17 April 2006

Kisah Nasi Lemak

Hari ni Pipi memang betul betul takde idea nak update apa. I have been thinking about posting some of the things below but then I changed my mind, tak jadi nak post atas sebab sebab yang Pipi nyatakan dengan terang dan jelas.

First, I was thinking about posting lirik lagu tapi Pipi rasa macam tak original pulak. Lirik lagu tu bukan Pipi punya idea asal, so kira macam copy and paste je la. Silap silap nanti Pipi kena sue pulak pasal ambik orang punya intellectual property. Lagi pun dah ramai sangat orang post lirik lagu kat blog masing masing.

Then, Pipi rasa macam nak cerita Diary Seorang Pipi, tapi bila tengok balik, kehidupan seharian Pipi takde la best sangat. Pipi takde cerita cerita menarik, takde gambar gambar menarik, Pipi tak pergi shopping, Pipi bukan seseorang yang mempunyai kehidupan yang sentiasa best. Hari hari datang kerja, update blog, pastu baca blog orang, pastu baca blog sendiri, pastu tunggu orang post comment kat blog Pipi, pastu syok sendiri, pastu balik rumah.

Ada jugak Pipi terfikir nak cerita apa yang Pipi makan tiap tiap hari, pastu letak la gambar sekali tapi kaum kaum ibu, kaum kaum mama, kaum kaum momma termasuk bakal bakal ibu yang tengah mengandung dah banyak sangat cerita benda benda macam ni. Hari hari ada je update pasal apa yang diorang makan siap dengan gambar dan explanation. Kalau Pipi nak cerita pun mesti takde variasi. Hari hari gambar Maggi, yang berbeza cumalah perasa je. Hari ni kari, esok ayam, lusa tomyam etc.

Seriously, Pipi memang betul betul blur nak update apa. Nak letak gambar Pipi memang takkan sekali kali Pipi buat la. Pipi tak mau pulak nanti orang asik datang blog Pipi semata mata nak gelakkan gambar Pipi yang perasan cam best. Lagi pun tak fair la, susah susah orang datang visit blog Pipi sebab nak baca entry tapi dihidangkan dengan paparan yang huduh dan menyesakkan mata.

Nak respon tag pun dah takde orang nak tag Pipi lagi dah. Maybe diaorang dah serik pasal respond Pipi yang ntah hapa hapa previously. Tag me please! Tag me! I promise to provide a good response. Pipi sudah insaf dan takkan mengulangi perbuatan Pipi lagi.

Disebabkan oleh faktor faktor yang dinyatakan di atas, adalah dengan ini diberitahu bahawa there will be no blog update for now. Cuma satu je Pipi nak ingatkan, berhati hati apabila mandi sungai sebab pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Ammonia…..

Sekian.


3 comments:

pinky angel said...

diary seorang Pipi ye??

hehehe..

Pipi said...

hehehehhehe

Anonymous said...

hey there you-are-an-idiot.blogspot.com admin discovered your site via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your website http://traffic-for-your-website.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://traffic-for-your-website.com
To your success James