30 May 2006

Pesanan Untuk Lelaki - Dilarang Memotong

Sanggupkah anda memotong zakar sendiri semata mata untuk membuktikan bahawa anda tidak berlaku curang kepada isteri anda? Jika anda memberi jawapan YA, maka anda dialu alukan untuk bersama sama dengan seorang lelaki yang sekarang ini sedang dirawat di Hospital USM, Kubang Kerian ketika ini.

Mengikut laporan berita, kejadian malang itu terjadi akibat perselisihan faham di antara lelaki tersebut yang dituduh mempunyai hubungan dengan wanita lain oleh isteri beliau. Walau bagaimanapun kejadian sebenar masih lagi tidak begitu jelas, samada kemaluan beliau dipotong oleh isterinya atau dipotong sendiri oleh lelaki tersebut. Mengikut kata anak lelaki sulong keluarga itu, bapanya telah bertindak memotong zakar demi membuktikan kesetiaan beliau terhadap rumahtanngga. Berita selanjutnya di www.nst.com.my.

Tahukan anda perbuatan memotong zakar adalah satu perbuatan yang sia sia dan tidak mendatangkan faedah, baik kepada diri sendiri, keluarga ataupun wanita simpanan anda? Anda bernasib baik sekiranya doktor dapat menyambung semula zakar yang tercedera itu. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa zakar anda tidak lagi dapat berfungsi secara normal dan ini akan membuatkan anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan masa depan. Anda mungkin tidak dapat menghasilkan zuriat untuk keluarga anda, dan perempuan simpanan anda juga akan lari meninggalkan anda di kemudian hari kerana kelakian anda sudah cacat. Anak anak anda yang sedia ada juga akan berdepan dengan kesan saikologi negatif apabila diejek oleh rakan rakan mereka.

Anda perlulah belajar dari kisah kisah yang telah terjadi sebelum ini. Terdapat satu kes tentang seorang lelaki yang disimbah dengan asid oleh isterinya sendiri akibat mempunyai kekasih lain. Pada penghujung hari, kekasih lelaki tersebut telah lari kerana lelaki itu tidak lagi handsome seperti sebelumnya. Lelaki itu bernasib baik kerana kawan kepada bekas kekasih beliau sudi menjadi teman hidupnya. Apa yang dapat disimpulkan dari peristiwa ini ialah, zakar memainkan peranan penting dalam mendapat pasangan hidup walaupun muka anda tidak handsome.

Cuba bayangkan pula apakah yang akan terjadi sekiranya para doktor gagal untuk menyambung semula bahagian yang terputus itu. Anda mungkin terpaksa membeli rambut palsu, gincu, pakaian wanita dan menukarkan diri anda kepada maknyah. Satu perkara yang tidak mungkin akan dilakukan oleh seorang lekaki yang dituduh mempunyai hubungan sulit kecuali lelaki tersebut mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk membuktikan kesetiaan anda selain dari memotong zakar. Anda boleh menggunakan salah satu dari cara cara berikut:

1. Bersumpah dengan linangan air mata. Lelaki juga boleh menggunakan air mata sebagai senjata terakhir. Lupakan sebentar ego anda demi kebahagian rumahtangga.
2. Meminta isteri anda memberikan bukti yang jelas tentang kecurangan anda. Kadang kadang isteri anda hanya ingin menguji. Isteri anda juga mungkin sedang berfantasi bahawa semua perempuan di dunia ini ingin merampas anda dari tangan beliau walaupun anda tidaklah handsome mana.(Ingat, handsome ialah perkara kedua dalam perhubungan, zakar merupakan elemen yang lebih penting).
3. Menawarkan diri untuk diikat dengan rantai besi di katil. Anda juga boleh mempelawa isteri untuk mengikut anda ke mana sahaja apabila anda keluar dari rumah termasuklah menunaikan sembahyang Jumaat.
4. Menikam atau memotong mana mana anggota badan yang tidak kritikal seperti buku lali, kuku dan hujung rambut. Sila pastikan anda hanya menggunakan pisau yang tumpul atau pun pisau plastik pemotong kek.
5. Mengurung diri di dalam bilik dan berdiam diri sehingga isteri anda menjadi risau dengan kelakuan anda. Anda juga boleh meracau racau seorang diri di dalam bilik. Isteri anda akhirnya akan sedar bahawa anda sebenarnya telah terkena buatan orang dan bukannya mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

Oleh yang demikian, nasihat Pipi kepada semua lelaki, walau bagaimana besar pun masalah anda, walaupun isteri anda tidak mempercayai anda, sila elakkan diri dari memotong zakar sebagai tanda kesetiaan anda terhadap isteri anda. Ingatlah pepatah Melayu “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak potong buruk padahnya”.

-PP-

29 May 2006

Mark Webber Was Wrong

Hari tu Pipi ada dengar komen Mark Webber kat radio pasal penglibatan kaum wanita dalam sukan Formula 1. Komen tu, lepas ditranslate berbunyi lebih kurang macam ni “Wanita tidak akan berjaya dalam sukan F1 disebabkan sifat semulajadi mereka yang tidak berani mengambil risiko”. Damn! Pipi rasa Webber sudah terkhilaf bila dia buat statement tu. Sebagai pejuang hak wanita, Pipi sangat sangat tidak bersetuju dengan komen tersebut. Itu adalah satu statement yang merendahkan martabat kaum wanita. Pipi ada beberapa bukti yang nyata bahawa wanita sebenarnya sangat berani mengambil risiko dalam kehidupan mereka.

Wanita yang berkahwin dengan penagih dadah merupakan wanita yang sangat berani mengambil risiko. (Nak cakap bodoh pun boleh, tapi Pipi tak sampai hati.) Terdapat banyak kes yang melibatkan wanita yang berkahwin dengan penagih dadah dan majoritinya berakhir dengan kecelakaan. Baru baru ini, ada cerita kat dalam surat khabar pasal seorang wanita yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki di pusat serenti. Sungguh meriah perkahwinan tersebut walaupun dia terpaksa menunggu lagi 2 tahun sebelum dapat tinggal bersama. Wanita itu juga sanggup mengambil risiko tentang ketidaktentuan masa depan dengan suaminya itu. Cinta habis la konon tu.

Selain itu, terdapat juga wanita yang berani mengambil risiko dengan bercinta dengan suami orang. Walaupun kebahagian belum pasti dapat dikecapi, mereka tetap berani untuk menjolok sarang tebuan. Kebanyakan wanita yang mengambil risiko ini akan menggunakan alasan bahawa telah ditakdirkan mereka akan jatuh cinta dengan suami orang.

Wanita juga akan mengambil risiko di dalam aktiviti aktiviti fizikal yang jarang dilakukan oleh lelaki. Mereka sangat berani untuk berhimpit himpit di dalam shopping complex ketika SALE. Selain dari risiko kelemasan dan kesesakan nafas, mereka juga akan berhadapan dengan risiko kecederaan muscle akibat terlalu lama berdiri ketika memilih baju dan berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Selain itu, terdapat juga risiko kehabisan wang atau penambahan hutang akibat terlalu asyik berbelanja.

Di dalam konteks seni, wanita juga berani mengambil risiko dengan menconteng muka mereka secara bewarna warni walaupun hasilnya tidak seindah mana. Mereka juga berani berhadapan dengan risiko disaman kerana menyebabkan seseorang dimasukkan ke hospital akibat terkejut dan diserang sakit jantung apabila melihat muka mereka yang tak ubah seperti Chucky.

So Mark Webber, there you have it. Siapa cakap wanita tak berani mengambil risiko? Next time, think twice before you issue any statement related to women.


-PP-

26 May 2006

And The Winner of AF4 is ........................

Last weekend, Pipi sudah terperangkap di hadapan tv kerana terpaksa menonton rancangan prelude AF4. It was not that I really wanted to watch the program but then someone switched to that channel and hid the remote control. Pipi pasrah dan hanya mampu berdoa semoga hujan turun dengan lebatnya dan siaran Astro itu akan tergendala. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Pipi dan terpaksa la Pipi berhadapan dengan deraaan mental selama satu setengah jam.

Rancangan tersebut telah menceritakan tentang bakal bakal student AF4 yang akan datang. Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila disuprisekan dengan berita kemasukan mereka ke Akademi Fantasia itu melebihi orang yang dapat tawaran masuk ke universiti walaupun masa depan mereka belum tentu terjamin.

Walaupun konsert prelude dan Akademi Fantasia secara formal belum lagi bermula, Pipi sudah tahu siapakah bakal pemenang AF4 kali ini. Orang itu, tidak lain dan tidak bukan ialah makcik peminat Mawi yang muncul di akhir rancangan. Pipi sangat kagum dengan makcik ini, Pipi rasa panggil nenek pun boleh jugak. Walaupun umur nenek itu sudah melewati 70an, beliau masih lagi vogue dan mengenakan lipstick kaler merah menyala. Bilik tidor nenek itu juga penuh dengan poster poster Mawi. Pipi rasa nenek ini telah menyumbangkan banyak wang untuk menghantar sms mengundi Mawi last year.

Berdasarkan apa yang dikatakan oleh cucu perempuan nenek itu, neneknya kelihatan lebih ceria sejak kemunculan Mawi. Sebelum ini, jangankan nak kata pakai lipstick merah, rambut pun dia susah nak sikat. Pipi tidak pasti sama ada Mawi menyedari kewujudan nenek ini atau tidak. Syabas Pipi ucapkan kepada Mawi kerana berjaya membuatkan seorang nenek merasa muda kembali.

For those yang sangat berminat dan sanggup membelanjakan banyak wang untuk menghantar sms jangan lupa untuk mengundi nenek itu. Taip AFPRE Nenek dan hantar ke 32999.

And for those yang tak tengok atau takde peluang nak tengok rancangan yang Pipi sebut kat atas (don’t worry so much since you have nothing to loose), anda mungkin tidak faham apa yang Pipi cakap.

Have a nice weekend.

-PP-

25 May 2006

Pipi Terselamat Dari Dimalukan

Semasa Pipi tengah tunggu nak bayar barang yang Pipi beli kat sebuah farmasi malam tadi, Pipi sempat membelek barang yang diletakkan di kaunter pembayaran bila Pipi nampak this Powerbar, makanan yang kasi instant energy tu la. Pipi pun tanya la budak yang jaga kaunter tu. “Benda ni memang berkesan ke? Atau cuma saikologi je” Dia jawab “Entah, berkesan la kot, ramai orang beli. Kalau pegi gym ke boleh la makan masa exercise. Kalau orang lari marathon pun dia makan benda ni jugak” Then I saw the price tag, RM7 satu bar. Pipi pun cakap kat budak tu lagi sekali “ Huish, tujuh ringgit, boleh dapat nasi dah ni”. Pipi sangat bersyukur kerana budak itu tidak berapa pandai dan memberi jawapan berikut “ Kalau makan nasi, tak boleh dapat tenaga segera”. Kalau dia pandai, mungkin dia akan cakap “ Kau pernah tengok ke orang marathon sambil makan nasi? Bodoh!”. Mesti Pipi akan terkedu kat situ dan tak tau nak letak muka kat mana. Syukur…syukur…lain kali tak buat dah……

-PP-

24 May 2006

Lagu Kegemaran Pipi

Berikut disenaraikan lagu lagu yang telah berjaya menambat hati Pipi in random order bersama sedikit ulasan.

1. Cucur - Nanyian sebuah kumpulan yang berasal dari Indonesia bernama Radjagopal
2. Diriku (selalu kena) Tapak Tangan - Penyanyi perempuan yang bernama Ilianok yang selalu kene lempang.
3. Kain – Mawee, Pemenang Akademi Fantasyiok.
4. Fonen – Nyanyian duet antara Ezlin (nama sebenar, Azlan) & M Daud Silau
5. Samsung – Ahli Kikir
6. Katak – Pemenang anugerah vocal terbaik, Azab Me.
7. Oh Fattymah – lagu asal nyanyian A Ramlee dan dinyanyikan semula oleh Mawee.
8. Suratkhabar Atau Baca Online – Lagu lama yang diberi nafas baru oleh kumpulan Prehistoric.
9. Sherashi Bershama – Noorul dan Ah Chai, malas nak komen.
10. Obessity – Lupa dah nama penyanyi tapi hari tu kawin bukan main gempak lagi la. Siap naik Ferarri.
11. Bila April (ku dapat PhD) – Dr apa ntah, tapi memang kagum habis sebab dia buat PhD sekejap je. Laju cam roket. Orang buat first degree pun takleh challenge dia ni.
12. Aduh Samiha (apsal kau tukar nama?)- Lagi satu lagu nanyian Mawee
13. Sesat Dalam Hutan – dah lama dah lagu ni. Dengar cerita nama kumpulan dia orang dah kena beli dengan Naza masa launch Naza Sutera hari tu.

Dan lagu favourite Pipi ialah :

Kerana Percayakan Pipi nyayian kumpulan Ekzos. Pipi sertakan sedikit lirik untuk tatapan semua orang.

Kerana percayakan Pipi
Tercetus revolusi ini
Tapi haram semua tak jadi

Kerana percayakan Pipi
Ku visit blog dia tiap tiap hari
Tapi malangnya aku yang sakit hati

Mau bikin blog sendiri
Bukan boleh nak update hari hari……oh oh

Kerana percayakan Pipi
Kerana terlalu asyik dilabel bengap
Aku dah tak rasa ingin datang lagi…..

Biar Pipi sendiri tinggal komen sendiri
Jawab komen sendiri Pipi syok sendiri

(ulang sampai bosan)


-PP-


23 May 2006

Typical Sentence for Typical Situation

Have you ever noticed there are always typical sentences for each typical situation? Pipi teringin nak tengok these typical sentences changed to different sentences in future. Berikut adalah beberapa contoh ayat standard bagi situasi situasi standard yang perlu diubah:

Situasi Satu : Berita Perdana pada Hari Raya Aidilifitri Pertama.

Ayat Standard:

“Hari Raya disambut meriah tetapi sederhana”

“Rakyat seluruh negara berpusu pusu mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri”

Ayat Alternative:

“Cerita Hindustan di kaca television menambahkan kemeriahan Hari Raya”

“Perdana Menteri lenguh kaki dan tangan kerana berdiri terlalu lama untuk bersalam dengan rakyat yang nak makan free di hari terbuka”

“Remaja yang tidak tahu menghayati erti Hari Raya berpusu pusu mengunjungi pawagam untuk menonton filem arahan Datuk Yusof Haslam”

“Ramai rakyat asing melepak di KLCC sempena cuti Hari Raya.”

Situasi Dua : Selepas kekalahan pasukan Malaysia dalam acara sukan peringkat antarabangsa.

Ayat Standard:

“Kita akan kaji di mana kelemahan pasukan kita. Faktor fizikal mungkin menjadi salah satu punca kekalahan”

“Jurulatih perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan ini. Beliau perlu digantikan dengan segera.”

Ayat Alternative:

“Pemain kita memang tak boleh diharap. Mereka hanya menggunakan kesempatan ini untuk melancong di luar negara”

“Tahun depan kita akan hantar sekumpulan monyet bagi mewakili negara. Kalau kalah pun tidak akan menjadi isu yang besar”

“We will look for the scapegoat to be blamed on the failure. Let’s blame the coach!!”

“Ahli politik bukanlah pengurus pasukan yang cekap. Beliau telah menyuruh pemain menutup sebelah mata ketika pertandingan dilangsungkan”

Situasi Tiga : Kempen keselamatan jalan raya ketika musim perayaan.

Ayat Standard:

“PDRM akan melaksanakan Ops Sikap bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di musim perayaan akan datang”

“Cuti anggota polis telah dibekukan bagi memastikan keberkesanan kempen keselamatan jalan raya”

Ayat Alternative:

“PDRM akan melaksanakan Ops Siakap bagi menambah pendapatan anggotanya di musim perayaan dengan menjadi penternak ikan.”

“Tiada apa yang kekal di dunia ini. Setiap manusia pasti akan mati cuma caranya sahaja yang berbeza. Mati dan dicatatkan di dalam statistic kemalangan adalah cara yang terbaik.”

“Ops Sikap mencatatkan kematian yang tinggi pada musim perayaan kali ini. Kita menjangkakan bahawa kadar kematian akan menurun pada Ops Sikap yang akan datang kerana sebahagian dari pengguna jalan raya sudah mati ketika ini.

Situasi Empat : Selepas keputusan pilihanraya umum.

Ayat Standard:

“Kita akan buat post mortem dan kaji di mana kelemahan kita hingga tewas di beberapa kerusi yang dipertandingkan”

“Rakyat telah membuat keputusan, kita akur dengan kehendak rakyat”

Ayat Alernative:

“Nampaknya rakyat sudah pandai memilih, duit yang kita beri dia ambik tapi bila undi, dia pangkah orang lain.”

“Kita sedar rakyat tak boleh terima pemimpin yang hanya menunjukkan muka setiap lima tahun sekali.”

“Calon wanita pembangkang lebih cun dan cantik dari calon wanita kita.”


-PP-

22 May 2006

Kategori Kategori Makian/Cacian

Post ini telah dikategorikan sebagai 18SX, so budak budak, please go and visit other blog or you may continue at your own risk.

Makian, cacian atau carutan boleh dikategorikan seperti berikut:

Kategori Binatang.
Antara makian yang popular dalam kategori ini ialah lembu, keldai, kura kura, ungka, orang hutan etc. Walaupun anjing dan babi juga merupakan binatang, kedua duanya berada di dalam kategori yang lebih ganas.

Contoh penggunaan cacian yang berada dalam kategori ini ialah seperti “Apalah kau ni, lembu pun lagi pandai dari kau” atau “lembap nak mampus, macam kura kura”. Cacian dalam kategori binatang ini lebih kepada perumpamaan di mana pemaki merupakan seorang yang suka berkias.

Kategori Bahagian Badan
Kategori bahagian badan pula boleh dibahagikan kepada 3 sub kategori yang utama iaitu :

Bahagian sulit wanita:
Contoh contoh terbaik adalah puki, pantat, cipap.
Contoh penggunaan ayat – “Cis, mulut macam puki”
Budak budak yang belum baligh biasanya akan menggunakan perkataan pepet yang kelihatan lebih sopan apabila memaki.

Bahagian Sulit Lelaki:
Kebanyakan lelaki memang suka memaki dengan menggunakan bahagian badan mereka. Terdapat banyak versi yang berkaitan dengan bahagian sulit lelaki yang dituturkan di dalam pelbagai bahasa. Contoh contoh yang popular ialah kote(bahasa melayu), lancau (bahasa cina), pundek (bahasa tamil) dan ciknek (bahasa fonen). Pipi tidak sanggup untuk menaip contoh contoh ayat yang menggunakan perkataan perkataan tersebut. Sila fikir sendiri.

Bahagian tidak sulit lelaki dan wanita.
Cacian atau makian di dalam sub kategori ini tidak melibatkan mana mana bahagian sulit. Ianya melibatkan anggota badan sahaja tanpa mengira jantina. Contoh cacian seperti ini ialah “ Kepala bapak/mak/nenek/atuk kau!!”.

Kategori Najis Mughalladzah.
Seperti yang dinyatakan di atas, anjing dan babi adalah lebih sesuai jika diletakkan di dalam kategori ini. Terdapat juga segolongan manusia yang menukar perkataan anjing kepada hanjeng bagi memperlihatkan perbezaan antara mereka dan orang lain. Perkataan hanjeng, walaupun mempunyai maksud yang sama dengan anjing adalah lebih lembut serta manja apabila disebut dan enak didengar. Sekiranya anda terlalu marah, anda boleh menggabungkan kedua dua binatang tersebut di dalam makian anda seperti “ cis, babi anjing (hanjeng) punya budak”

Kategori Sifat.
Kategori ini merupakan kategori yang tidak kurang popular. Selalunya, pemaki akan memaki orang dengan mengaitkan mereka dengan sifat sifat yang jelas. Contoh contoh perkataan cacian yang popular ialah bodoh, bangang, bahalol, lembap.

Kategori Pendatang.
Satu kategori yang agak kejam kerana pemaki akan melabelkan rakyat tempatan sebagai pendatang asing di Malaysia. Perkataan yang popular termasuk la Indon, Bangla, Burma etc. Agak jarang kedengaran makian yang dibuat dengan menggunakan perkataan Tanah Besar China, Vietnam, Ukraine kerana kebanyakan pendatang ini adalah wanita yang bekerja sebagai GRO. Situasi ini berlaku kerana kebanyakan pemaki adalah lelaki dan lelaki amat selesa dengan kehadiran mereka.

Selain dari yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa jenis lagi kategori makian atau cacian seperti kategori keturunan yang menggunakan perkataan anak haram, kategori etnik seperti sakai dan sebagainya.

-PP-

19 May 2006

Push to Talk

This is a true story. The other day I went for dinner with few of my friends when suddenly someone brought out the topic of Push to Talk (PTT). One of our friends, a lady, was kind of blur and asked what the hell is this PTT thing. Being a good friend, each of us took turn in explaining to her about this PTT. How it works, how much it costs etc.

We did tell her that PTT is more or less like a walkie talkie where you need to push the button so that you can speak. You can speak to one person or many people at once but will not be like a normal conversation. One of us also explained to her that currently, in Malaysia, Maxis is the only telco that provides this service. The service is also phone dependent. Most of the recent mobile phones will include this function. Phone yang dah lama memang takde function PTT ni.

After a while, this lady friend responded back to us. “Eleh….aku punya phone lama dulu pun boleh pakai PTT ni, tak payah beli phone baru pun and I was not even subscribed to Maxis.” When asked how she managed to do that, she just picked up her phone for demonstration and said “I just push this button and say your name, then the call will be connected then I can talk to you”. Everybody just burst into laughter at that moment. Being a very inconsiderate person, I laughed the loudest. Crap!! It was such a waste of time explaining. Voice dialing is NOT Push to Talk!!!

On the way back home, I was thinking when would be the smart people apply this Push to Talk technology to women all over the world. I bet there will be less noise pollution and the world will be a more peaceful place to live if women can only talk if we touch/push one of their body parts.

Long live Push to Talk, long live women and have a nice weekend ahead.

-PP-

18 May 2006

Kisah Si Pencari Madu

Kak Tijah (bukan nama sebenar) adalah seorang wanita yang gigih. Selain dari menguruskan rumahtangga, Kak Tijah juga membantu meringankan beban suami dengan melakukan pekerjaan mencari madu. Walaupun masyarakat memandang serong terhadap perbuatan Kak Tijah itu, beliau tetap juga meneruskan aktiviti mencari madu. Ada juga segelintir masyarakat yang mengatakan bahawa suami Kak Tijah adalah seorang yang tidak berguna kerana mengharapkan Kak Tijah mencari madu. Akan tetapi, semua itu tidak diendahkan oleh Kak Tijah. Apa yang penting bagi dirinya ialah beliau mesti mencari madu untuk meringankan beban suami dan keluarganya.

Pekerjaan mencari madu adalah pekerjaan yang diwarisi dari nenek moyang Kak Tijah. Nenek Kak Tijah serta emak Kak Tijah merupakan pencari madu yang terkenal dan berjaya. Hasil dari pencarian madu itulah yang membantu membesarkan Kak Tijah. Seluruh keturunan Kak Tijah mempunyai rahsia tersendiri dalam proses mencari madu.

Kebiasaannya Kak Tijah hanya akan mencari madu apabila beliau selesai menjalankan kerja kerja rumah. Suami Kak Tijah merupakan pekerja kontrak yang mempunyai pendapatan sederhana sahaja. Kak Tijah sangat bangga kerana dapat membantu meringankan beban suami. Pernah Kak Tijah berangan angan apabila dia bertemu dengan madu yang baik dan berkualiti, dia tidak perlu lagi bersusah payah mencari madu. Beliau sudah boleh hidup dengan senang selepas itu.

Pernah Kak Tijah dihalau oleh orang kampung ketika meninjau madu dari rumah ke rumah. Sesetengah orang kata dia gila, tapi itu semua tidak dihiraukan. Apabila sudah cukup kuota madu nanti Kak Tijah akan berhenti sendiri. Dia tidak lagi aku bersusah payah sedemikian. Biarlah apa orang nak kata, yang pasti kehidupan Kak Tijah mesti diteruskan.

Setelah bekerja keras selama beberapa tahun, Kak Tijah akhirnya berjaya mengumpul madu yang secukupnya. Kehidupan Kak Tijah juga sudah agak senang sekarang. Kak Tijah juga ada mengimport madu dari Indonesia kerana madu dari negera jiran itu lebih murah dan senang diuruskan. Suami Kak Tijah juga sudah boleh tersenyum riang apabila mengenangkan tentang kejayaan Kak Tijah mencari madu. Segala galanya sudah cukup buat kehidupan mereka sekeluaga.

Akan tetapi, sudah menjadi lumrah manusia yang tidak pernah cukup dengan apa yang diperolehi. Kak Tijah masih lagi berkeras untuk mencari madu walaupun sudah dihalang oleh suaminya. Katanya, ini adalah yang terakhir, Kak Tijah akan berhenti terus sekiranya usahanya yang terakhir ini berjaya. Sebagai seorang yang penyayang, akhirnya suami Kak Tijah mengalah dan membenarkan Kak Tijah mencari madu buat kali terakhir.

Malang tidak berbau, dalam proses mencari madu yang terakhir, Kak Tijah telah ditimpa kemalangan. Kak Tijah bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan dan hanya dimasukkan ke wad biasa sahaja. Akan tetapi, apa yang dibanggakan oleh Kak Tijah ialah madu madu Kak Tijah sentiasa berada di sisi beliau untuk menjaganya hingga sembuh. Dan, suami Kak Tijah sentiasa berbangga dengan keakraban isteri isteri beliau yang tiga orang itu.

-PP-

17 May 2006

Kenyataan Akhbar

Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang baru baru ini dikatakan meminta seorang pegawai kerajaan menutup sebelah mata dan seterusnya menimbulkan kekecohan yang teramat sangat. Kenyataan ini Pipi jumpa kat dalam tong sampah belakang pejabat akhbar terkemuka di Malaysia. I guess the editor malas nak layan kenyataan ini dan terus membuang ke dalam tong sampah. Disebabkan Pipi kesian kat MP tu, so Pipi siarkan je la kat blog Pipi ini.

"Saya dengan ini mengaku bahawa saya merupakan Ahli Parlimen yang telah meminta seorang pegawai kerajaan menutup sebelah mata berikutan kesalahan yang telah dilakukan oleh syarikat saya. Bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang apa yang sebenarnya telah berlaku pada hari kejadian.

Syarikat yang bernama Saya Punya Enteprise itu sebenarnya telah lama ditubuhkan, iaitu sebelum saya menjadi MP lagi. Oleh kerana saya hanya menjalankan perniagaan secara kecil kecilan, saya hanya menggunakan alamat rumah saya sebagai alamat pejabat. Walaupun pendaftaran menunjukkan bahawa syarikat saya melakukan bermacam jenis perkerjaan, tapi pada hakikatnya saya hanya menumpukan kepada satu perniagaan teras sahaja iaitu mengimport kayu bergergaji. Perlu ditekankan bahawa syarikat saya hanya bertindak sebagai ejen sahaja dan tidak terlibat secara langsung dengan pembekal.

Pada hari kejadian, saya memang ada menemui pegawai terbabit yang telah bertindak merampas kayu kayu yang diimport oleh syarikat saya. Tujuan saya meminta beliau menutup sebelah mata adalah untuk memberi peluang kepada beliau merasai kesusahan sekiranya hanya mempunyai sebelah mata. Dengan yang demikian, beliau akan lebih merasa prihatin terhadap insan kurang upaya. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada beliau agar beliau berasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang insan yang sempurna.

Saya tidak berniat langsung untuk meminta pegawai terbabit “melepaskan” syarikat saya dari sebarang hukuman dan menjatuhkan intergriti pihak berkuasa. Walau bagaimapun saya akui bahawa mungkin akan terdapat kesilapan kesilapan seperti tersilap baca atau terlepas pandang akibat dari perbuatan menutup sebelah mata itu. Niat suci saya telah disalah ertikan dan membawa kepada satu permasalahan yang lain terhadap diri saya.

Saya tidak mempunyai masalah sekiranya Badan Pencegah Kautim (BPK) ingin menyiasat saya. Ini adalah kerana, pada pemahaman saya, Ahli Parlimen tidak dilarang untuk menjalankan aktiviti perniagaan kecuali perniagaan yang menyalahi undang undang seperti menjual dadah, aktiviti pelacuran dan VCD haram. Saya juga tidak meminta pegawai tersebut mengkautimkan kesalahan yang begitu jelas di hadapan mata walaupun hanya sebelah mata yang terbuka.

Saya juga akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak pihak terbabit dalam penyiasatan dalaman yang akan dilakukan oleh parti politik yang dianggotai oleh saya. Pada hemat saya, setiap manusia perlu diberi peluang untuk menerangkan tentang keadaan sebenar yang telah berlaku. Perbuatan meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan sesuatu perkara adalah sangat tidak cool dan merosakkan perpaduan.

Besarlah harapan saya agar perkara ini tidak lagi disensasikan dengan sewenang wenangnya dan menjatuhkan kredibiliti saya. Saya tidak mempunyai perasaan dendam terhadap sesiapa termasuk juga lelaki lelaki lembut yang dilahirkan oleh Akademi Seni Kebangsaan. Mereka lebih pandai menari dari saya. Saya pasti bahawa saya akan kelihatan seperti kayu jika disuruh menari.

Sekian. Terima Kasih."

-PP-

15 May 2006

Selamat Hari Ibu

Sempena dengan Hari Ibu yang disambut pada 14 Mei semalam, Pipi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu ibu yang membaca blog Pipi. Pipi tidak celebrate hari ibu sebab Pipi bukan seorang ibu. Selain itu, Pipi tidak perlu menunggu satu hari yang dikhaskan dalam setahun untuk memperingati ibu Pipi. Pipi sentiasa mengingati ibu Pipi setiap hari. Pipi ingin juga berkongsi dengan semua orang tentang beberapa jenis ibu yang wujud di dunia ini. Selain dari ibu kandung terdapat beberapa jenis lagi ibu/mak/mummy/mama yang perlu diberi perhatian.

Ibu Roti
Nama glamour ibu roti ialah yis atau dalam Bahasa Inggeris dieja yeast. Ibu roti merupakan bahan yang penting untuk menghasilkan roti. Sepatutnya kita juga perlu menyambut hari Ibu Roti kerana ketiadaan ibu roti akan menyebabkan kita tak boleh makan roti. Kalau ada pun, mungkin roti itu tidak sesedap mana.

Ibu Ayam
Sejenis ibu yang sangat popular di kalangan lelaki yang mempunyai kehidupan yang tidak sihat. Ibu ayam jenis ini tidak mengeluarkan telur dan selalunya anak anak ayam perliharaan mereka adalah diseludup dari negara jiran. Terdapat juga anak anak ayam yang ditipu oleh sindiket yang menjanjikan pendapatan lumayan untuk bekerja di Malaysia. Agak jarang kedengaran tentang anak anak ayam yang mempunyai hubungan baik dengan ibu ayam.

Ibu Jari Kaki/Tangan
Amatlah sukar untuk seseorang itu melakukan kerja sekiranya tidak mempunyai ibu jari, baik ibu jari kaki atau ibu jari tangan. Oleh itu, sebagai manusia, kita perlulah bersyukur kerana dikurniakan ibu jari. Walau bagaimanapun kita tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk menyambut hari ibu jari. Cukuplah dengan sekadar memotong kuku ibu jari masing masing. Kaum wanita mempunyai cara yang berbeza untuk menghargai ibu jari masing masing. Mereka lebih suka mewarnakan kuku ibu jari sebagai tanda berterima kasih dan juga untuk menunjuk nunjuk kehebatan ibu jari masing masing.

Mak Janda
Majoriti mak janda adalah gatal. (Sila jangan marah Pipi. Pipi hanya memetik kata kata seorang ahli parliament ketika persidangan yang berlangsung baru baru ini).

Mak Nyah
Mak tak koser la nak celebrate hari pasal mak ni. Mak biasa hidup low profile je. Mak pasrah dengan diri mak. Kadang kadang masyarakat pandang semacam je kat mak ni. Teringin jugak mak nak melempang muka sorang sorang yang suka menjeling kat mak. Tapi mak malas nak layan manusia manusia yang bodoh ittew. Apakan daya, mak insan yang lemah. Mak bersyukur sangat pasal dilahirkan di dunia ini. Cuba uols fikir, apa salah mak? Uols jangan ingat mak takde perasaan. Tapi kadang kadang ada jugak insan yang faham perasaan mak. Auuuw, tak sanggup la mak nak cerita semua kat sini. Nanti mak buat blog mak sendiri la...keless.....**Matila mak nyebok kat blog Pipi**

Mak Yong
Sejenis tarian tradisional yang perlu diberi perhatian jugak.

Mak Limah
Mak Limah hanya popular ketika menyambut hari raya. Mak Limah sentiasa berjalan berlenggang lenggok. Mak Limah juga pandai menghias diri walaupun dia tak ada gigi. Pada hari raya Mak Limah jugak tidak lupa untuk membayar zakat fitrah dan memohon doa semoga dipanjangkan usia untuk hari raya berikutnya. Pipi lupa siapa yang nyanyi lagu Mak Limah ni.

-PP-

11 May 2006

Mari Berkongsi Rahsia

Do you feel like sharing a secret with the rest of the world but you want to do it discreetly and anonymously? It is pretty easy actually. What you need to do is to tell your best friend or best friends (if you have more than one) about the secret. Then, after telling them the whole thing, please do not forget to tell him/her this “Kau jangan cakap kat orang lain tau, benda ni aku cakap kat kau sorang je”. Just relax and enjoy the spreading of the secret at your comfort.

The Explanation.

A secret is shared from one best friend to another best friend to another best friend. This is the nature of human being. Your best friend mungkin akan ada lagi ramai best friend. Tak guna la kalau best friend tak share secret with another best friend. Your best friend’s best friend will then tell the same secret to their best friends.

Sekiranya best friend anda seorang lelaki, dia mungkin akan bercerita kepada girlfren atau pun wife dia. Sebaik baiknya carilah best friend lelaki yang ramai awek ataupun isteri. Awek awek dan isteri isteri ini akan bercerita pulak kat best friend diorang. This is how those “smart” people dapat idea pasal direct selling or multi level marketing. Dengan yang demikian rahsia tersebut akan tersebar dengan cepat dan pesatnya.

Ayat “Kau jangan cakap kat orang lain bla bla bla …” itu mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ayat ini perlu diucapkan untuk memastikan bahawa best friend anda ini bercerita tentang rahsia tersebut kepada best friend dia yang lain. Sudah menjadi sifat semula jadi manusia untuk melakukan sebaliknya dari apa yang diberitahu. Mereka akan tetap memberitahu orang lain tentang rahsia tersebut walaupun telah “diingatkan” kerana manusia memang bodoh dan degil.

Mereka yang mendengar rahsia itu juga akan mengutarakan ayat yang sama terhadap orang lain demi untuk menutup kebodohan mereka. The advantage is, semua orang akan berdiam diri dan hanya akan bercakap belakang belakang tentang rahsia tersebut . Ini adalah kerana mereka tidak sepatutnya tahu atau memberitahu orang lain tentang rahsia tersebut. Ayat tersebut juga berkesan dalam merahsiakan identity anda sebagai orang yang tidak boleh dipercayai kerana membocorkan rahsia in the first place. Oleh itu, anda akan selamat dari pandangan serong masyarakat yang tidak akan sesekali menunding jari kepada anda kerana membocorkan rahsia.

Sekiranya anda mempunyai rahsia yang best, silalah berjumpa dengan kawan baik anda dan bagitahu kat diorang tanpa segan silu. Akan tetapi, apa yang sebaik baiknya dilakukan, sekiranya anda mempunyai rahsia ialah just keep the secret to yourself. Kalau dah tak tahan sangat, sebab anda memang kaki kepoh, pergi je bocorkan rahsia tu kat any strangers yang tak kenal anda dan tak peduli pasal hidup anda. Anda juga boleh membocorkan rahsia terhadap binatang seperti ayam,kucing atau kambing biri biri. Sila ambil perhatian bahawa meliwat kambing biri biri adalah satu perbuatan yang sungguh hina dan bodoh.


-PP-

10 May 2006

Screw Your Ass

For those who are having trouble decoding my post on 72739 9687 277, you may click here for the translation.

As usual, click at your own risk.

-PP-

09 May 2006

Kegunaan Pintu Toilet

Selain dari untuk melindungi orang yang tengah membuang air, pintu toilet juga boleh digunakan untuk perkara perkara lain seperti berikut:

Pintu toilet merupakan tempat melepaskan perasan kecewa seseorang yang putus cinta. Selalunya mereka akan memburukkan bekas kekasih masing masing dengan menconteng pintu toilet dengan ayat ayat yang menyakitkan hati. Terdapat juga segolongan insan yang meletakkan number telefon bekas awek dia kat pintu toilet dengan notis “nak main free? Contact number ni” dengan tujuan untuk membalas dendam.

Seterusnya, pintu toilet juga merupakan tempat mencurahkan perasaan ketidakpuasan hati terhadap parti politik. Antara curahan perasaan yang selalu terdapat di pintu toilet ialah “UMNO – Untuk Melayu No Otak”, “PAS – Parti Anak Samdol”, “Kerajaan Barisan Nasional Tipu Rakyat” etc.

Selain itu, pintu toilet adalah medium untuk berkomunikasi tanpa perlu mendedahkan identity. It all started with someone writing “ Jangan conteng kat sini”. Later on, there will someone else yang sambung “ Lu apa peduli?” Kemudian ayat ayat tersebut akan terus disambung oleh manusia manusia lain. Selalunya komunikasi sedemikian akan berakhir dengan cacian dan makian.

Bagi mereka yang mempunyai bakat melukis yang tak sebeberapa, pintu toilet adalah tempat terbaik untuk melahirkan kreativiti mereka. Selalunya, mereka ini mempunyai otak yang lucah dan suka melukis gambar gambar lucah. Most of the lukisan adalah sangat ntah hapa hapa dan lansung tidak menaikkan nafsu berahi. Terdapat juga segelintiran manusia yang suka menulis cerpen lucah kat pintu toilet. Menulis cerpen lucah adalah tidak begitu digalakkan kerana anda akan menggunakan keseluruhan pintu untuk satu cerita sahaja hinggakan tidak ada ruang bagi orang lain mencurahkan kreativiti dan perasaan mereka.

Lastly, pintu toilet adalah papan iklan yang sangat berkesan. Anda boleh mengiklankan apa sahaja di pintu toilet dari peralatan mencuci toilet, khidmat pelacuran hingga ke khidmat ceti haram dengan percuma.

Pesanan khidmat masyarakat dari Pipi - Sila jaga kebersihan tandas awam.

-PP-

08 May 2006

Susahnya Memahami Wanita

This is a story told to me by a Bangladeshi when I was filling up the petrol this morning. I believe that he was telling me the truth, kalau dia tipu, maka tipu la Pipi. He was telling the story in Malay with a Bangladeshi slang, susah sikit Pipi nak pick up in the first place but it goes something like this (after pemahamam Pipi) :

There was this woman, nak isi minyak. As usual dia park kereta kat tepi pump tu then pegi bayar. After filling up, suddenly that woman tak boleh nak start kereta dia. So she asked this poor Bangla for assistance to push her car so that she can jump start the car. So this poor and innocent Bangla pun willingly la tolak the car. At first, he pushed forward but the car still failed to start. Then he had to push backward and kept doing that for a few times. Unfortunately, the car still failed to start.

Suddenly, the women told that poor Bangla that the steering wheel is locked. Since the Bangla is a smart person, the moment he was told about this, he knew that there was something wrong already. Upon checking, he saw that there was no key inserted into the ignition switch. And this is the sad truth: all the while, the woman was keeping the car key with her! Itu macam kalu, sampai mati pun tak boleh start.

This is a good proof that there is always an idiot at any given time in this world.

Moral of the story?
1. Do not underestimate the strength of Bangla.
2. Do not underestimate the damage caused by a woman.
3. Cars have no brain, but you DO have one.
4. Always check and double check things before you make a complete idiot of yourself.
5. Woman do have a bad hair day.


Women, so complicated, huh?

-PP-

05 May 2006

Jenis Jenis Lawak

Mari belajar berberapa perkara penting tentang jenis jenis lawak supaya anda semua tahu bila dan bagaimana nak buat lawak yang best.

Lawak Bodoh.
Ini adalah sejenis lawak yang selalu dibuat oleh orang orang bodoh untuk orang orang bodoh. Lawak jenis ini secara kebiasaannya akan menggunakan perkataan perkataan bodoh, bangang, tolol, idiot dan sebagainya. Lawak ini amat susah untuk difahami oleh orang orang yang pandai. Kebiasaannya juga, pelawak akan menggunakan mimik muka untuk menghasilkan kesan lawak bodoh yang lebih dramatic. Jeritan jeritan yang dianggap cool seperti “ kau bodoh!”, “tolol” akan sentiasa kedengaran ketika membuat lawak ini. Mereka yang terlibat selalu akan sanggup merendahkan IQ sendiri untuk mencapai objective lawak bodoh mereka.

Lawak Slapstick.
Lawak slapstick, atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai lawak lempang kayu ada sejenis lawak yang berbentuk fizikal. Lawak ini tidak jauh bezanya dengan lawak bodoh di atas. Kebiasaannya, tukang buat lawak akan menampar muka audience yang tidak mempunyai perasaan dan berhati keras seperti kayu untuk membuat mereka ketawa. Dari perbuatan inilah timbulnya perkataan lawak slapstick ini. Lawak ini juga sesuai untuk golongan kanak kanak yang tidak dapat menangkap maksud lawak yang kadang kadang tersembunyi. Dengan yang demikian jugalah menyebabkan pelawak pelawak slapstick ni selalunya mengenakan kostum ketika membuat lawak. Antara kostum yang popular ialah uniform sekolah, kostum monyet serta binatang binatang lain, orang tua rambut uban pakai kain pelikat dan lain lain. Tukang buat lawak slapstick ini juga tidak segan silu untuk melompat lompat seperti kera kena belacan.

Lawak Spontan.
Ini adalah lawak yang dibuat secara tidak sengaja atau tanpa sebarang perancangan awal. Lawak lawak jenis ini biasanya berkisar kepada keadaan, tempat dan audience. Pembuat lawak jenis ini perlu berhati hati untuk menjaga sensetiviti orang sekeliling. Sebagai contoh, seorang lelaki yang membuat lawak spontan di hadapan isterinya untuk berkahwin lagi seorang ketika melihat wanita cantik melintas di hadapan akan membawa kecelakaan terhadap dirinya sendiri. Membuat lawak spontan ketika majlis rasmi adalah sangat sangat dilarang.

Lawak Lucah.
Sejenis lawak yang hanya dipelopori oleh kaum lelaki kerana mereka mempunyai daya imaginasi dan fikiran yang lucah. Agak jarang kedengaraan seorang wanita sejati membuat lawak lawak lucah kecuali wanita itu memang seorang yang gatal. Lawak lucah terbahagi kepada 2 jenis, iaitu jenis sulit dan jenis tidak sulit. Jenis lawak lucah sulit selalunya berkisar kepada alat alat sulit samada alat sulit lelaki atau wanita. Ini adalah lawak lucah melampau. Antara contoh lawak lucah melampau ialah VCD Kehidupan Terlampau Seorang Pramugara.

Lawak lucah tidak sulit ialah lawak yang menggunakan kiasan dan mempunyai dua maksud. Ini adalah demi keselamatan pembuat lawak supaya tidak ditampar oleh mana mana individu akibat lawak lucah tersebut. Sekiranya anda seorang perempuan bekerja dan selalu didedahkan dengan lawak lucah, anda boleh pegi komplen kepada pihak pengurusan tentang sexual harassment. Walau bagaimana pun, anda perlulah berhati hati ketika membuat aduan tentang lawak lucah jenis tidak sulit kerana ianya mungkin akan membinasakan kredibiliti anda sendiri. Disebabkan lawak jenis ini mempunyai dua maksud, tukang buat lawak akan menggunakan alasan anda sebenarnya yang berfikiran lucah kerana anda telah tersalah anggap maksud sebenarnya.

Lawak Antarabangsa.
Sampai sekarang Pipi masih lagi tidak dapat menangkap apakah yang dimaksudkan dengan lawak jenis ini.

Sila ambil perhatian, membiarkan handphone anda berbunyi ketika sedang sembahyang Jumaat adalah :
1. Bukan lawak bodoh sebab hanya anda seorang sahaja yang bodoh kerana tidak mematikan cellphone anda sedangkan orang lain semua pandai.
2. Bukan lawak slapstick kerana ada kemungkinan anda yang akan kene lempang setelah habis sembahyang.
3. Bukan lawak spontan kerana anda sudah merancang untuk tidak mematikan cellphone setibanya anda di masjid atau sebelum azan dilaungkan.
4. Bukan juga lawak lucah sebab ianya tidak melibatkan alat sulit (takde yang sulit pun pasal cellphone) unless you are having an erection while praying.

-PP-

04 May 2006

There Is No Update for Today

Thomas A Edison once quoted that genius is 1% inspiration and 99% perspiration. Let’s see how could we apply the same quote, to the different people with a little bit of twist.

Politician
Career is 1% bullshit, 99% stupid followers.

Male Prostitute
Income is 1% good look, 99% erection.

Student Akademi Fantasia
Kejuaraan ialah 1% buat muka innocent, 99% sms.

Low Cost Air Carrier
No frill is 1% service, 99% screwing your ass.

Cikgu Sekolah
Hidup ialah 1% mengajar, 99% mengelakkan diri dari dipukul oleh murid murid.

Malaysia Hockey Team
Winning is 1% training, 99% errrr… coach’s responsibility.

Spiritual Medium
Getting rid of ghost possession is 1% luck, 99% getting paid for having sex with a stupid woman.

Members of Parliament
Good debate is 1% bow tie, 99% neck tie.

White Collar Workers
Promotion is 1% pretending to do work, 99% kissing the boss’s ass.

Housewife
Successful housewife is 1%....wait, 100% nagging!

University Students particularly engineering students
First Class Honours is 1% paying attention, 99% spot the right questions.

Wartawan Luar
Laporan berita adalah 1% pantun dan madah, 99% angkat tangan tak berhenti henti.

Blogger
Interesting blog is 1% fact, 99% rubbish. (I am referring to other people blog)

Malaysian Badminton Head Coach
Thomas Cup semi final is 1% “we’’ll beat them 5-0”, 99% 3-2, nasib baik tak kalah kalau tak, mana nak letak muka.

Scratch and Win Business Operator
Profit is 1% capital, 99% idiots.

Idiots
1% plus 99% equals 199%

-PP-

03 May 2006

Permainan Terkini Yang Perlu Diberi Perhatian

Forget the game of chess, World Cup football, online video gaming or even the current Thomas Cup tournament, there are new games which require you immediate attention. Pipi nak cerita serba sedikit tentang games atau pertandingan yang tengah popular dan sedang meningkat buat masa sekarang ini.

Pertandingan Muka Masam.
Pertandingan yang suatu masa dahulu dipelopori oleh kakitangan kerajaan terutamanya makcik makcik kini sudah menular kepada sektor swasta seperti bank dan toll PLUS. Pertandingan ini biasanya dilakukan di kauter kaunter jabatan kerajaan yang perlu memerlukan peserta pertandingan berurusan dengan masyarakat. Ianya boleh dimainkan secara berkumpulan atau pun secara individu melalui “time trial”. Objektif permainan ini ialah untuk menahan diri dari tersenyum kepada pelanggan sebeberapa lama yang mungkin. Pertandingan ini tidak memerlukan kekuatan fizikal yang ketara. Apa yang diperlukan ialah kekuatan minda dan otot otot muka untuk menahan diri dari memberi senyuman mesra. Pemenang permainan ini, bagi acara berkumpulan ialah mereka yang dapat menahan dari tersenyum paling lama. Selain itu, mereka yang mendapat komplen paling banyak dalam tempoh sebulan juga boleh dikira pemenang. "Time trial" adalah lebih kepada acara latihan sebelum individu terbabit bertanding dengan rakan rakan sekaunter yang lain. Kebiasaannya mereka yang melibatkan diri dalam pertandingan ini ialah mereka yang sadis dan suka melihat kesengsaraan orang lain. Perlu diingatkan bahawa kerajaan sedang dalam proses untuk menghapuskan permainan ini dengan melakukan kempen kempen mesra pengguna. Akan tetapi, terdapat golongan yang menganjurkan pertandingan secara underground melalui bookie bookie yang menggunakan teknologi canggih bagi mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Permainan Siapa Lebih Lembab.
Ini merupakan satu permainan yang dimonopoli sekali lagi oleh pegawai pegawai kerajaan. Permainan ini biasanya mereka yang tidak berhadapan secara langsung dengan pelanggan di kaunter. Peralatan penting di dalam permainan ini ialah pita pelekat berwarna merah atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil red tape. Antara criteria yang diperlukan bagi seseorang individu yang ingin melibatkan diri dalam permainan ini ialah:
1. Suka menangguhkan kerja.
2. Sentiasa menyalahkan orang atau department lain.
3. Mempunyai database alasan alasan yang terkini untuk diberikan kepada boss.
4. Boleh meluangkan masa di kedai kedai mamak sehingga dua tiga jam tanpa perasaan bersalah samada terhadap pelanggan lain yang nak duduk atau mamak tokeh restoran.

Apa yang penting sekali bagi memenangi permainan ini ialah sikap tidak peduli dan motto “Kerja lebih pun bukan boleh dapat gaji lebih.” Sesiapa yang melakukan kerja paling lembab sekali adalah dikira sebagai pemenang dalam permainan ini.

Selain itu, terdapat pemarkahan bonus bagi mereka yang berjaya memberi alasan alasan yang merepek dan tidak masuk akal. Pengarah atau ketua jabatan juga memainkan peranan penting dalam permainan ini kerana mereka yang akan menentukan bila keputusan boleh dibuat terhadap sesuatu perkara dan melambatkan lagi masa permainan.

Pertandingan Siapa Makan Lebih Perlahan.
Pertandingan ini hanyalah melibatkan pasangan kekasih yang sedang asyik bercinta dan selalunya dijalankan di restoren esklusif atau kedai makan biasa. Selain dari makanan, pinggan, cawan dan lain lain, peralatan terpenting dalam pertandingan ini ialah napkin atau pun sekurang kurangnya sekotak tisu. Individu yang terlibat biasanya akan menggunakan napkin sekerap mungkin untuk mengelap mulut atau bibir mereka. Walaupun objektif utama pertandingan ialah untuk menentukan siapa paling lambat menghabiskan makanan, pemarkahan juga diberikan untuk perkara perkara seperti berikut:
1. Paling banyak mengelap mulut dengan napkin atau tisu.
2. Menguyah dengan bersopan santun sampai langsung tak berbunyi.
3. Membuat aksi aksi manja ketika makan sehingga orang meja sebelah naik menyampah.
4. Bercakap lebih lama dari makan.

Kebiasaanya peserta perempuan memiliki kelebihan untuk memenangi pertandingan ini kerana mereka lebih bersopan santun dan mengada ngada. Selain itu, mereka juga merupakan pemenang unggul kerana selalunya pihak lelaki yang akan membayar harga makanan.

Pertandingan Mengira Dengan Pantas.
Pertandingan yang dijalankan secara spontan ini sangat popular di kedai kedai mamak di seluruh negara. Ianya melibatkan tukang kira makanan dan juga pelanggan berkumpulan yang akan membayar dan selalunya dimainkan ketika sudah habis makan. Pertama, pelanggan bersama rakan rakan akan mengagak berapakah harga makanan tersebut. Kemudian, mereka akan memanggil tukang kira untuk memberi keputusan muktamad. Kebiasaannya tukang kira tersebut akan mengira dengan pantas seolah olah membebel dan memberikan harga yang tidak begitu muktamad pada awalnya. Kadang kadang tukang kira ini hanya akan berlakon seperti mengira. Pelanggan yang bijak akan menyuruh tukang kira tersebut mengira lagi sekali dengan perlahan lahan dan memperincikan segala harga. Pelanggan yang bengap akan membayar sahaja dengan perasaan gembira. Sekiranya pelanggan berjaya mengurangkan harga pada kiraan kali kedua mereka adalah dikira sebagai pemenang. Tukang kira pula akan dianggap sebagai pemenang sekiranya dia berjaya mengekalkan harga ataupun menaikkan harga setelah mengira dengan perlahan dan terperinci pada kiraan kedua.

-PP-

02 May 2006

72739 9687 277

4274 64 7474 52647864 82533 4332 625 873283 25641 5274786 7474 726428 2878 336426 53752 53752 8264 83524 5262 7474 8464425526 736282 6282 86885 6364873283 25641 838274 232 58425 67264 8264 82682 272725 825 8732831 342 46428 7474 82533 53752 5246 625 2828 531

82528224246262 7861 86885 84325 636432382526 7364628 74741 7474 336426 23728 4284682 6364873283 2564 86885 4274 464 82528786 7364628 7364628 7474 8264 84325 7323237272 464 84325 737624 636435827526 7288 736 786 86885 63622827 4254 326 42745 52782 74741

86885 36878 4274 641 7474 46446 6362828 7288 53524626 336426 42682 636247 666267 724252 4678323 63 48783 48783 8264 226825 4881 7232 73632728 7474 2272 464 53244 63654628526 6272 537262 7474 42682 73758 63644862526 73586524 73624526 242722837 724252 42488 3274 666267 7288 446442 736245261 735472682 7474 63644862526 48788 2 446442 8 7474 83772572 636245 73226825 26 242722837 73587264 5872646821 586524 83773288 6864546 237826224 735472682 7474 63644862526 2828 8264 23785264 85264 7373784 37262 326 237482 7 726533 528 881

735472682 2632 7367264 8264 2364271 2632 6864546 2526 636426245 6272 8264 5262 86885 636433563 22545 666267 666267 464 537232 48783 48783 8264 2375362261 272 8264 73758 345258526 42524 24325 528 538723 74663 2632 326 7375223 53 336426 48783 48783 8264 232 528 7464 844241 4 48377 868 4283 2573238 36631 684378473 868 8455 668 23 7323464 8447 74448 6681 367 84673 8264 324 2828 881 238837 7867 74448 668 233673 868 82783 868 8463 38784371 868 64448 8268 86 28643 86877353 3766 23464 5223533 26 43468 46 843 727247274 235681

868 64448 668 23 844654641 36878 464 232524 7378288 8264 726428 26364 326 63628264 62721 8274 2244 3474 74741 67264 8264 23778724 72824 636433563526 36878 464 232524 53244 26364 52441 735246 4881 637352 5842 637872526 46566426 8264 726428 33445 326 84325 63673722824 672641

1771