03 October 2006

Semalam Ialah Hari Isnin

Pipi agak jarang nak bercerita tentang kehidupan harian Pipi dengan orang yang Pipi tak kenal, but then I want to try something else today. Let’s share the close encounter with stupidity that I had yesterday.

Morning, Seksyen 2, Shah Alam.
Pipi nak bayar parking kereta kat one of those pay and display machines when suddenly Pipi nampak satu notice yang ditampal oleh syarikat pengurusan parking. Notis tersebut berbunyi “ Mesin ini tidak menerima wang syiling palsu 50 sen”. OK, fair enough, notis yang sungguh berkesan sedangkan semua orang tahu bahawa duit palsu adalah salah di sisi undang undang dan tidak ada mesin yang dicipta untuk menerima duit palsu.

Maybe in future, bank boleh start tampal notice “Wang palsu tidak diterima di bank ini. Sila gunakan wang asli sahaja”
Stupidity 1 – 0 Pipi

Late Morning, Seksyen 15, Shah Alam
Again, Pipi berdiri di hadapan mesin pay and display untuk membayar parking bila Pipi perasan tidak ada notice tentang duit syiling palsu di tampal dekat mesin tersebut, yang peliknya, juga diuruskan oleh pihak yang sama. Tiba tiba Pipi terfikir, maybe mesin yang kat Seksyen 15 ni boleh accept duit palsu kot?
Stupidity 2 – 0 Pipi


Afternoon, Phileo Damansara, Seksyen 16, Petaling Jaya.
Pipi terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang teramat teruk untuk masuk ke Phileo Damansara disebabkan manusia manusia bodoh yang cuba mengelakkan dari membayar tol sprint yang bernilai RM1. Manusia manusia bodoh ini sangggup membuang masa berjam jam semata mata untuk menjimatkan seringgit tanpa mereka sedar bahawa kos petrol ketika berada di dalam kesesakan lalu lintas adalah lebih dari seringgit.
Stupidity 3 – 0 Pipi

Evening, Bangi Lama, Selangor.
I was driving along the quite road when suddenly segerombolan lembu melintas di hadapan Pipi dengan slow motion betul betul di tepi signboard yang tunjuk gambar lembu lepas tu ada tanda cross (for those yang lembap, signboard itu bermaksud binatang ternakan tidak dibenarkan). Of course Pipi tak boleh salahkan lembu sebab diorang semua tak reti baca. So cadangan Pipi ialah, perumpamaan Bodoh Seperti Lembu harus ditukar kepada Bodoh Seperti Tuan Punya Lembu yang membiarkan binatang ternakan mereka bersepah sepah di merata rata.
Stupidity 4 – 0 Pipi
------------------------------------------------------------------------------------------------

Last weekend, Damansara Uptown.
Pipi pegi dinner kat Uptown bila Pipi perasan ada satu kedai yang jual makanan western dengan tagline yang sangat unik. Keunikannya menyebabkan Pipi berasa sangat gusar untuk makan kat kedai tersebut. I don’t really know what was in the owner’s mind bila di letak tagline “ The Taste Will Kill U”. Strange enough, ramai jugak yang makan kat kedai dia dan bernasib baik kerana tidak mati. So, kesimpulannya Pipi rasa tuan kedai tu ialah seorang penipu kerana tidak ada yang mati selepas makan makanan kat kedai beliau. And by the way just imagine kalau syarikat pernerbangan buat tagline “At 10,000 feet, what you can only do is pray hard”. Agak agak ada orang nak naik tak kapal terbang tu?

-PP-

2 comments:

Anonymous said...

ak aa saya juga perasan akan tagline The Taste Will Kill U dan telah mencuba sendiri makanan di situ disebabkan tagline itu.

Pipi said...

Ladies and gentlemen,

Presenting am, the living proof that the food operator is a liar since am is much alive after eating from the outlet.

Pipi wonder why am sanggup mengambil risiko yang tinggi utk makan kat kedai tu. Mmmmmmm...think, think.....think....