Berikut adalah 10 sebab sebab utama Pipi tidak boleh atau tidak layak atau tidak mahu menjadi seorang politician.
1. Pipi bukan seorang yang pandai mengkritik nyanyian orang lain. Apart from budak budak yang pergi audition Malaysian Idol or Akademi Fantasia, yang sememangnya menyanyi sumbang habis, semua nyanyian adalah best di telinga Pipi. Tak kira la nyanyi lagu dangdut ke, lagu rap ke lagu Negaraku ke etc. Pipi juga tak mau ambik pusing sapa lagi hebat. P Ramlee ke, Sudirman or M Nasir.
2. Pipi tak pernah nak ambik peduli the way orang lain berpakaian. Nak pakai kot dengan tie ke or pakai alternative iaitu baju kemeja tanpa kolar berwarna hitam (berbutang warna emas hingga ke leher) dengan kot dan seluar hitam ke, tu hak individu. Apa Pipi peduli kalau orang nak pakai baju nampak pusat ke, nak tutup habis ke. Leceh dan remeh sungguh!
3. Pipi malas nak bangun tido tengah tengah malam nak pegi tengok masalah orang lain. Buatnya hujan lebat pastu ada banjir kilat, tak pasal pasal Pipi kene pegi jenguk. Pipi ada masalah sendiri jugak.
4. Pipi tarak rasa mau kirija sampai umur Pipi libeh dari 70 tahun. Cukup saja saya umur sampai, saya mahu birenti itu kirija. Mana boleh tahan suda bertawun tawun ini jawatan juga. Hati pun tarak sinang. Hari hari public mau hantam sama Minteri. Hari hari gaduh pun tarak guna.Saya punya candidate saya kasi pileh. You mau lawan, you punya suka. Itu sms popular ke tarak popular ke, tarak kasi arti sama saya.
5. Pipi kekurangan idea idea bernas seperti melatih budak budak kaki buli menjadi peninju seperti Mike Tyson untuk diberitahu kepada masyarakat. No wonder la budak umur 12 tahun dah pandai nak pukul kawan dia. Kononnya nak jadi peninju yang berjaya la tu. Silap silap jadi perogol nanti.
6. Pipi malas nak masuk tv. Sekarang ni rakyat Malaysia dah pandai. Rumah tak siap, report kat tv, sampah bersepah sepah report kat tv. End up, politician jugak nak kena jawab. Tak larat la Pipi nak bagi komen. Biar je Karam Singh Walia buat kerja dia.
7. Pipi tak sanggup nak announce number handphone Pipi satu Malaysia so that the public can lodge a complaint 24 hours a day sampai Pipi dapat beratus ratus sms satu hari hinggakan Pipi tak boleh tidur malam. Pipi bukan 7-11.
8. Pipi agak risau tentang kerjaya Pipi yang ditentukan setiap 5 tahun sekali, kadang kadang 4 tahun sekali. Kadang kadang 3 tahun sekali. Kadang kadang tak sempat nak buat apa dah ada rombakan. But then, ada jugak politician yang masih lagi bertahan sejak berkurun kurun lamanya. Asik asik muka dia, macam dia sorang je buat kerjaraya. Tapi Pipi still tak mau ambik risk.
9. Pipi mempunyai masalah untuk membahagikan masa. Bila masa nak jadi politician, bila masa nak jadi businessman dan bila pulak masa Pipi nak jadi Executive Producer round satu Malaysia cari bakat terpendam dalam bidang sukan.
10. Pipi takde banyak duit sebenarnya. Kalau takde duit memang susah sikit nak berjaya. Nak offer RM1,000 bayar kompaun pun Pipi dah rasa macam banyak, apatah lagi nak buat sumbangan sumbangan lain. Belum kira nak beli basikal untuk budak bawah umur takde lesen lagi.
12 April 2006
10 Reasons Why Pipi Can't Be A Politician
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment