Kak Tijah (bukan nama sebenar) adalah seorang wanita yang gigih. Selain dari menguruskan rumahtangga, Kak Tijah juga membantu meringankan beban suami dengan melakukan pekerjaan mencari madu. Walaupun masyarakat memandang serong terhadap perbuatan Kak Tijah itu, beliau tetap juga meneruskan aktiviti mencari madu. Ada juga segelintir masyarakat yang mengatakan bahawa suami Kak Tijah adalah seorang yang tidak berguna kerana mengharapkan Kak Tijah mencari madu. Akan tetapi, semua itu tidak diendahkan oleh Kak Tijah. Apa yang penting bagi dirinya ialah beliau mesti mencari madu untuk meringankan beban suami dan keluarganya.
Pekerjaan mencari madu adalah pekerjaan yang diwarisi dari nenek moyang Kak Tijah. Nenek Kak Tijah serta emak Kak Tijah merupakan pencari madu yang terkenal dan berjaya. Hasil dari pencarian madu itulah yang membantu membesarkan Kak Tijah. Seluruh keturunan Kak Tijah mempunyai rahsia tersendiri dalam proses mencari madu.
Kebiasaannya Kak Tijah hanya akan mencari madu apabila beliau selesai menjalankan kerja kerja rumah. Suami Kak Tijah merupakan pekerja kontrak yang mempunyai pendapatan sederhana sahaja. Kak Tijah sangat bangga kerana dapat membantu meringankan beban suami. Pernah Kak Tijah berangan angan apabila dia bertemu dengan madu yang baik dan berkualiti, dia tidak perlu lagi bersusah payah mencari madu. Beliau sudah boleh hidup dengan senang selepas itu.
Pernah Kak Tijah dihalau oleh orang kampung ketika meninjau madu dari rumah ke rumah. Sesetengah orang kata dia gila, tapi itu semua tidak dihiraukan. Apabila sudah cukup kuota madu nanti Kak Tijah akan berhenti sendiri. Dia tidak lagi aku bersusah payah sedemikian. Biarlah apa orang nak kata, yang pasti kehidupan Kak Tijah mesti diteruskan.
Setelah bekerja keras selama beberapa tahun, Kak Tijah akhirnya berjaya mengumpul madu yang secukupnya. Kehidupan Kak Tijah juga sudah agak senang sekarang. Kak Tijah juga ada mengimport madu dari Indonesia kerana madu dari negera jiran itu lebih murah dan senang diuruskan. Suami Kak Tijah juga sudah boleh tersenyum riang apabila mengenangkan tentang kejayaan Kak Tijah mencari madu. Segala galanya sudah cukup buat kehidupan mereka sekeluaga.
Akan tetapi, sudah menjadi lumrah manusia yang tidak pernah cukup dengan apa yang diperolehi. Kak Tijah masih lagi berkeras untuk mencari madu walaupun sudah dihalang oleh suaminya. Katanya, ini adalah yang terakhir, Kak Tijah akan berhenti terus sekiranya usahanya yang terakhir ini berjaya. Sebagai seorang yang penyayang, akhirnya suami Kak Tijah mengalah dan membenarkan Kak Tijah mencari madu buat kali terakhir.
Malang tidak berbau, dalam proses mencari madu yang terakhir, Kak Tijah telah ditimpa kemalangan. Kak Tijah bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan dan hanya dimasukkan ke wad biasa sahaja. Akan tetapi, apa yang dibanggakan oleh Kak Tijah ialah madu madu Kak Tijah sentiasa berada di sisi beliau untuk menjaganya hingga sembuh. Dan, suami Kak Tijah sentiasa berbangga dengan keakraban isteri isteri beliau yang tiga orang itu.
-PP-

5 comments:
mowtif???????????????
mowtiffffffffff???
Jiran Kak Tijah.
cik mowtifffffff
Thank you for dropping by hehehhehe. Kak Tijah masih lagi di hospital. Sila pergi melawat beliau dan jangan menjadi jiran yang suka menjaga tepi kain jiran sendiri.
aiyooo... bukan jaga tepi kain Tijah la.. tu.. ko tu, apsal jaga tepi kain jiran aku pulak?
mowtif cerita madu bagai?
Jiran Kak Tijah
Help, I can't figure out the meaning of "mowtif cerita madu bagai?" tu. So i cannot respond, penat dah belek dictionary looking for that meaning of mowtif. Locomotive ada la
Post a Comment