09 October 2006

Entry Yang Pendek

Actually, Pipi malas nak berfikir untuk mengupdate blog panjang panjang sempena bulan puasa ni. So from now until raya, Pipi hanya akan update entry yang pendek pendek sahaja.

Pertama, pada pemerhatian Pipi, kebanyakan mangsa mercun buatan sendiri terdiri dari mereka yang berasal dari samada negeri Kelantan, Terengganu atau Kedah. Untuk tahun ini, pemenang pertama mangsa mercun buatan sendiri berasal dari Kedah. Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Sidiq Ahmad dari kampung Lebai Samad, Naka.

Kedua, jika negara barat yang maju berbangga dengan kejayaan saintis mereka mengklon biri biri, rakyat Malaysia patut berbangga dengan senator yang berjaya mengklon AP untuk mengimport kereta.

-PP-

3 comments:

RaNdoMHEarTsOfArMylla said...

hallooo..

Anonymous said...

Kenapa Kelantan, Kedah ngan Terengganu ?

Sebab kat situ banyak masuk mercun dari Siam !!

Malaysia boleh buat bom nuklear tak lama lagi selepas Korea Utara sebab dah ramai anak Malaysia membuktikan mereka mampu menghasilkan bom buatan sendiri ! Malaysia Boley !

Pipi said...

Disebabkan entry yang pendek, Pipi akan reply pendek jugak :

Halooo to armylla dan nuclear scientist.

By the way, Pipi percaya pada masa hadapan ahli ahli politik malaysia akan berjaya mengklon nuklear bom dari korea.