Nothing much to write about, just something for you people to waste your “valuable” time.
Pipi ingin berkongsi berberapa perkara tentang proses merajuk dan memujuk yang telah wujud sejak lama dahulu. Kebanyakan orang merajuk disebabkan oleh tutur kata atau perbuatan tidak kira samada disengajakan atau tidak walaupun terdapat segelintir manusia bengong yang suka merajuk tak tentu pasal.
Perkara pertama yang anda perlu lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi orang merajuk ini ialah mengkaji dahulu apakah punca sebenar yang menyebabkan si perajuk itu merajuk. Adakah anda secara tidak sengaja melukakan hati si perajuk dengan kata kata yang kasar seperti mengkomplen tentang bentuk badan si perajuk? Adakah perbuatan anda yang keterlaluan menyebabkan si perajuk merasa marah? Ataupun si perajuk sememangnya seorang yang gila nak merajuk setiap hari? Ataupun anda memang seorang yang sukakan challenge dalam proses memujuk hingga anda tergamak menyakitkan hati orang lain?
Setelah mendapat tahu apakah punca sebenarnya yang menyebabkan si perajuk merajuk, anda bolehlah memulakan proses memujuk. Terdapat banyak cara untuk anda memujuk si perajuk. Cara cara memujuk ini bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kelembutan lidah anda, tahap kewangan, kepandaian berlakon, kepantasan menaip (sekiranya anda ingin memujuk menggunakan online chatting) dan yang paling penting sekali ialah kegigihan untuk terus memujuk.
Anda juga perlu memilih cara cara memujuk yang sesuai berdasarkan hubungan anda dengan si perajuk. Sebagai contoh, sekiranya si perajuk merupakan kekasih atau isteri/suami anda, adalah lebih praktikal untuk menggunakan kelembutan lidah (maksud Pipi ialah kepandaian bercakap, bukan menjilat) dan sedikit kepandaian berlakon. Contoh lain ialah sekiranya si perajuk merupakan rakan chatting yang anda tak pernah bertemu, adalah lebih baik anda menggunakan skil kepantasan menaip di mana mana online chatting. Anda tidak perlu mengeluarkan wang dan titik peluh untuk memujuk rakan chatting yang merajuk kerana anda boleh menyalahgunakan kemudahan yang ada di pejabat, atau pergi sahaja ke mana mana Starbuck.
Andainya ada sesiapa dari kalangan rakan rakan anda yang memang suka merajuk tanpa sebarang sebab yang munasabah, anda tidak perlu berusaha bersungguh sungguh untuk memujuk manusia jenis ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah membiarkan si perajuk memujuk diri sendiri. Selalunya si perajuk akan kembali ok dalam tempoh masa yang singkat. Sekiranya anda ada pilihan, sila elakkan dari berkawan atau menjalinkan hubungan dengan orang jenis ini.
Ingin Pipi tekankan di sini bahawa proses memujuk memerlukan usaha dan kegigihan yang tinggi. Anda mungkin gagal untuk memujuk si perajuk dalam masa terdekat akan tetapi anda tidak boleh melupakan usaha memujuk itu. Ada baiknya sekiranya memberi peluang kepada si perajuk untuk bersendirian buat seketika untuk menenangkan perasaan.
Walaubagaimanapun, anda juga perlu memberi tempoh waktu untuk anda menjalankan proses memujuk. Sekiranya anda gagal untuk memujuk si perajuk dalam tempoh waktu yang anda telah tetapkan, walau segigih mana anda berusaha, nasihat Pipi, jangan buang masa untuk memujuk dan lupakan sahaja si perajuk dan cari alternatif lain. Anda juga boleh menyuruh si perajuk yang susah dipujuk ini memujuk diri sendiri atau berkawan dengan beruk.
“Belia Benci Beruk!”
-PP-

4 comments:
sapa je la yg dah merajuk ngan ko nih..? mat rempit tu ke ? mesti ko malas nak layan dia punya merajuk...ke ko yg tensen sebab merajuk pastu takde org pujuk huahuahua...
takde sapa sapa yang merajuk dengan Pipi dan Pipi pun tak merajuk dengan sapa sapa. Pipi cuma nak berkongsi idea bernas pipi je. Anggap jela macam amal jariah. Pipi percaya kalau ada org tiap tiap hari baca blog pipi, dia akan menjadi seorang yang pandai dalam serba serbi macam pipi jugak.
kalau wa, wa sepak je. takde mase nak pujuk2 ni
pipi ni memang tak der teloq la.... dia suka kena cium kat pipi jer.... ni memang patut kena terajang
Post a Comment