The other day, Pipi ada dapat satu email yang menerangkan tentang sifat sifat kasih sayang mengikut bulan yang seseorang itu dilahirkan. All together ada 12 bulan la. Bagaimanapun, email tersebut hanya menyebut sifat sifat sahaja tanpa menerangkan dengan lebih detail apakah yang dimaksudkan. Oleh yang demikian, Pipi ingin mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada semua orang tentang sifat sifat yang dinyatakan di bawah. I will just explain about the personality for those who are born in January first. The rest will be explained when I run out of idea in future. If I were to explain for every month, sampai esok la Pipi tak balik rumah.
Mudah Jatuh Cinta.
Mereka yang dilahirkan dalam bulan Januari sangat mudah jatuh cinta terhadap segalanya. Mereka mudah jatuh cinta kepada sesiapa sahaja termasuk artis yang berada beribu batu.Mereka juga akan jatuh cinta terhadap rakan sekerja, suami atau isteri orang, rumah besar, kereta besar dan sebagainya. Bagi mereka ini, jatuh cinta adalah rutin kehidupan seharian. Adalah sangat bahaya kerana mereka boleh jatuh cinta kepada ramai orang dalam satu masa. Dalam erti kata lain, mereka ini perasan best.
Mudah Melupakan Perasaan Cinta Terhadap Orang Yang Dicintai Sekiranya Dikhianati.
Kerana terlalu mudah jatuh cinta, mereka yang lahir dalam bulan Januari juga sangat mudah melupakan cinta. Hari ni cinta, esok lupa. Sekiranya dikhianati, mereka akan melupakan segala kenangan manis dan jasa baik orang yang dicintai tanpa sebarang rasa bersalah. Bukan menjadi satu masalah sekiranya mereka putus cinta disebabkan mereka ini sangat mudah jatuh cinta semula.
Pandai Mengambil Hati Pasangannya.
Amat bertuah sekiranya anda mempunyai pasangan yang dilahirkan dalam bulan Januari. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengambil hati anda termasuk menyerahkan duit dan harta benda. Sekiranya anda seorang yang pandai memujuk, anda mungkin akan dapat “lebih” lagi tanpa perlu melalui proses perkahwinan yang merumitkan. Mereka juga sanggup menggadaikan nyawa untuk anda.
Selalu Berdiam Diri Apabila Bertemu Pasangan.
Sekiranya anda bercinta dengan mereka, ini adalah satu bonus untuk anda. Mereka lebih memilih untuk berdiam diri kerana ini adalah berkaitan dengan faktor pandai mengambil hati di atas. Terlalu banyak bercakap akan menimbulkan masalah lain dan mungkin menyebabkan pasangan terbabit sakit hati. Anda, sebagai pasangan kepada orang yg lahir dalam bulan Januari ini boleh mengambil kesempatan untuk bercakap apa sahaja termasuk mengeji dan mengkomplen kekasih anda. Tetapi awas, perkahwinan anda dengan mereka mungkin akan memasuki fasa yang membosankan kerana mereka tidak suka bercakap. Sebaik baiknya belajarlah bahasa isyarat untuk mengelakkan communication breakdown.
Bersikap Romantik Tetapi Tidak Pandai Memperlihatkannya.
Bodoh dan malang adalah perkataan yang sesuai untuk menerangkan tentang sikap mereka ini. Tidak kira berapa romantiknya seseorang itu, tetapi kegagalan untuk memperlihatkan sifat tersebut akan menyebabkan seseorang itu dicap sebagai tidak romantik. Sifat romantik perlulah ditunjukkan kerana tidak ramai manusia yang mempunya kuasa untuk membaca apa yang tersirat di dalam fikiran anda.
Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
Disebabkan sifat yang ayatnya terlalu panjang, Pipi rasa malas untuk menerangkan maksud sifat ini. Apa salahnya kalau just letak kat situ – cemburu buta. Ringkas dan mudah difahami.
Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
Pipi rasa orang yang create email ini juga agak singkat fikirannya. Secara logik, setiap manusia akan menjadi bapa atau ibu yang penyayang tidak kira bulan berapa mereka lahir. Pengecualian diberikan kepada mereka yang buang anak di tepi tong sampah.
Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja.
Ini lagi satu. Pipi rasa sifat ini takde kene mengena langsung dengan sifat kasih sayang dalam konteks percintaan seperti yang dinyatakan di atas. Kemungkinan pencipta email ini sudah kehabisan idea dan melalut dengan memasukkan sifat terakhir ini.

1 comment:
dear atuque
By posting the same commnet twice, you have created the following impressions:
1. You are a very nice and cool person.
2. Again, you are a very nice and cool person.
3. There are two nice and cool people leaving a comment whereas, in reality it was only one.
Pipi sangat kecewa kerana sudah perasan ada orang sanggup tinggal comment kat blog Pipi.
Post a Comment