Pipi adalah seorang yang sangat baik dah suka berkongsi pengetahuan dengan semua orang walaupun kadang kadang pandangan Pipi ada sedikit serong. Sebagai salah satu dari khidmat masyarakat, Pipi ingin berkongsi beberapa perkara tentang pemilihan kerjaya.
Pertama, minat merupakan satu faktor yang penting dalam memilih kerjaya anda. Adalah penting untuk membuat sesuatu yang anda minat untuk memastikan kejayaan di dalam bidang yang anda pilih. Sekiranya anda berminat untuk menjadi penyanyi, anda tidak perlu membuang masa belajar rajin rajin, anda cuma perlu menghadiri uji bakat rancangan realiti yang bersepah sepah. Walaubagaimanapun, sila cermin diri anda sebelum memohon kerja yang anda minat. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang yang pendek, gemuk dan muka seperti terompah, anda tidak akan berjaya menjadi model atau pun stewardess walaupun anda minat sangat dengan kerjaya tersebut. Peringatan : sila jangan memilih karier sebagai pelacur atau gigolo walaupun anda minat melakukan hubungan seks.
Kedua, sila lihat tentang bakat dan kebolehan anda sendiri. Ini adalah penting kerana minat dan kelulusan tidak akan memastikan anda mendapat pekerjaan yang sesuai. Sebagai contoh, sekirannya anda berminat untuk menjadi seorang jurual tetapi tidak mempunyai bakat, anda boleh menjadikan minat anda sebagai hobi atau untuk pendapatan sampingan. Anda boleh memohon untuk membuka kedai di mana mana Uptown dan menjual barangan barangan tiruan yang diimport dari Thailand.
Ketiga, kelayakan akademik juga memainkan peranan penting untuk memilih kerjaya anda. Pendek kata, jika anda bodoh, anda terpaksa menerima sahaja apa apa pekerjaan yang ditawarkan. Tidak mungkin anda yang mempunyai kelulusan cikai ditawarkan menjadi seorang eksekutif KECUALI anda merupakan bekas pekerja kilang dan bekas tunang kepada Mawi.
Seterusnya, anda mesti bijak dalam membuat kajian tentang peluang atau permintaan kerja. Sekiranya anda merupakan bakal melanjutkan pelajaran, pilih jurusan yang menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Tidak guna anda memilih jurusan yang peluang pekerjaan sangat minima atau langsung tidak terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, anda tidak perlu memilih jurusan music atau drama dengan harapan anda akan dipilih menjadi pengkritik Akedemi Fantasia kerana jawatan tersebut sangat limited dan hanya muncul setahun sekali selama 10 minggu ditambah pula pemilihan pengkritik yang dilakukan melalui proses tangkap muat sahaja.
Akhir kata, ramai yang cakap jangan memilih pekerjaan. Sebenarnya Pipi agak kurang setuju dengan pandangan tersebut. Anda mesti memilih perkerjaan yang sesuai dengan peribadi, kelayakan dan minat seperti yang dinyatakan di atas. Mana mungkin seorang lulusan universiti akan bekerja sebagai penjaga tandas atas alasan anda tidak memilih pekerjaan. Selalunya, nasihat jangan memilih kerja diberi oleh menteri (diorang boleh la cakap, suka sangat nak nasihat orang) kepada lulusan universiti atas alasan lulusan universiti mesti mencari pengalaman dahulu. Adalah tidak logik untuk seorang graduan berkelulusan kejuruteraan untuk mencari pengalaman dengan menjadi dispatch di syarikat guaman. Oleh yang demikian, nasihat Pipi, pilih kerja dan jangan main hentam sahaja. Tindakan tidak memilih kerja akan merugikan anda dan menyusahkan majikan sahaja.
-PP-

1 comment:
Saya pandangan yang menarik dari pipi.. Sempoi tapi bermanfaat. Thanks pipi..
Post a Comment