP-

13 September 2006

Jenis Jenis Hantu

Masyarakat Melayu memang agak tertarik dengan kepercayaan karut seperti hantu, penunggu dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya pameran hantu dan jin mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai. Pipi ingin menerangkan tentang beberapa hantu yang masih lagi wujud pada masa ini. (I hate opening paragraph!)

Toyol
Jika dulu toyol hanya mencuri wang secara diam diam di waktu malam, toyol pada zaman sekarang agak berani melakukan perbuatan jenayah ini secara terang terangan. Mangsa toyol toyol ini selalunya adalah wanita yang suka berjalan lenggang kangkong sorang sorang di tempat yang sunyi dan membawa beg tangan yang mudah diragut. Toyol ini juga kadang kadang bergerak secara duet, iaitu seorang akan meragut dan seorang lagi menunggang motor. Toyol toyol yang ditangkap oleh manusia biasanya akan menerima nasib yang malang apabila dibelasah dengan kejam.

Hantu Kopek
Hantu kopek perempuan ialah mereka yang suka menayangkan kopek kepada umum.

Hantu kopek lelaki ialah mereka yang suka melihat, merenung dengan tajam meraba dan meramas kopek perempuan tidak kira samada perempuan itu ialah manusia biasa atau pun juga merupakan hantu kopek. Hantu kopek lelaki sangatlah kurang ajar.

Langsuir
Langsuir adalah merupakan hantu jahat yang suka mencekik dan menghisap darah mangsanya hingga mati. Secara umumnya, mangsa mangsa langsuir ini adalah mereka yang kekurangan wang ataupun berada dalam terdesak. Langsuir ini akan bertindakbalas terhadap keluarga mangsa dengan memusnahkan harta benda dan mengganggu ketenteraman mereka sekiranya mangsa gagal membuat persembahan ataupun korban kepada mereka tiap tiap bulan. Kebanyakan mangsa yang berhadapan dengan langsuir ini tidak melaporkan masalah mereka kepada pihak berkuasa kerana malu dan takut. Di sesetengah tempat langsuir dikenali sebagai peminjam wang berlesen ataupun nama glamour, along. Daripada aktiviti mereka jugalah munculnya perkataan cekik darah.

Hantu Raya
Hantu raya merupakan hantu yang hanya muncul setahun sekali sahaja. Hantu raya ini akan berkeliaran di pusat pusat membeli belah, Jalan TAR ataupun Chow Kit walaupun ketika bulan puasa untuk membuat persiapan hari raya yang melampau. Kebanyakan hantu raya akan berlumba lumba dengan kaum mereka untuk menunjukkan siapakah yang lebih hebat dalam membuat persiapan dan menyambut hari raya. Hantu raya ini akan meminta pertolongan langsuir untuk membantu menreliasasikan impian mereka.

Pelesit
Pelesit bergerak secara berkumpulan di malam malam minggu dan menjadikan pengguna jalanraya sebagai mangsa mereka. Pelesit tidak lagi bergantung kepada belalang untuk mencari mangsa sebaliknya mereka menggunakan motosikal, samada yang dicuri atau yang dimenangi selepas meminum power root. Pelesit terkenal dengan kepantasan pergerakan dan aksi aksi merbahaya. Dari perbuatan mereka yang menunggang motorsikal dengan laju dah melulu inilah munculnya perumpamaan “laju macam pelesit.”

Hantu Kubur
Hantu kubur merupakah hantu yang bercita cita untuk menjadi kaya dalam sekelip mata tetapi malas untuk berusaha. Hantu kubur yang bergerak secara berkumpulan ini akan mengunjungi mana mana kubur lama untuk mendapatkan nombor ekor.

Hantu Kum Kum
Sejenis hantu yang popular pada zaman dahulu. Hantu yang dikatakan terjadi hasil dari kesilapan ilmu hitam ini memakai jibab untuk menutup muka mereka yang hodoh dan mencari mangsa untuk menjadikan mereka lawa semula. Hantu kum kum ini telah muncul kembali sejak kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, hantu kum kum ini tidak lagi memakai jibab sebaliknya hanya mengenakan tudung biasa sahaja. Kemunculan semula hantu kum kum ini adalah dengan tujuan untuk merendahkan martabat wanita bertudung dengan cara cara seperti memakai baju ketat dan kain terbelah, menunjukkan buah dada kepada rakan chatting menggunakan webcam dan melakukan hubungan seks di tempat tempat sunyi atau taman taman. (Apa yang menghairankan Pipi ialah aksi aksi terlampau hantu kum kum ini selalu terlepas di internet)

Hantu Tinggi
Hantu tinggi yang suatu masa dahulu sudah pupus muncul kembali sejak akhir akhir ini. Hantu tinggi ini biasanya muncul secara berpasangan. Hantu tinggi lelaki biasanya agak berumur jika dibangdingkan dengan pasangannya. Hantu ini boleh dikenali dengan angka 444,444,.44, 22,222.22, BMW, kereta kuda dan sebagainya. Trend hantu tinggi ini sudah mendapat perhatian dari pihak berkuasa agama kerana mereka dikatakan selalu berlumba lumba untuk membuktikan hantaran kahwin siapakah yang lebih tinggi.

Hang Tua!
Dua patah perkataan yang terpacul secara tidak sengaja dari mulut En Taruddin apabila Khalid menyatakan hasrat untuk mengahwini Siti Nurhaliza kepada beliau.

-PP-
p/s: Kepada sesiapa yang mencalonkan dan mengundi Pipi untuk anugerah wong ah beng, Pipi ucapkan hang pundek!

11 September 2006

Rajuk Dan Pujuk titik titik titik titik titik

Nothing much to write about, just something for you people to waste your “valuable” time.

Pipi ingin berkongsi berberapa perkara tentang proses merajuk dan memujuk yang telah wujud sejak lama dahulu. Kebanyakan orang merajuk disebabkan oleh tutur kata atau perbuatan tidak kira samada disengajakan atau tidak walaupun terdapat segelintir manusia bengong yang suka merajuk tak tentu pasal.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi orang merajuk ini ialah mengkaji dahulu apakah punca sebenar yang menyebabkan si perajuk itu merajuk. Adakah anda secara tidak sengaja melukakan hati si perajuk dengan kata kata yang kasar seperti mengkomplen tentang bentuk badan si perajuk? Adakah perbuatan anda yang keterlaluan menyebabkan si perajuk merasa marah? Ataupun si perajuk sememangnya seorang yang gila nak merajuk setiap hari? Ataupun anda memang seorang yang sukakan challenge dalam proses memujuk hingga anda tergamak menyakitkan hati orang lain?

Setelah mendapat tahu apakah punca sebenarnya yang menyebabkan si perajuk merajuk, anda bolehlah memulakan proses memujuk. Terdapat banyak cara untuk anda memujuk si perajuk. Cara cara memujuk ini bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kelembutan lidah anda, tahap kewangan, kepandaian berlakon, kepantasan menaip (sekiranya anda ingin memujuk menggunakan online chatting) dan yang paling penting sekali ialah kegigihan untuk terus memujuk.

Anda juga perlu memilih cara cara memujuk yang sesuai berdasarkan hubungan anda dengan si perajuk. Sebagai contoh, sekiranya si perajuk merupakan kekasih atau isteri/suami anda, adalah lebih praktikal untuk menggunakan kelembutan lidah (maksud Pipi ialah kepandaian bercakap, bukan menjilat) dan sedikit kepandaian berlakon. Contoh lain ialah sekiranya si perajuk merupakan rakan chatting yang anda tak pernah bertemu, adalah lebih baik anda menggunakan skil kepantasan menaip di mana mana online chatting. Anda tidak perlu mengeluarkan wang dan titik peluh untuk memujuk rakan chatting yang merajuk kerana anda boleh menyalahgunakan kemudahan yang ada di pejabat, atau pergi sahaja ke mana mana Starbuck.

Andainya ada sesiapa dari kalangan rakan rakan anda yang memang suka merajuk tanpa sebarang sebab yang munasabah, anda tidak perlu berusaha bersungguh sungguh untuk memujuk manusia jenis ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah membiarkan si perajuk memujuk diri sendiri. Selalunya si perajuk akan kembali ok dalam tempoh masa yang singkat. Sekiranya anda ada pilihan, sila elakkan dari berkawan atau menjalinkan hubungan dengan orang jenis ini.

Ingin Pipi tekankan di sini bahawa proses memujuk memerlukan usaha dan kegigihan yang tinggi. Anda mungkin gagal untuk memujuk si perajuk dalam masa terdekat akan tetapi anda tidak boleh melupakan usaha memujuk itu. Ada baiknya sekiranya memberi peluang kepada si perajuk untuk bersendirian buat seketika untuk menenangkan perasaan.

Walaubagaimanapun, anda juga perlu memberi tempoh waktu untuk anda menjalankan proses memujuk. Sekiranya anda gagal untuk memujuk si perajuk dalam tempoh waktu yang anda telah tetapkan, walau segigih mana anda berusaha, nasihat Pipi, jangan buang masa untuk memujuk dan lupakan sahaja si perajuk dan cari alternatif lain. Anda juga boleh menyuruh si perajuk yang susah dipujuk ini memujuk diri sendiri atau berkawan dengan beruk.

“Belia Benci Beruk!”

-PP-

08 September 2006

Interview with Mat Rempit

A nice blogger will immediately apologize and provide a lengthy explanation on why he/she is unable to update his/her blog for quite sometimes (yeaah, as if is their blog is visited by few thousand of people daily). Me, not being a very nice person, will not apologize for the delay in updating my blog and will just provide a simple explanation. I was busy. (Read: I am a very important person; I have no time to update my blog compared to you people who can still find time to visit my blog).

Enough said, let’s go straight to today’s topic. The other day I had a chance to chat with one of the Mat Rempits roaming the city center. Disebabkan memang dasar Mat Rempit yang tak reti Bahasa Inggeris, ( bukan takat Bahasa Inggeris, dia orang semua memang tak reti bahasa pun), Pipi hanya berborak di dalam Bahasa Melayu sahaja.

Apasal jadi mat rempit ni?
Biasala bang, aktiviti merempit ni dah jadi salah satu cara untuk melepaskan perasaan tension. Siang hari kerja teruk nak mampus, boss pulak cerewat nak mampus so malam malam minggu kitaorang lepak lepak sama member sambil merempit untuk lepaskan perasaan tension. Lagipun kita orang tak kacau orang bang. (Pipi : kepala hotak kau tak kacau orang, menyusahkan orang ada la!). Setiap kali merempit tu kan bang, memang hilang la perasaan tension tu bang.

Kau kerja apa?
Errr, saya tak kerja bang. Saya menghabiskan duit mak bapak je.

Kalau tak kerja macam mana boleh beli motor?
Gini cerita dia bang. Bapak saya hari hari minum Power Root Ali Café. Satu hari tu tiba tiba dia menjerit kegembiraan. “Saya menang motor!!”. Disebabkan bapak saya dah ada kereta so dia bagi la motor tu kat saya. Kalau abang nak tau, sebelum dia orang ambik Raja Ismail untuk buat iklan tu, dia orang dah call bapak saya, tapi maklumlah, motor tu saya dah modified abis, langsung tak boleh masuk tv.

Betul ke kebanyakan remaja yang terlibat dalam aktiviti merempit ni disebabkan kurangnya pengawasan ibu bapa ?
Yang ini saya agak susah nak komen la bang. Sebabnya, alasan kurang pengawasan ibu bapa ni memang alasan yang tipikal yang dia orang pakai untuk semua masalah remaja bang. Perempuan jadi bohsia ke, lari dari rumah ke, merempit ke, dadah ke, semua pakai alasan sama je bang. Tapi dalam kes saya ni, memang saya rasa kurang pengawasan keluarga la yang jadi punca saya jadi mat rempit ni bang. Bayangkan je la bang, bapak saya memang kuat minum Ali Café tu bang, every time dia balik rumah je, suruh mak saya masuk dalam bilik. Dua tiga jam baru keluar. Bila mak saya keluar dia dah tak larat nak buat apa apa lagi dah. Tiap tiap hari macam tu. Dalam sebulan tu ada break seminggu je. Bapak saya bagi duit kat saya suruh makan kat luar. Dari situ la saya mula berkawan dengan mat mat rempit yang lain. Kalau nak ikutkan, mungkin kerajaan boleh salahkan Power Root untuk masalah mat rempit ni.

Ada ambik dadah?
Isk, abang ingat saya ni artis ke nak main dadah? Mana ada duit juta juta macam seorang penyanyi lelaki popular tu yang mengaku habiskan duit untuk beli dadah. Saya nak isi minyak motor pun mintak duit kat bapak saya. Tapi ada jugak la yang ambik dadah ni bang. Kononnya nak kasi kick la, akhir akhir kena kick dengan polis kalau kena tangkap masa road block. Lagipun gaji mat rempit ni bukan besar sangat bang. Cukup makan, pakai, modified motor dengan isi minyak je.

Dalam suratkhabar ada cakap, mat rempit ni kalau menang race dapat perempuan, lepas tu adakan hubungan seks. Betul ke?
Memang ada perempuan bang. Perempuan ni ada 2 jenis la pulak. Satu jenis memang cun abis bang, tapi yang ni untuk orang yang menang je la. Lagi satu jenis perempuan ni tak cun langsung. Diorang ni kira stock untuk orang orang yang kalah je la, takpun dia orang main ikut je sapa sapa. Saya rasa kalau polis peronda datang pun, dia orang main naik je motor polis tu bang. Pasal hubungan seks tu susah nak cakap la bang. Cuba abang bayangkan, masa race tu bawak motor memang laju. Mat rempit ni pun manusia gak bang, ada gak perasaan takut. Telur tu memang kecut punya la bang. Telur ni kan bang, kalau kecut memang susah nak recover, kadang kadang sampai 8 jam. So kalau dapat perempuan pun, telur kecut tak guna bang. Last last, si perempuan ni dok tengok telur je la sampai pagi. Kemungkinan nak buat hubungan seks tu agak rendah sebenarnya bang.

Apakah harapan kau untuk kaum kaum mat rempit ni?
Kalau abang tengok sekarang ni, aktiviti mat rempit ni dah dapat perhatian serius dari kerajaan. Umno pun dah mula nak berjinak jinak dengan kaum kaum mat rempit ni. Saya berharap la kan, suatu hari nanti kerajaan buat Rakan Muda Rempit untuk menghargai kita orang ni. Saya jugak teringin nak tengok Khairy Jamaluddin buat superman kat jalan depan Dataran Merdeka tu.

Disebakan hari dah lewat pagi, Pipi terpaksa beransur dari meneruskan perbualan dengan mat rempit tadi. Lagipun Pipi dah nampak motorsikal polis tengah dok pusing pusing kat situ. Tak pasal pasal Pipi akan dituduh menjadi mat rempit pulak nanti.

-PP-