29 June 2006

Advetisement - Quick Money

This is a chance for you to earn quick cash. If you are a single man, you may have the chance to earn RM 40,000. A married man stands a chance to earn from RM 10,000 to RM 30,000 depending on the number of wife or wives that you have right now. Single woman stand a chance to earn RM 10,000 maximum only. On top of that you will be given a 4WD vehicle as a gift. This offer does not apply to a married woman and Non Muslim.

If you are really interested, do the following:

Go the Kelantan, meet with the local government and inform them that you are willing to marry the Orang Asli. The state government will pay you RM 10,000 for each of the Orang Asli that you marry plus the 4WD vehicle. Single man might want to propose to the government that you want to marry 4 Orang Asli women at once so that you can earn RM 40,000 easily. I am not sure whether you will get four 4WD vehicles or not. Married man might consider splitting the money with their current wife to persuade them to allow you to marry another woman or other women if you need more money. Since according to Islamic rules that woman cannot have more than one husband, single woman will only have a chance to get married with one Orang Asli man and thus earning RM 10,000 plus the 4WD vehicle.

If you are really nut and crazy for money, you might follow some of the local celebrities’ style by getting a quick divorce after you marry the Orang Asli. Just imaging you are getting married for 10 times in a year; that is RM 100,000 of easy money plus a business of your own, selling 4WD vehicles!

Good Luck!

-PP-

26 June 2006

Diari Akademi Keluarga

Satu rancangan yang diberi nama Akademi Keluarga telah diwujudkan bagi menyaingi rancangan realiti Akademi Fantasia yang sedang berlangsung sekarang. Berikut adalah sedikit sedutan daripada diari Akademi Keluarga untuk tatapan semua.

Tarikh – 24/6/2006, Sabtu
Masa – 8.35 malam
Lokasi – Rumah Keluarga Isteri.

Situasi 1
Si isteri terkocoh kocoh dan kelam kabut menyediakan hidangan makan malam untuk suami. Si isteri berlari lari anak menuju ke ruang tamu untuk menonton tv selepas siap menyendukkan lauk dan nasi untuk suami dan meninggalkan si suami terkulat kulat keseorangan.

Situasi 2
Adik perempuan isteri sedang leka membelek belek dan menekan butang telefon bimbit tanpa menghiraukan keadaan sekekeling. Sekali sekala kelihatan beliau tersengih seorang diri.

Situasi 3
Si suami dengan muka yang masam mengadap makanan seorang diri di dapur. Di dalam hati, beliau sudah berkira kira untuk memecahkan skrin tv.

Situasi 4
Ibu kepada si isteri (ibu mentua si suami) tercegat di depan pintu bilik yang mengadap peti television dengan berpakaian telekung sembahyang sementara menantikan masuk waktu Isyak dengan mata terarah kepada peti television. Mulutnya becok menanyakan kepada si isteri tentang perkembangan terbaru rancangan di kaca tv tersebut.

Situasi 5
Anak kepada pasangan suami isteri tersebut berlari lari dengan gembiranya di segenap ceruk rumah dengan lampin yang dipenuhi najis dan air kencing tanpa ada yang menghiraukan anak yang malang itu.

Sila pilih peserta kegemaran anda dan sms AKUNDI (suami/isteri/adik/ibu/anak) dan hantarkan kepada 32888.

-PP-




23 June 2006

Hidden Advertisement

Kebanyakan iklan, tak kirala iklan apa pun akan sedaya upaya untuk mempamerkan imej yang baik untuk produk atau service yang di offer. None of the advertisement yang akan cakap benda benda tidak senonoh tentang product/service diorang. For example, you can see a company supplying the air conditioning system advertised that their product can kill 99.9% germs. Advertisement tak menipu, it is just that they do not disclose all the details.

Mari kita lihat contoh contoh iklan yang mempunyai ayat ayat yang tertinggal kat belakang:

Rumah Untuk Dijual. 100% Pinjaman, Percuma Yuran Guaman. Siap dalam masa 2 tahun. (Kalau nasib anda tidak baik, rumah akan terbengkalai dan anda terpaksa menghadapi hutang bank seumur hidup.)

Skim Pinjaman Mudah. Untuk pegawai kerajaan dan swasta. Gaji minimum RM50 boleh memohon. Tanpa Penjamin dan Kelulusan Segera. (Kami hanya akan mengganggu kententeraman hidup anda dan keluarga sekiranya anda mampu membuat pembayaran. P/s: Kami juga ada menjual cat berwarna merah.)

Dinner with your loved one – Priceless
New clothes each month – Priceless
Showing of your gold credit card to your friends – Priceless
(Declared bankrupt in the next few months – USELESS)

Cara mudah untuk melangsingkan badan. Tanpa ubat, tanpa kesan sampingan. Dijamin Berkesan. (Kebekersanan hanya akan diperolehi sekiranya anda mengikuti program kami selama beberapa tahun.)

Closing Down Sale. Great Discount. (We will not be closing if we manage to generate the profit from the sale Closing Down Sale.)

Branded Sale. Value for Money. No imitation. (You will be surprise to see all the brands (mostly unpopular brand that we imported from another third world company) that you have not seen before.)

And my favorite:

(Sila baca dengan suara tersepit). Saya…Raja Ismail bin Raja Jaafar….menang motosikal 150cc sebab saya minum Power Root Tongkat Ali saje….. (Sebenarnya saya minum 20 botol Power Root Tongkat Ali setiap hari sejak 4 tahun lepas. Sekiranya dikira kos pembelian power root itu…saya sudah boleh beli sebuah motosikal 150cc sendiri. Terima Kasih Power Root.)

-PP-

22 June 2006

Orang Kuala Lumpur Kurang Hajar??

Because of all you stupid people, Kuala Lumpur has been ranked third on the rudest cities out of 35 cities. While government is denying the fact, most of the people agreed that the residents in of Kuala Lumpur are generally rude.

Untuk mengesahkan fakta yang telah diberi, Pipi cuba untuk menyelidik sendiri tentang kebenaran perkara tersebut. Disebabkan Pipi tidak mempunyai masa untuk melakukan apa yang dilakukan oleh Reader’s Digest, Pipi cuma mengajukan soalan “ Do you really think that KL people are rude?” atau “Betul ke orang KL ni kurang hajar?” kepada beberapa respondents. Ini adalah hasil yang Pipi dapat:

Makcik Jual Pisang Goreng.
“Maafllah la dik, makcik orang Pahang, bukan orang KL, jadi makcik tak boleh nak jawab soalan tu. Lagi pun tak nampak ke makcik tengah sibuk goreng pisang ni?” Disebabkan makcik tersebut telah agak annoyed, Pipi beli pisang goreng dia sebanyak lima ringgit. Terus dia senyum kat Pipi.

Budak Perempuan Tengah Melepak kat Shopping Complex
“Apa punya soalan la. Saya tengah tayang pusat ni, pegi tanya orang lain boleh tak?”

Seorang Lelaki Melayu yang nampak macho.
“Malaysians are generally nice. I like the ladies more though. Now, would you excuse me, please? I think there is this one lady keep on looking at me for the past half hour. Maybe I can respond to you after I get to know this lady better? Then I will surely know that whether Malaysians are really rude or not.” Ok, lelaki macho ini bukan seorang gay.

So called Markerting Executive yang tengah jual torchlight dari satu meja ke satu meja makan yang lain.
“Saya tak setuju langsung dengan keputusan kajian tu! Ada ke diaorang cakap kita kurang ajar! Boleh blah la! Bodoh! Saya tak rasa perbuatan menggangu orang tengah makan tu satu perbuatan yang kurang ajar! Errr nak beli torchlight tak? Satu sepuluh ringgit, beli dua dapat satu percuma. Takpe, kalau kat rumah dah ada torchlight, boleh bagi kat kawan kawan. Tolonglah, hari ni takde sales lagi ni”. For your information, Pipi tak beli pun torchlight dia.

Salesgirl.
“Saya bukan taknak senyum kat customer tapi hari tu saya dah kene pelempang dengan satu awek yang cemburu tak tentu pasal sebab saya senyum kat boifren dia. Macam la orang nak sangat ngorat boifren dia tu. So, untuk menyelamatkan pipi saya yang gebu ni, saya ambik langkah selamat dengan memasamkan muka setiap masa.” No wonder la masa Pipi masuk kedai muka dia masam nak mampus. Langkah keselamatan rupanya.

Security guard kat shopping complex.
“Apa? Gila ke mau tolong pegang pintu sama semua orang? Hellooo….saya kerja jadi guard. Bayangkan berapa ribu orang keluar masuk pintu ni tiap2 hari? Mau tercabut tangan saya. Kalau saya nak jadi tukang pegang pintu baik saya pergi kerja kat hotel”. Suka hati abang la. Kalau nak kerja senang Pipi suggest abang guard ni pergi kerja dengan safeguard atau mana mana security company yang selalu buat transit duit. Kalau dah bosan, boleh pakat dengan perompak, dapat la extra income.


Tokeh kedai kasut.
“Saya tidak setuju dengan keputusan survey tersebut. Saya baca kat suratkhabar kata kalau orang Malaysia ni terpijak kaki seseorang, diorang langsung tak mau mintak maaf. Pada saya perbuatan memijak kasut mendatangkan keuntungan kepada saya dan juga tokeh kedai kasut yang lain. Cuba bayangkan, setiap hari kasut anda kena pijak sampai 10 atau 20 kali. Tak sampai sebulan mesti nak kene tukar kasut baru. Jadi, saranan saya, teruskan memijak kasut beramai2 demi menjana ekonomi negara. Sekian terima kasih. Errrr…saya over sangat ke?”


Penganggur Lepasan Universiti.
“Rileks la, kita mesti berpandangan positif. Sekurang kurangnya, Mumbai dengan Bucharest lagi rendah dari KL. That’s way la sekarang ni saya masih lagi menganggur kerana saya berpandangan positif. Saya pasti suatu hari nanti saya akan dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan dan kehendak saya. Mana la tau tiba tiba ada satu syarikat yang offer saya jadi Manager ke? Rezeki di tangan Tuhan.” Pipi sangat kagum dengan pandangan budak ni. Good Luck!

After this few people, Pipi rasa tak sanggup lagi nak proceed with the question. What I can conclude is that kat Malaysia ni, lagi ramai orang blur dari orang kurang ajar.

-PP-

19 June 2006

Selamat Hari Bapa

Sempena dengan Hari Bapa yang disambut pada 18 Jun semalam, Pipi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa bapa yang membaca blog Pipi. Selain itu, Pipi tidak perlu menunggu satu hari yang dikhaskan dalam setahun untuk memperingati bapa Pipi. Pipi sentiasa mengingati bapaPipi setiap hari. Pipi ingin juga berkongsi dengan semua orang tentang beberapa jenis bapa yang wujud di dunia ini. Selain dari ibu kandung terdapat beberapa jenis lagi bapa/ayah/daddy/father yang perlu diberi perhatian. (Ayat ini Pipi cedok dari entry Pipi tentang Hari Ibu last time, malas nak fikir.)

Bapa Ayam.
Sejenis bapa yang popular di kalangan lelaki yang mempunyai kehidupan yang tidak sihat. Bapa ayam selalunya tidak berkawan rapat dengan Ibu Ayam kerana mereka sering bersaing di antara satu sama lain. Bapa Ayam biasanya akan mencuba dulu anak anak ayam mereka sebelum dimasukkan ke dalam reban ayam. Kebiasaannya, di dalam cerita Melayu berunsur jenayah, Bapa Ayam digambarkan sebagai seorang lelaki yang buruk paras rupa dan tidak mempunyai visi dalam hidup mereka.

Bapa Haruan.
Walaupun ikan haruan mempunyai nilai perubatan yang tinggi, Bapa Haruan tidak begitu disanjung di dalam masyarakat. Ini disebabkan faktor kerakusan Bapa Haruan yang suka memakan anaknya sendiri. Kepada kaum bapa, suka Pipi ingatkan supaya menjauhkan perangai bapa haruan makan anak ini kerana sumbang mahram adalah sangat keji.

Grandfather.
Perkataan father di dalam “grandfather” jika ditranslatekan secara langsung ke dalam Bahasa Melayu bermakna ayah. Walau bagaimana pun, grandfather bukanlah seorang ayah kecuali beliau telah merogol anak kandungnya sendiri dan anak beliau itu telah melahirkan seorang anak. Manusia begini adalah serupa seperti bapa haruan di atas.

Ayah Pin.
Seorang public figure yang sangat popular pada suatu masa dahulu. Kehilangan beliau telah menjadi misteri kepada umum. Banyak versi yang dikaitkan dengan kehilangan Ayah Pin ini. Antaranya termasuklah, Ayah Pin telah menggunakan kuasa beliau untuk tinggal di langit bagi menjaga ketenteraman dunia dan kini bergelar Ultrapin. Selain itu ada juga yang berkata bahawa Ayah Pin sekarang ini tinggal di Thailand dan menguruskan perusahaan membuat teko. Terdapat sumber yang tidak boleh disahkan yang mengatakan Ayah Pin sebenarnya menetap di Batu Caves dan telah menukar nama menjadi Ayappan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Ayappan.
Sila rujuk Ayah Pin di atas.

-PP-

16 June 2006

Things That You Learn From TV Commercials

At last, Pipi berjaya juga mengupdate blog Pipi untuk hari ini setelah hampir seminggu tak berusik. Disebabkan oleh kesuntukan masa, Pipi tak boleh nak taip panjang panjang untuk kali ini. Bagaimanapun, Pipi ingin mengambil kesempatan untuk memberi panduan kepada sesiapa yang berkenaan. Panduan ini Pipi dapat hasil dari menonton iklan kat tv.

Sekiranya anda seorang wanita yang sentiasa ingin disayangi oleh suami, pakailah krim pencerah Fair and Lovely setiap hari. Suami anda akan sentiasa “setiap hari sayang”. Anda tak perlu bersusah payah untuk melakukan kerja kerja rumah yang lain. Apa yang perlu dilakukan ialah duduk di hadapan cermin dan melumurkan muka anda dengan krim pencerah tersebut. Untuk mendapatkan kesan kasih sayang yang lebih besar impaknya, anda boleh melumurkan krim pencerah itu keseluruh badan anda. Nescaya, anda boleh menyuruh suami melakukan apa sahaja kerana suami anda akan tersangat sayang dekat anda. Tak perlu bersusah payah untuk berjumpa bomoh untuk menundukkan suami.

Lagi satu, untuk wanita bertudung yang muka sentiasa kusam, tudung sentiasa senget dan berasa rendah diri dengan penampilan anda, sila guna syampu Sunsilk untuk mengubah diri anda. Dengan serta merta wajah anda akan menjadi cerah dan ceria, gaya pemakaian anda akan berubah dan yang paling penting, anda tak perlu lagi pergi ke rumah emak mertua anda tiap tiap minggu. Soalan “Tudung yang ke berapa dia cuba?” tidak akan lagi kedengaran di telinga anda. Suami anda juga akan bertambah sayang kepada anda.

Have a nice weekend ahead.

-PP-

09 June 2006

Panduan Membeli Hand Phone

For those yang ada perancangan untuk membeli hand phone baru, Pipi suggests that you do the followings:

For men, after you have decided on the brand and model of the phone, pegi mana mana shopping complex yang ada banyak kedai jual handpone tu and look for the shop with a beautiful and sexy salesgirl. Harga hand phone adalah standard and the chances of you getting a maximum discount is very low. Kebarangkalian untuk sesebuah kedai menjual dengan sangat murah adalah rendah melainkan kedai tersebut menjual handphone tipu. So, dengan mencari salesgirl yang cun dan seksi, anda boleh menjamu mata semasa membeli hand phone. Anda boleh membuat perangai perangai gatal kat situ tanpa sebarang rasa bersalah. Walaupun salesgirl yang sexy itu menyampah dengan perangai anda, mereka akan hanya tersenyum kerana customer is always right. Kalau anda berani, anda boleh meminta nombor telefon salesgirl itu dan meneruskan hubungan ke peringkat yang lebih lanjut.

It works the same for ladies. Cari kedai yang dijaga oleh lelaki. Anda tidak perlu menitik beratkan sangat paras rupa lelaki itu. Akan tetapi, peluang anda untuk berjaya adalah lebih cerah sekiranya anda memilih lelaki yang buruk paras rupa. Ini adalah kerana lelaki buruk tidak ada peminat dan kurang bersosial seperti lelaki handsome. They tend to appreciate you more. As usual, you will not get a good discount tapi anda boleh menggoda diorang untuk mendapat ringtone, games atau pun wallpaper percuma. Selalunya lelaki, (sama ada handsome atau tidak) akan tewas dengan godaan godaan manja seorang wanita. However, please don't overdo kerana penjual tersebut akan tersalah anggap bahawa anda mungkin seorang perempuan yang gatal ataupun tidak ada duit kerana semua nak free je.

For gay or lesbian, please be careful when exercising this method. Make sure that you choose the right shop. Amatlah buruk padahnya jika seorang lelaki gay atau pompuan lesbian pegi menggoda seorang lelaki straight/perempuan straight kerana bukan sahaja anda akan terpaksa membayar harga yang mahal, malah anda mungkin akan dilempang oleh lelaki/perempuan straight tersebut.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah jangan sekali kali membawa pasangan anda ketika membeli handphone kerana anda akan terlepas peluang untuk mengada ngada atau menggatal dengan tukang jual handphone. You will end up buying the phone with standard accessories and standard price with no extras at all.

-PP-
p/s : Disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, Pipi tidak akan mengupdate blog ini selama seminggu.

07 June 2006

Mari Mengubah Nasib Malang

Kepada sesiapa yang selalu ditimpa nasib malang, sila periksa email anda. Ada kemungkinan anda terlupa untuk forwardkan email berantai kepada kawan kawan anda.

And now, after you have read this, please click the email link below (gambar envelop tu) and send this post to your friends as well.

10 or more friends – you will receive good luck in next few hours.
5 or more friends – luck is to be with you within the next few days.
0 – you will be cursed for the rest of your life.

So, siapa cakap hidup ini susah dan perlu berusaha gigih? Hanya dengan sedikit usaha mengforward email berantai akan mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik.

-PP-

06 June 2006

Panduan Menghadapi Temuduga Kerja - Part 2

Pipi akan menyambung topik tentang tips tips temuduga untuk bahagian kedua. Tips tips berikut adalah berkenaan dengan semasa proses temuduga dijalankan.

Sebelum anda memasuki bilik temuduga, sila periksa keadaan anda buat kali terakhir. Sila pastikan bahawa zip seluar tidak terbuka, baju tidak terkeluar, buah dada (bagi wanita) berada di dalam kedudukan selesa dan sebagainya. Apabila dipanggil masuk, sila “greet” panel penemuduga anda dengan ucapan ucapan yang sesuai seperti selamat pagi, petang atau memberi salam sekirannya anda dan panel penemuduga beragama islam. “Greeting” seperti “What’s up?” adalah tidak dibenarkan.

Sila duduk dengan tertib apabila diminta duduk oleh panel penemuduga dan sila pastikan anda berada di dalam keadaan selesa. Posisi posisi duduk berikut adalah tidak digalakkan:
1. Duduk seperti membuang air di atas mangkuk tandas.
2. Duduk seperti pengantin yang bersanding.
3. Mencangkung di atas kerusi (selalu dipraktikkan oleh orang yang bodoh di dalam tandas awam yang mempunyai tandas jenis duduk).

Elakkan dari menyilang kaki kerana perbuatan tersebut hanya dibenarkan untuk panel penemuduga sahaja. Bagi wanita, elakkan daripada duduk terlalu tegak kerana panel penemuduga akan hilang tumpuan kerana terpaksa berhadapan dengan buah dada anda.

Apabila menjawab soalan yang diajukan, sila jawab dengan terang dan jelas. Ingat, anda sedang menghadiri temuduga dan bukannya bersenda bersama pasangan di dalam kelambu. Sila elakkan dari memberi jawapan yang berputar putar melainkan anda memohon jawatan sebagai peguam. Berlaku jujur tentang diri anda. Sekiranya anda bodoh, jangan malu untuk mengakui hakikat tersebut. Anda mungkin berpeluang untuk mendapat jawatan lain yang bersesuaian dengan tahap kebodohan anda sekiranya anda gagal mendapatkan jawatan yang anda mohon.

Selain itu, sila gunakan bahasa yang sesuai. Kebanyakan syarikat swasta akan mengadakan sesi temuduga di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya panel penemuduga menggunakan Bahasa Melayu, jangan sekali kali menjawab di dalam Bahasa Inggeris. Hormatilah panel penemuduga tersebut, beliau mungkin merupakan seorang pencinta Bahasa Kebangsaan atau pun mempunyai kelemahan menguasai Bahasa Inggeris. Adalah lebih baik untuk anda menjawab di dalam Bahasa Melayu daripada menggunakan ayat berikut “ Well, you know la, last time aaaaa, in my old company aaaa, I also do same work one. I do everything until my mind got burst and mentally very tired la” Ini hanya akan menunjukkan tahap IQ sebenar anda. Lagi satu, jangan memburuk burukkan syarikat lama anda kerana itu adalah satu perbuatan yang menunjukkan anda seorang yang tidak tahu berterima kasih.

Kebanyakan calon temuduga akan terperangkap dengan soalan yang berbunyi “Sila terangkan atau beritahu serba sedikit tentang diri anda”. Sekiranya anda ditanya soalan sedemikian, sila jangan merapu dan menceritakan sejarah hidup, berapa umur anda, di mana anda tinggal, berapa adik beradik, berapa kali putus cinta dan sebagainya. Panel penemuduga lebih berminat untuk mengetahui tentang keupayaan diri anda dan bukannya perihal peribadi anda. Sesi temuduga bukanlah sesi majlis suai kenal di sekolah berasrama penuh.

Sekiranya anda diberi peluang untuk bertanyakan soalan, sila tanya soalan soalan yang berkenaan sahaja. Elakkan bertanya tentang gaji pada peringkat ini kerana anda akan dituduh sebagai mata duitan. Sebaik baiknya tanyalah soalan tentang hala tuju syarikat tersebut, apakah rancangan masa depan dan apakah yang mereka harapkan dari calon yang berjaya mengisis kekosongan jawatan tersebut.

Setelah proses temuduga tersebut selesai, jangan lupa untuk keluar dari bilik tersebut kerana ada ramai lagi calon yang menunggu di luar. Jangan membuang masa panel penemuduga dengan mengada ngada di dalam bilik temuduga kerana mereka ada banyak lagi kerja lain yang perlu diselesaikan.

Pipi berharap agar tips tips yang Pipi berikan dapat membantu serba sedikit di dalam menghadapi proses temuduga. Selamat berjaya diucapkan kepada semua.

-PP-

05 June 2006

Panduan Menghadapi Temuduga Kerja - Part 1


Berikut adalah beberapa tips yang berguna ketika menghadapi temuduga kerja yang ingin dikongsi bersama untuk panduan pencari kerja yang masih tak dapat kerja. Tips tips berikut adalah merupakan tips bagi persediaan menghadapi temuduga sahaja dan tidak termasuk perkara yang perlu dilakukan semasa proses temuduga sedang dijalankan.

Datang Awal.
Sila pastikan anda berada di lokasi untuk temuduga sekurang kurangnya setengah jam lebih awal. Ini akan memberikan anda ruang masa yang cukup untuk mengisi borang permohonan kerja yang panjang berjela. Kebanyakan borang permohonan memerlukan anda mengisi semula butiran yang terdapat di dalam resume anda yang telah pun anda hantar semasa memohon pekerjaan. Selain itu, anda juga perlu mengisi beberapa butiran yang tidak relevan seperti pekerjaan bapa, pendapatan isi rumah, jumlah adik beradik hinggalah kepada berapa botong rokok yang anda hisap setiap hari. Sekiranya masih terdapat masa yang terluang setelah selesai mengisi borang, anda boleh berborak borak dengan receptionist yang bertugas. Kemungkinan anda akan bertemu jodoh walaupun tidak dapat kerja. Selain itu, anda juga boleh menunjuk pandai dengan membaca ruangan Business Times ketika menunggu. Sila jangan baca ruangan kartun atau kisah artis kerana ini akan menjejaskan peluang anda untuk berjaya di dalam temuduga tersebut.

Pakai Pakaian Yang Sesuai.
Sekiranya anda seorang lelaki, sila elakkan dari memakai pakaian wanita seperti baju kurung, skirt pendek dan sebagainya. Calon wanita juga tidak digalakkan memakai pakaian lelaki walaupun anda mempunyai jiwa kelakian yang sangat tinggi. Sila elakkan dari menonjolkan keperibadian sebenar anda melalui cara pemakaian. Calon calon yang menghadiri temudaga perlulah memakai pakaian yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Adalah satu pembaziran sekiranya anda memakai kot dan tali leher ketika menghadiri temuduga untuk jawatan operator pengeluaran kerana harapan untuk anda ditertawakan oleh panel temuduga adalah sangat cerah.

Bagai calon wanita, sila elakkan dari memakai pakaian yang mendedahkan lurah dada dan peha kecuali anda memohon jawatan sebagai GRO. Terdapat dua kemungkinan yang boleh berlaku. Pertama, sekiranya panel temuduga merupakan seorang yang alim, peluang anda untuk berjaya adalah sangat sukar. Kedua, jika panel temuduga, yang juga merupakan bakal majikan anda seorang lelaki yang gatal, anda akan dipilih untuk dijadikan isteri atau pun sebagai objek ganguan seksual di pejabat. Sekiranya anda merupakan seorang wanita yang ingin menggunakan sedikit kelebihan yang ada, anda boleh berpakaian “tidak begitu ketat” seperti Salima AF4– ciri muslimah sejati bagi menggoda ahli panel temuduga. Sila pastikan anda mempunyai potongan badan yang menarik sebelum mencuba cara ini. Sesiapa yang mempunyai badan seperti kotak adalah dilarang sama sekali untuk menggunapakai cara ini.

Dapatkan Maklumat Tentang Syarikat Berkenaan.
Ini adalah satu langkah yang penting agar anda tidak terkulat kulat ketika ditanya tentang pengetahuan anda berkenaan syarikat tersebut. Anda boleh menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sekiranya, syarikat itu tidak mempunyai laman web, jangan hadiri temuduga kerana syarikat tersebut sudah pasti merupakan sebuah syarikat yang miskin. (Pratikkan sekirangya anda seorang yang sangat bodoh). Anda sebenarnya boleh menelefon syarikat tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut sekiranya tiada website. Anda juga boleh mengorat makcik makcik cleaner atau pun pekerja bawahan yang bekerja di syarikat itu kerana golongan ini merupakan golongan serba tahu. Sila tapis informasi yang di dapati dari golongan ini kerana kadang kadang mereka sangat emosional dan sentiasa tidak puas hati dengan pihak pengurusan.

Pastikan Segala Dokumen Lengkap.
Sila pastikan bahawa segala dokumen yang diperlukan seperti resume (panel temuduga sudah ada resume anda, tapi mereka akan minta lagi sekali sebab kebanyakan penemuduga tidak bersedia atau saja gatal.), sijil sijil persekolahan sudah lengkap dan tersusun sebelum menghadiri temuduga. Dokumen tersebut perlulah diletakkan di dalam file yang sesuai untuk memudahkan panel temuduga membelek file ketika mereka merasa bosan dengan anda yang terhegeh hegeh bercakap. (Ini adalah berdasarkan pengalaman Pipi, everytime bosan, Pipi akan buat buat belek file). Sila pastikan file yang anda bawa hanya mengandungi sijil yang berkenaan sahaja. Surat nikah, surat sewa beli kenderaan, surat beranak tidak pelu dimasukkan ke dalam file tersebut (pun berdasarkan pengalaman jugak). Sekiranya anda menghadiri temuduga untuk jawatan eksekutif, anda tidak perlu memasukkan sijil pengakap, sijil bulan sabit merah, sijil silat sendeng dan sebagainya kerana ini akan melekakan panel temuduga yang membelek file anda dan langsung tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang anda perkatakan.

-PP-

02 June 2006

Tindakan Susulan Tanah Runtuh

Berikutan dari kejadian tanah runtuh di Hulu Kelang beberapa hari lepas, pihak pihak yang terlibat seperti pemaju, pihak berkuasa tempatan, Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Kerja Raya serta penduduk setempat telah merumuskan dan bersetuju untuk melaksanakan pelan pelan tindakan seperti berikut.

Tindakan Menunding Jari.
Ini merupakan tindakan yang paling diutamakan di dalam perbincangan pihak yang terbabit. Pihak pihak terbabit telah bersetuju untuk saling tuduh menuduh di antara satu sama lain tentang punca kejadian. Penduduk setempat telah menyalahkan Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak memantau projek pembangangunan yang dijalankan. Bagaimanapun MPAJ memberi alasan selamba bahawa mereka tidak tahu tentang kewujudan kawasan rumah panjang itu kerana tersorok (sumber dari Utusan Malaysia). Sementara itu, Kerajaan Negeri telah menyalahkan pemaju kerana tidak meletakkan tembok halangan terlebih awal. Pihak pemaju mungkin terpaksa menyalahkan takdir di atas kejadian tersebut. Pada peringkat ini, campurtangan pihak JKR tidak dialu alukan. Menteri berkenaan hanya perlu mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ Saya suda arahkan jurutera membuat pemeriksaan.”

Tindakan Menyiasat Punca Kejadian.
Siasatan punca kejadian amat penting untuk dilakukan demi mencari siapakah yang patut dipersalahkan selepas isu tunding menunding jari selesai walaupun hasil siasatan jarang diguna pakai untuk mengelakkan kejadian dari berulang di masa hadapan. Proses ini juga penting untuk memberi ruang kepada pihak konsultan yang bakal dilantik untuk menambahkan pendapatan syarikat mereka. Buat masa ini, beberapa syarikat perundingan kejuruteraan telah menunjukkan minat untuk membuat siasatan tentang punca kejadian.

Tindakan Saman Menyaman.
Tindakan susulan yang akan dilakukan oleh penduduk penduduk yang terlibat samada secara langsung atau tidak. Oleh kerana kebanyakan penduduk yang terlibat secara langsung adalah terdiri dari rakyat Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap dan tidak begitu pandai, maka tugas menyaman telah diserahkan kepada golongan professional rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran. Antara alasan yang diberikan untuk menyaman ialah kelewatan tindakan dari pihak berkuasa walaupun telah banyak kali aduan dibuat. Tindakan menyaman setelah berlaku kejadian tanah runtuh itu akan menimbulkan kesan yang lebih dramatik jika dibandingkan dengan tindakan menyaman sebelum kejadian. Secara tidak langsung, idea untuk menyaman pihak berkuasa akan diketengahkan oleh pihak akhbar kerana isu masih lagi panas.

Tindakan Jangka Pendek.
Sebagai pihak berwajib, JKR akan segera melancarkan proses mengenal pasti kawasan kawasan berbukit yang berbahaya untuk dibangunkan. Jurutera JKR akan diarahkan untuk membuat siasatan di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa berulang. Proses ini biasanya akan memakan masa yang sangat lama walaupun ianya dinamakan rancangan jangka pendek. Kertas siasatan akan dipanjangkan kepada cabinet untuk tindakan susulan. Tindakan jangka pendek ini adalah tindakan standard setiap kali berlakunya kejadian tanah runtuh. Oleh kerana tugas JKR hanyalah mengenal pasti dan bukannya menghalang, maka pihak pemaju masih boleh meneruskan projek pembangunan di kawasan yang dikategorikan sebagai berbahaya itu. Disebabkan rancangan jangka pendek ini memakan masa yang sangat panjang, kemungkinan terdapat lagi kejadian tanah runtuh semasa proses mengenal pasti ini dijalankan.

Tindakan Jangka Panjang.
Tidak ada tindakan jangka panjang yang dirancang. Pihak terbabit setuju untuk menyerahkan keadaan kepada takdir. Tindakan tindakan di atas akan diulang setiap kali berlakunya kejadian tanah runtuh di masa hadapan.

-PP-

01 June 2006

Mogok

Sila ambil perhatian bahawa Pipi sedang mogok dari mengupdate blog.
Sebenarnya Pipi tengah busy nak buat PHD online. Esok lusa graduate la Pipi. Nanti semua kena panggil Pipi sebagai Dr Pipi, pakar motivasi ntah hapa hapa. Saksikan kemunculan Pipi di Akademi Fantasia 5 tahun depan. Buat masa sekarang, Pipi tengah sibuk mencari lagu lagu lama untuk diberi nafas baru. Ini merupakan satu percubaan berani Pipi untuk menjadi seorang penyanyi yang bergelar Doktor kerana orang mesti boleh terima lagu lama yang pernah popular walaupun suara penyanyi tak sedap langsung.
-PP-