19 September 2006

Kisah Anak Monyet

Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya memelihara seekor anak monyet dan bukanlah anak manusia. Ibu bapa yang baru tersedar bahawa mereka mempunyai anak anak kecil yang berperangai seperti seekor monyet eloklah mengikut cadangan Pipi seperti yang dinyatakan dibawah. Cadangan cadangan ini bertujuan untuk menjaga keselesaan orang lain, menjaga air muka ibu bapa dan juga untuk mendidik anak anak anda. Adapun cadangan ini perlulah digunapakai mengikut kepada tempat dan situasi.

Anak Monyet di dalam Kapal Terbang / Bas atau Lain Lain pengangkutan awam.
Sekiranya anak anda mempunyai naluri monyet untuk melompat lompat dari tempat duduk, tidak kira semasa take off, landing, dalam perjalan atau pun semasa orang lain sedang tidur, sila ikat anak anda di kerusi ketat ketat. Sekiranya rancangan itu tidak berjaya, anda boleh membeli sangkar monyet dan masukkan anak anda ke dalam tempat kargo atau tempat simpan barang untuk menjamin keselesaan orang lain. (Pengeluar kereta amat gembira sekiranya terdapat ramai anak monyet di dalam sebuah keluarga kerana mereka boleh menjual MPV dengan banyaknya.)

Anak Monyet di Rumah Orang Lain.
Terdapat juga anak anak yang akan berkelakuan seperti monyet di rumah yang dilawati oleh ibu bapa mereka. Sudah tentu tuan rumah tidak akan menegur anak anak monyet ini walaupun seteruk mana mereka melompat lompat atau membuat kecoh di dalam rumah demi menjaga air muka ibu bapa monyet. Ibu bapa monyet perlulah pandai menjaga anak anak monyet ini. Seelok eloknya rantailah anak anak monyet ini di kerusi tempat anda duduk. Sekiranya cara ini tidak berjaya, anda boleh meninggalkan anak anak monyet ini di dalam kereta, di rumah atau pun SPCA buat sementara waktu.

Anak Monyet Di Masjid.
Pipi sungguh kagum dengan ibu bapa monyet yang mendidik anak anak mereka untuk pergi ke masjid samada untuk sembahyang jemaah ataupun sembahyang jumaat. Akan tetapi anak anak monyet ini telah menyalahgunakan masjid dan menganggap itu adalah sebuah mini zoo. Mereka selalu membuat bising dengan bermain main dan berborak ketika khatib membaca khutbah ataupun ketika orang lain bersembahyang. Cara yang terbaik untuk mengajar anak anak monyet ini ialah dengan menyuruh mereka mengikut orang dewasa menunaikan sembahyang jenazah.

Anak Monyet Di Zoo
Ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anak anak monyet. Pipi tidak ada cadangan lain melainkan membiarkan sahaja anak anak monyet itu hidup di tempat yang dikhususkan untuk mereka.

Sila ambil perhatian bahawa anak anak monyet yang gagal dididik akan bertukar menjadi mat rempit apabila mereka dewasa kelak.

-PP-

9 comments:

Haizam said...

tidak dinafikan, agak kasar menggelarkan kesemua anak2 itu sbg anak monyet. pastinya, bila pipi ada anak nanti, pipi juga akan mempunyai anak monyet. masa belum ada anak ni, boleh la cakap..let me know when u've one...

itu mmg lumrah anak2 utk melompat2, berlari2..cuba tanya mak ayah pipi, apakah pipi dulu macam anak2 monyet yg pipi cakap tu atau pun pipi nih jenis yg duduk diam, nerdy je sebenanya ?

Pipi said...

Haizam yang Pipi hormati,

Memang Pipi agak kasar dalam memanggil anak anak orang sebagai anak monyet. Memang tidak dapat dinafikan memang lumrah anak anak suka melompat dan bermain main. Tetapi ibu bapa perlulah mendidik anak2 agak tidak menjadi anak monyet yg melampaui batasan. Sebagai contoh, malam tadi, Pipi masuk lift dan terdapat seekor anak monyet yang tidak duduk diam dan mengetuk ngetuk dinding dan melompat lompat di dalam lift sedangkan ibu monyet tidak berbuat apa2 untuk menegur anak monyet itu.
Terdapat juga anak2 yg baik dan mendengar cakap ibu bapa, mereka ini tidaklah perlu digelar sebagai anak monyet. Bagi anak anak yg pandai berlakon baik di hadapan ibu bapa, mereka ini digelar anak semi monyet.

terima kasih kerana meninggalkan komen di blog pipi dan menyelamatkan pipi dari menyamar menjadi pipit dan meninggalkan komen sendiri

Anonymous said...

huhu.. anak munyit tu... anak munyit dalam shopping complex tak explain pon... hehehe...

LUKE said...

mana ko pegi wahai bapak monyet? opsssssss..

Pipi said...

Pipi tengah berhibernasi. Maklumlah bulan2 posa ni, pipi tak larat nak angkat jari nak taip kat keyboard

Anonymous said...

Sejak bila pipi ni berpuasa??? Dah baligh ker???? Ingatkan dia masih lagi monyet. Saja nak ingatkan.... mengata orang nanti monyet dia yang lebih... Just be careful with what you say about other people's kid. Your kid might be worst even if you try to 'tegur' them.

Good Luck

Pipi said...

aiyo.....pipi pasrah dengan komen komen yang diberi tentang anak anak monyet ini. Tolonglah paham apa yg cuba pipi sampaikan kat blog ni. Pipi tak cakap semua anak macam monyet. Tapi pipi mungkin tak boleh salahkan orang yg tak dapat menangkap maksud blog pipi kerana nama blog pipi ialah you are an idiot dan pipi paham la kalau ada komen komen yang berbau sedikit idiot.

terima kasih

Anonymous said...

Woi PP, hang kena guna banyak bahasa kias kat blog hang nih. Org tak leh terima bila hang kata directly. biar banyak kiasan, depa tak terasa, even those are the same fact.. budus.. hahaha

Miza zahra said...

memang tak dinafikan kanak2 bersifat seperti 'anak monyet' yang pp kata, tapi pp kne tahu juga.. kenakalan itu adalah permainan mereka. dan minda kanak2 berkembang melaluinya.

ini yg sy belajar lah. jadi kalau kita tak tahan sgt dgn ke'hyper'an budak2 yg kita anggap nakal nih, kita sndirilh kne pujuk hati untuk sabar. dan dlm mse yg sme plu ikhlaskan hati spya istoqomah utk trus mndidik. kerna setiap kanak2 tuh ada potensinya yg trsendiri. wallahualam :)

*sy tengah cari fakta tntg monyet, kisah monyet lain pula yg jumpa ^^ btw, hargai dan raikanlah kenakalan mereka dgn tarbiyyah :)