10 October 2006

My Identity Has Been Stolen

Nampak pada gayanya Pipi terpaksa melupakan dahulu idea untuk membuat entry pendek untuk hari ini kerana ada sesuatu yang penting yang perlu Pipi sampaikan kepada semua.

Of late, memang banyak Pipi baca dekat suratkhabar pasal identity theft. Mula mula kes pasal kat Johor, lepas tu ada lagi kes dekat negeri belah utara, pastu ada la pulak kakak ni claim husband dia yang hilang pun sebenarnya pencuri identiti jugak. Apa yang Pipi perhatikan, suratkhabar kat Malaysia ni macam ada satu trend, kalau cerita curi identiti, tiap tiap hari cerita tu je, kalau cerita kes ragut, tiap tiap hari nak cerita kes ragut je dan begitulah seterusnya.

Oleh kerana Pipi tidak mahu ketinggalan dan dikatakan kuno kerana tidak mengikut trend, maka dengan bangganya Pipi mengumumkan bahawa identiti Pipi telah dicuri oleh seorang (or maybe sekumpulan) blogger yang bernama Roy.

Sukacita dimaklumkan bahawa kes kecurian identiti Pipi ini tidak melibatkan kehilangan wang KWSP dan juga pengesahan kematian Pipi oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Apa yang dicuri cumalah idea dan penat lelah Pipi menaip beratus ratus patah perkataan hingga mengabaikan tanggungjawab Pipi sebagai seorang pekerja.

Pipi agak bernasib baik kerana terjumpa perbuatan Roy yang telah meng”copy”, meng”paste” dan meng”replace” kata ganti nama Pipi dengan Roy sebelum apa apa yang lebih buruk berlaku. Walau bagaimanapun, Pipi rasa Roy agak cuai dalam melakukan pencurian identiti kerana beliau terlupa untuk menukar nama Pipi di bahagian akhir rancangan jahat beliau.

Bagi sesiapa yang ingin mengenali Roy dengan lebih lanjut, sila klik kat sini. (Sila klik cepat cepat sebelum tuan punya blog mendelete entry tersebut.)

You may also want to click here to check the original entry.

Pipi tak mahu pergi bising bising kat “Roy” sebab adalah tidak baik untuk kita menuduh orang yang belum ditentukan bersalah. This is because there are few contributors to the blog and any one of them could just copy and paste my entry, not necessarily the blog owner. Lagipun, dari pemerhatian Pipi, blog tersebut banyak mengamalkan konsep copy dan paste. Apa yang pasti, Pipi terasa sangat riak kerana ada orang yang sanggup bersusah payah memplagiat hasil usaha Pipi.

I bet you guys (Pipi ulang : GUYS) will be more interested to click on the profile’s and Friendster’s picture of the blog owner after clicking the above link, dan terus melupakan kisah identiti Pipi yang telah dicuri. Perhatian : Menjadi Hantu Kopek (please click for defination) mengurangkan pahala puasa.

-PP-

8 comments:

Anonymous said...

wei, blog owner dah delete ler blog tu. kot la nak mintak maaf ker. kan dah kena... budus

LUKE said...

aku baru nak fire... dah hilang lak blog tu... hantu tetek dah lariiii. ahahaha

LUKE said...

eh.. salah statement.. blog ittiew masih wujud, entry copy paste ittiew sudah tiada dan aku sudah memfire hantu tetek ittiew. muahahahhaa

Anonymous said...

PP,
gelak smpai guling2 aku pas baca blog hantu kopek copy tu, ada lak nama hang kat last paragraph. hehehehik.
erk, sorry for my prompt action. gamaknya terkejut kot smpai delete terus blog mat rempit tu.

Luke,
Hang sempat baca ke blog tu? let's keep going there n continue firing for nest few days... nak?

For those yg tak sempat baca, dimaklumkan blog tu dah tak de. tp you guys can visit her blog here
http://heymee.blogspot.com/

adios

Anonymous said...

sorry, there are some typing error.

adios

Pipi said...

Pipi sungguh terharu kerana ada orang sanggup mengfire "roy" demi Pipi. But then Pipi rasa all those fire tu pun dah kene delete. Then the blog owner buat buat tak bersalah pulak bila dia cakap "Missy: btw, I think we've got some strangers here.." kat dalam chatbox dia.

wtf!

Anonymous said...

hey guys,
Did some homework on the "blog". This blog managed by 4 stupid, unmannered students. There are other blogs managed by them, seems to be similar to this blog. a copy paste blog.
If you guys look deeper, most of the article got no comment. Come to think of it, hmmm... why should comment on copy paste blog kan??

i'm not an idiot.

LUKE said...

hantu kopek tu tak reti mintak maafkan? pandai pulak dia blok IP aku.... tak bleh chat segala dah. tau takoootttt!!!!!