Seperti biasa Pipi tidak akan meminta maaf dan menerangkan dengan terperinci kenapa Pipi tak update blog buat begitu lama. Sebelum Pipi meneruskan dengan lebih lanjut, disebabkan sudah menjadi trend pada masa sekarang , TERPAKSALAH Pipi mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang membaca blog Pipi yang ntah hapa hapa ini.
Sebut tentang bulan puasa ni, sebenarnya terdapat beberapa fakta fakta menarik yang ingin dikongsi oleh Pipi dengan semua orang yang terpedaya untuk melawat blog Pipi. Pipi tak mau cerita pasal kebaikan dan keberkatan bulan puasa ini sebab kat suratkhabar memang tiap tiap tahun dok cerita benda yang sama. Apa yang Pipi nak cakap ialah perkara yang berlaku pada kehidupan seharian kita:
Pertama, bulan puasa merupakan bulan untuk sesetengah orang menjadi peniaga segera di bazaar Ramadhan untuk mengaut keuntungan segera dari mereka yang tidak dapat mengawal nafsu. Kebanyakan peniaga segera ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi dalam tempoh sebulan jika dibandingkan dengan artis artis mee segera. Peniaga peniaga segera ini boleh dikenal pasti dengan sekali imbas sahaja. Antara criteria yang mencerminkan mereka ini ialah peniaga segera termasuk harga makanan yang agak mahal, rasa makanan yang tak sedap dan bagaimana kekoknya mereka ketika membungkus makanan.
Seterusnya, pahala puasa bagi kaum lelaki selalunya akan habis ketika mengunjungi bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Pertama, mereka gagal mengawal nafsu untuk membeli segala macam makanan. Kedua, mereka gagal mengawal mata untuk melihat peha peha gebu dan tetek tetek amoi dan melayu perasan amoi yang turut membeli juadah berbuka puasa. Pasangan pasangan bercinta yang feeling berpegangan tangan dan memeluk pinggang ketika membeli juadah juga akan kehilangan pahala mereka yang ciput itu.
Ketiga, agensi kerajaan yang paling sibuk ketika bulan puasa ialah pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. Mereka merupakan golongan yang dikerahkan untuk memantau, mengawal dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Walaubagaimanapun, pegawai KPDN & HEP patut berterima kasih kepada Noraini, yang turut menyumbangkan puteri puteri Umno untuk membantu memantau harga barangan. Puteri puteri ini dipilih kerana memang hakikat semulajadi wanita yang suka berbelanja. Dengan yang demikian, mereka bolehlah memantau harga sambil menghabiskan wang masing masing.
Keempat, jika diperhatikan betul betul tajuk tajuk berita di akhbar juga akan bertukar ketika bulan puasa. Sebagai contoh, jika sebelum ini berita kebakaran hanya ditulis sebagai “ Satu keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran” tetapi pada bulan ramadhan berita tersebut akan ditulis “ Satu keluarga menyambut ramadhan dan syawal dalam keadaan duka setelah rumah mereka terbakar.” Antara contoh contoh lain ialah “ Hasrat untuk berbuka puasa bersama keluarga tidak kesampaian”(kes kemalangan), “Ibu tua menyambut ramadhan keseorangan”( kisah anak tak kenang budi) dan lain lain lagi.
Kelima dan terakahir, kadar jumlah manusia menunaikan solat terawih di masjid adalah berkadar songsang dengan jumlah hari berpuasa. Selalunya masjid masjid akan penuh pada hari pertama hingga ke hari ke lima belas. Kemudian, jumlah tersebut akan beransur ansur kurang untuk hari hari seterusnya. Jika diperhatikan, pusat pusat membeli belah akan mula dipenuhi selepas hari ke 15 puasa dan seterusnya. Oleh yang demikian, adalah selamat untuk kita merumuskan bahawa kadar jumlah manusia mengunjungi shopping complex adalah berkadar terus dengan jumlah hari berpuasa. Satu lagi formula yang boleh dirumuskan ialah “ Pada hari ke lima belas puasa dan hari hari seterusnya, jumlah orang tidak solat terawih adalah sama dengan jumlah orang di shopping complex”.
Sesetengah orang menganggap puasa adalah lesen untuk menghadkan segala aktiviti seharian. Kalau boleh, mungkin ada yang nak hibernate sepanjang bulan puasa ini. Tau tau bila bangun je, dah raya.
-PP-

5 comments:
Sedara posa ke tak??? Puasa lah anda sebelum anda dipuasakan. Jangan asyik mengutuk orang sahaja. Ketahuilah...sedarilah.... anda telah masuk dalam kategori mengumpat....
Akhir sekali, bila kali terakhir anda gi berterawih? Pernah ker? :)
oit
kalau tak mahu bersubahat, jangan baca, or baca pastu dok diam diam jangan komen apa apa, ok?
Berkadar songsang? Berkadar terus? Pipi ni cikgu matematik ke? Hehehe
n82
Pipi bukan cikgu matematik walaupun Pipi selalu berangan untuk menjadi cikgu matematik sebab dapat duit byk hasil dari menjalankan aktiviti tuition. Tapi apakan daya, my english is very bad, so i can't teach maths in english.
sekian terima kasih.
hahaha, good facts.
Oit, hang paham ka apa yg siPP tu tulis. mananya menumpat. terasa lebih lak budak nih.
Post a Comment