06 April 2006

Jenis Jenis Cinta

Mari belajar tentang beberapa jenis cinta yang wujud di dunia ini.

Cinta Monyet
Cinta jenis ini banyak berlaku kepada golongan remaja dan belasan tahun. Ianya dipanggil cinta monyet kerana mereka yang bercinta agak kurang akal dan selalu terkinja kinja seperti monyet. Selain itu, cinta monyet ini juga berkisar tentang cinta yang melompat dari seorang ke seorang yang lain. Hari ni cinta kat A minggu depan cinta kat B pulak dan begitulah seterusnya sehingga ke Z. Cinta jenis ini jarang sampai ke alam perkahwinan kerana monyet tak pandai sign borang nikah.
Tahap Kebodohan : Pertengahan

Cinta Sejati.
Zaman sekarang memang sudah nak cari cinta sejati lagi dah. Cinta jenis ini popular pada awal 90an semasa kumpulan Wings dan lagu Sejati tengah top. Orang yang dulu dulu terlibat dalam cinta sejati masih lagi tidak berkahwin sebab mereka semua mengarut dah kuat berangan angan. Mereka juga mempunyai fikiran yang tidak logic kerana ingin membina mahligai mainan dari dahan yang rapuh. Akhirnya semua hanya tinggal kenangan, impian mereka telah gagal dan sehingga kini masih tertanya tanya erti sejati.
Tahap Kebodohan : Tinggi

Cinta Palsu
Cinta ini pada pandangan mata kasar adalah satu cinta yang benar benar ihklas. Kepalsuan cinta ini tidak terserlah sehinggalah tibanya hari persandingan di mana pengantin lelaki telah memberi duit palsu di dalam album gambar sebagai hantaran perkahwinan.
Tahap Kebodohan :-
Perempuan : Sangat Tinggi
Lelaki : Tinggi


Cintaku Bukan Di Atas Kertas.
Sorry, I got carried away. Terlalu banyak didedahkan dengan cerita Siti Nurhaliza dan Datuk K.
Tahap Kebodohan : No Comment

Cinta Sakti.

Cinta yang hanya berlaku pada zaman purbakala di mana semua manusia yang handal mempunyai kasaktian yang teserlah. Selalunya mereka yang bercinta akan dating di atas awan, atas gunung etc. Mereka juga boleh berada di dua tempat dalam satu masa. So, tidak menjadi masalah bagi golongan yang mempunyai kuasa sakti ini untuk mempunyai 2 pasangan kekasih pada setiap satu masa.
Tahap Kebodohan : Pertengahan

Cinta Sate.
Entah hapa hapa, ingat best sangat la tu.
Tahap Kebodohan : Melampau

5 comments:

Anonymous said...

cinta merupakan satu perasaan ynag indah ynag di kurniakan kepada tuhan kepada kita . cinta juga merupakan satu perasaan yang komplek, di mana di atas nama cinta .. akan wujud satu bangsa ynag makmur ...atau satu manusai ynag gila ... ynag paling penting C.I.N.T.A itu adalah satu perkataan ynag paling power kalau nak mengorat awek atau balak .. sebab banyak orang buta dan bodoh dengan perkataan cinta .. sanggup mengadaikan maruah kerana cinta.. tapi ynag penting jangan buang peraasn cinta sebab itu pentanda kita masih lagi manusia

Pipi said...

mendalam sungguh. iq pipi tak dapat mendigest apa yg cuba dikatakan

Anonymous said...

hahaha!klakar la pulak!u r REALLY cute Pipi, n smart in a sarcastic way!good brainjob!

Anonymous said...

U r amazing...!!!
Ade friendster x??

Pipi said...

pipi takde friendster sebab pipi tak suka berkawan dengan orang tak pandai. terima kasih.