Berikut disampaikan info ringkas Pipi dalam entry yang pendek dan ringkas:
Kerajaan Malaysia sedang dalam proses untuk mengklasifikasikan serbuk kari sebagai barang larangan dan senjata berbahaya. Ini adalah berikutan kejadian 2 orang lelaki bodoh yang merompak dengan menggunakan serbuk kari sebagai senjata.
Pengusaha pengusaha restoran sedang berunding sesama mereka untuk menangani masalah kekurangan pelanggan apabila serbuk kari dijadikan barang larangan. Terdapat besar kemungkinan pengusaha restoren mamak akan menutup kedai ataupun meluaskan perniagaan masakan ala Thai yang selalu terselit di kedai kedai mereka.
Suri rumah menyambut gembira berita tersebut kerana pakaian dan rambut mereka tidak akan berbau kari selepas berada di dapur. Walaubagaimanapun, kerajaan akan memastikan bahawa tidak akan terdapat sebarang golongan, terutama ahli perniagaan yang bergelar Datuk untuk mengambil kesempatan dengan terlibat dalam aktiviti menjual kari secara rahsia.
Kerjasama dan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia kelihatan bertambah baik sejak kebelakangan ini dengan Indonesia dilihat memainkan peranan yang penting dalam usaha tersebut.
Selain dari lambakan artis artis dari seberang, rokok kretek yang diseludup, Indonesia juga menghantar pekerja pekerja mereka, samada ada halal atau haram ke negara ini. Jerebu merupakan produk terkini yang diekspot oleh Indonesia ke Malaysia.
Rakyat Malaysia, secara amnya, patut berterima kasih kepada Indonesia kerana dengan bantuan mereka, kita dapat merayakan Hari Raya Aidilifitri dalam suasana seolah olah berada di negara 4 musim ataupun sekurang kurangnya seperti di Genting Highland.
-PP-

No comments:
Post a Comment