16 June 2006

Things That You Learn From TV Commercials

At last, Pipi berjaya juga mengupdate blog Pipi untuk hari ini setelah hampir seminggu tak berusik. Disebabkan oleh kesuntukan masa, Pipi tak boleh nak taip panjang panjang untuk kali ini. Bagaimanapun, Pipi ingin mengambil kesempatan untuk memberi panduan kepada sesiapa yang berkenaan. Panduan ini Pipi dapat hasil dari menonton iklan kat tv.

Sekiranya anda seorang wanita yang sentiasa ingin disayangi oleh suami, pakailah krim pencerah Fair and Lovely setiap hari. Suami anda akan sentiasa “setiap hari sayang”. Anda tak perlu bersusah payah untuk melakukan kerja kerja rumah yang lain. Apa yang perlu dilakukan ialah duduk di hadapan cermin dan melumurkan muka anda dengan krim pencerah tersebut. Untuk mendapatkan kesan kasih sayang yang lebih besar impaknya, anda boleh melumurkan krim pencerah itu keseluruh badan anda. Nescaya, anda boleh menyuruh suami melakukan apa sahaja kerana suami anda akan tersangat sayang dekat anda. Tak perlu bersusah payah untuk berjumpa bomoh untuk menundukkan suami.

Lagi satu, untuk wanita bertudung yang muka sentiasa kusam, tudung sentiasa senget dan berasa rendah diri dengan penampilan anda, sila guna syampu Sunsilk untuk mengubah diri anda. Dengan serta merta wajah anda akan menjadi cerah dan ceria, gaya pemakaian anda akan berubah dan yang paling penting, anda tak perlu lagi pergi ke rumah emak mertua anda tiap tiap minggu. Soalan “Tudung yang ke berapa dia cuba?” tidak akan lagi kedengaran di telinga anda. Suami anda juga akan bertambah sayang kepada anda.

Have a nice weekend ahead.

-PP-

No comments: