16 August 2006

How To Write A Good Resume

Pipi was kind of busy lately, so tak sempat nak update blog. Before we proceed further with today’s topic, Pipi nak highlight sikit pasal Siti Nurhaliza dan kisah cinta beliau. It will be very brief so just bear with me for a few moment.

First, bila Siti announce nak kahwin dengan datuk K, Pipi tak rasa apa apa pun. Biasa je, tak peduli apa apa because announcement tersebut langsung tidak menggangu fikiran Pipi. Then keluar pulak cerita perkahwinan ala Cinderella, naik kereta kuda la, pasal gaun la, kek bertingkat tingkat la dan sebagainya. Pipi masih lagi tak kisah pasal diorang berdua memang banyak duit dan dia orang pun tak mintak sponsor dari Pipi.

Tak lama lepas tu keluar pulak cerita pasal tok kadi gemuruh nak nikahkan Datuk K. Pipi masih lagi tak kisah. Then Pipi terbaca somewhere yang Pengarah jabatan agama yang akan menjalankan proses akad nikah. Lantak la, jangan suruh Pipi nikahkan diorang sudah la. Ingin Pipi stresskan perkataan “terbaca” tu kerana Pipi tidak dapat mengelakkan pandangan mata Pipi dari majalah majalah dan suratkhabar yang menyiarkan cerita siti dengan datuk K.

Then keluar pulak cerita pasal siti kat TV3 tiap tiap minggu. Akhirnya Pipi tertewas dan mula mengambil kisah tentang siti dan datuk K. Pipi sudah mula merasa menyampah dengan apa yang disiarkan di akhbar dan tv pasal siti. Untuk lebih memburukkan keadaan, mailbox Pipi mula dihujani dengan email email tentang siti baik dari segi surat terbuka la, lirik lagu yang diubah suai la dan bermacam macam lagi. Tahap kemenyampahan Pipi sudah semakin tinggi.

Kemudian keluar pulak cerita pasal maskahwin siti yang berjumlah RM2,222.22 tu. Benda benda macam tu pun diaorang nak cerita kat suratkhabar. Dah takde cerita lain lagi ke? Macam la orang lain tak bayar maskahwin. Lepas tu keluar pulak cerita yang siti akan adakan majlis lagi satu kat Indonesia? Cisss!!!! Dengan tiba tiba pipi ingin memberi cadangan kepada siti agar turut mengadakan majlis perkahwinan di Lebonan atau pun Rwanda. Tahap kemenyampahan sudah mencecah red level.

Pipi tak tau macam mana nak menghadapi detik detik tibanya hari pernikahan dan persandingan siti yang akan disiarkan secara langung oleh tv3. Perlukah Pipi mendoakan agar pada hari tersebut seluruh negara menghadapi masalah bekalan elektrik terputus? atau agar datuk k terpaksa melafazkan akad nikah sebanyak 70 kali? Atau tok kadi menjadi terlalu gemuruh dan pengsan sebelum upacara akad nikah?

Ultimately, tahap kemenyampahan pipi telah meletus apabila pipi terpandang satu tajuk artikel yang bertajuk SITI DIYAKINI SUBUR. Apa benda la semua ni, sampai tahap kesuburan siti pun nak dijadikan bahan cerita. By the way, pipi tertanya tanya jugak sapa yang buat ujian kesuburan siti tu and datuk k tu dah diyakini subur ke?

Disebabkan Pipi telah menulis agak panjang, Pipi rasa ada baiknya topic yang pipi rancang nak post untuk hari ni di tunda ke masa hadapan.

-PP-