19 June 2006

Selamat Hari Bapa

Sempena dengan Hari Bapa yang disambut pada 18 Jun semalam, Pipi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa bapa yang membaca blog Pipi. Selain itu, Pipi tidak perlu menunggu satu hari yang dikhaskan dalam setahun untuk memperingati bapa Pipi. Pipi sentiasa mengingati bapaPipi setiap hari. Pipi ingin juga berkongsi dengan semua orang tentang beberapa jenis bapa yang wujud di dunia ini. Selain dari ibu kandung terdapat beberapa jenis lagi bapa/ayah/daddy/father yang perlu diberi perhatian. (Ayat ini Pipi cedok dari entry Pipi tentang Hari Ibu last time, malas nak fikir.)

Bapa Ayam.
Sejenis bapa yang popular di kalangan lelaki yang mempunyai kehidupan yang tidak sihat. Bapa ayam selalunya tidak berkawan rapat dengan Ibu Ayam kerana mereka sering bersaing di antara satu sama lain. Bapa Ayam biasanya akan mencuba dulu anak anak ayam mereka sebelum dimasukkan ke dalam reban ayam. Kebiasaannya, di dalam cerita Melayu berunsur jenayah, Bapa Ayam digambarkan sebagai seorang lelaki yang buruk paras rupa dan tidak mempunyai visi dalam hidup mereka.

Bapa Haruan.
Walaupun ikan haruan mempunyai nilai perubatan yang tinggi, Bapa Haruan tidak begitu disanjung di dalam masyarakat. Ini disebabkan faktor kerakusan Bapa Haruan yang suka memakan anaknya sendiri. Kepada kaum bapa, suka Pipi ingatkan supaya menjauhkan perangai bapa haruan makan anak ini kerana sumbang mahram adalah sangat keji.

Grandfather.
Perkataan father di dalam “grandfather” jika ditranslatekan secara langsung ke dalam Bahasa Melayu bermakna ayah. Walau bagaimana pun, grandfather bukanlah seorang ayah kecuali beliau telah merogol anak kandungnya sendiri dan anak beliau itu telah melahirkan seorang anak. Manusia begini adalah serupa seperti bapa haruan di atas.

Ayah Pin.
Seorang public figure yang sangat popular pada suatu masa dahulu. Kehilangan beliau telah menjadi misteri kepada umum. Banyak versi yang dikaitkan dengan kehilangan Ayah Pin ini. Antaranya termasuklah, Ayah Pin telah menggunakan kuasa beliau untuk tinggal di langit bagi menjaga ketenteraman dunia dan kini bergelar Ultrapin. Selain itu ada juga yang berkata bahawa Ayah Pin sekarang ini tinggal di Thailand dan menguruskan perusahaan membuat teko. Terdapat sumber yang tidak boleh disahkan yang mengatakan Ayah Pin sebenarnya menetap di Batu Caves dan telah menukar nama menjadi Ayappan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Ayappan.
Sila rujuk Ayah Pin di atas.

-PP-

No comments: