06 October 2006

Iklan Primax....Versi Pipi

Kita ikuti apa kata pemandu selepas menggunakan Primax daripada Petronas :


Nama dirahsiakan, Kontraktor.
“Dulu sebelum pakai Primax, kalau memandu dari Kuala Terengganu sampai ke KL macam nak tercabut kaki saya. Tapi selepas mendapat kontrak bernilai berjuta ringgit dari Petronas, saya telah bertukar kepada Primax. Hasilnya saya mampu mengupah pemandu dan kaki saya tidak lenguh lagi. Saya tidak akan menukar minyak lain lagi.

Awie.
“Kuasa dan penjimatan yang diberikan oleh Primax berjaya membantu saya membuat perjalanan pergi balik dalam masa sehari untuk berkahwin di sempadan siam tanpa pengetahuan isteri pertama saya. Mmmm senangnya dalam hati…kalau beristeri dua…seperti dunia, hai awie yang punya….”

Mat rempit.
“Serius cakap ni, Primax memang power. Kalau dulu saya asyik kalah je, asik meleleh air liur tengok orang bawak balik awek, tapi sejak pakai Primax ni saya asyik dapat number satu je. Kalau dulu willie takat lima minit, sekarang saya boleh willie dari Bangsar sampai Jalan Duta. Terima kasih Primax, juga tidak lupa terima kasih saya kepada Kedai Motor Ah Heng yang telah modified motor saya hingga jadi power.

Diana Naim@ Ina (yang tidak mahu dikenali sebagai bekas tunang Mawi).
“Yea baaaanngg……. Yea baaaanngg…… Yea baaaanngg…… Yea baaaanngg…… Yea baaaanngg…… Yea baaaanngg…… Yea baaaanngg…… Primax mungkin mengubah suara saya untuk menjadi lebih sedap” P/s: Petronas tak mahu lantik saya jadi duta produk Primax ke?

Raja Ismail bin Raja Jaafar.
“Saya, Raja Ismail bin Raja Jaafar, menang motosikal 150cc sebab saya minum Power Root Ali Café saje. Saya, Raja Ismail bin Raja Jaafar ingin cadangkan kepada Power Root agar meletakkan voucher Primax sebagai hadiah supaya saya, Raja Ismail bin Raja Jaafar boleh cakap saya menang Primax di masa hadapan sebab saya Raja Ismail bin Raja Jaafar sudah bosan untuk cakap saya menang motor. Terima kasih Power Root!!”

Ahli Politik Pembangkang.
“Saya rasa sungguh kecewa kerana harga minyak semakin naik dan membebankan rakyat. Saya rasa kerajaan patut melakukan sesuatu tentang perkara ini. Sekiranya harga minyak terus naik di masa hadapan, saya ingin cadangkan agar nama Primax ditukar kepada Pukimax.”

-PP-

1 comment:

LUKE said...

lawak sungguh pukimax ittiew! kau frust ke pipi? hahahahaha...