05 June 2006

Panduan Menghadapi Temuduga Kerja - Part 1


Berikut adalah beberapa tips yang berguna ketika menghadapi temuduga kerja yang ingin dikongsi bersama untuk panduan pencari kerja yang masih tak dapat kerja. Tips tips berikut adalah merupakan tips bagi persediaan menghadapi temuduga sahaja dan tidak termasuk perkara yang perlu dilakukan semasa proses temuduga sedang dijalankan.

Datang Awal.
Sila pastikan anda berada di lokasi untuk temuduga sekurang kurangnya setengah jam lebih awal. Ini akan memberikan anda ruang masa yang cukup untuk mengisi borang permohonan kerja yang panjang berjela. Kebanyakan borang permohonan memerlukan anda mengisi semula butiran yang terdapat di dalam resume anda yang telah pun anda hantar semasa memohon pekerjaan. Selain itu, anda juga perlu mengisi beberapa butiran yang tidak relevan seperti pekerjaan bapa, pendapatan isi rumah, jumlah adik beradik hinggalah kepada berapa botong rokok yang anda hisap setiap hari. Sekiranya masih terdapat masa yang terluang setelah selesai mengisi borang, anda boleh berborak borak dengan receptionist yang bertugas. Kemungkinan anda akan bertemu jodoh walaupun tidak dapat kerja. Selain itu, anda juga boleh menunjuk pandai dengan membaca ruangan Business Times ketika menunggu. Sila jangan baca ruangan kartun atau kisah artis kerana ini akan menjejaskan peluang anda untuk berjaya di dalam temuduga tersebut.

Pakai Pakaian Yang Sesuai.
Sekiranya anda seorang lelaki, sila elakkan dari memakai pakaian wanita seperti baju kurung, skirt pendek dan sebagainya. Calon wanita juga tidak digalakkan memakai pakaian lelaki walaupun anda mempunyai jiwa kelakian yang sangat tinggi. Sila elakkan dari menonjolkan keperibadian sebenar anda melalui cara pemakaian. Calon calon yang menghadiri temudaga perlulah memakai pakaian yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Adalah satu pembaziran sekiranya anda memakai kot dan tali leher ketika menghadiri temuduga untuk jawatan operator pengeluaran kerana harapan untuk anda ditertawakan oleh panel temuduga adalah sangat cerah.

Bagai calon wanita, sila elakkan dari memakai pakaian yang mendedahkan lurah dada dan peha kecuali anda memohon jawatan sebagai GRO. Terdapat dua kemungkinan yang boleh berlaku. Pertama, sekiranya panel temuduga merupakan seorang yang alim, peluang anda untuk berjaya adalah sangat sukar. Kedua, jika panel temuduga, yang juga merupakan bakal majikan anda seorang lelaki yang gatal, anda akan dipilih untuk dijadikan isteri atau pun sebagai objek ganguan seksual di pejabat. Sekiranya anda merupakan seorang wanita yang ingin menggunakan sedikit kelebihan yang ada, anda boleh berpakaian “tidak begitu ketat” seperti Salima AF4– ciri muslimah sejati bagi menggoda ahli panel temuduga. Sila pastikan anda mempunyai potongan badan yang menarik sebelum mencuba cara ini. Sesiapa yang mempunyai badan seperti kotak adalah dilarang sama sekali untuk menggunapakai cara ini.

Dapatkan Maklumat Tentang Syarikat Berkenaan.
Ini adalah satu langkah yang penting agar anda tidak terkulat kulat ketika ditanya tentang pengetahuan anda berkenaan syarikat tersebut. Anda boleh menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sekiranya, syarikat itu tidak mempunyai laman web, jangan hadiri temuduga kerana syarikat tersebut sudah pasti merupakan sebuah syarikat yang miskin. (Pratikkan sekirangya anda seorang yang sangat bodoh). Anda sebenarnya boleh menelefon syarikat tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut sekiranya tiada website. Anda juga boleh mengorat makcik makcik cleaner atau pun pekerja bawahan yang bekerja di syarikat itu kerana golongan ini merupakan golongan serba tahu. Sila tapis informasi yang di dapati dari golongan ini kerana kadang kadang mereka sangat emosional dan sentiasa tidak puas hati dengan pihak pengurusan.

Pastikan Segala Dokumen Lengkap.
Sila pastikan bahawa segala dokumen yang diperlukan seperti resume (panel temuduga sudah ada resume anda, tapi mereka akan minta lagi sekali sebab kebanyakan penemuduga tidak bersedia atau saja gatal.), sijil sijil persekolahan sudah lengkap dan tersusun sebelum menghadiri temuduga. Dokumen tersebut perlulah diletakkan di dalam file yang sesuai untuk memudahkan panel temuduga membelek file ketika mereka merasa bosan dengan anda yang terhegeh hegeh bercakap. (Ini adalah berdasarkan pengalaman Pipi, everytime bosan, Pipi akan buat buat belek file). Sila pastikan file yang anda bawa hanya mengandungi sijil yang berkenaan sahaja. Surat nikah, surat sewa beli kenderaan, surat beranak tidak pelu dimasukkan ke dalam file tersebut (pun berdasarkan pengalaman jugak). Sekiranya anda menghadiri temuduga untuk jawatan eksekutif, anda tidak perlu memasukkan sijil pengakap, sijil bulan sabit merah, sijil silat sendeng dan sebagainya kerana ini akan melekakan panel temuduga yang membelek file anda dan langsung tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang anda perkatakan.

-PP-

4 comments:

Anonymous said...

kelakar dan berguna,tak boring baca.

Anonymous said...

sok aku nak temugoda.... Tq for the info walaupun loyar buruk tp ttp berguna..hehe

Anonymous said...

yupe..loyar buruk, tp sangat berguna. thanx 4 sharing... ^_^

Hafiz said...

Panduan yang bagus.

Hafiz
Kerjakerajaan.com
*Senarai jawatan kosong di sektor kerajaan