Forget the game of chess, World Cup football, online video gaming or even the current Thomas Cup tournament, there are new games which require you immediate attention. Pipi nak cerita serba sedikit tentang games atau pertandingan yang tengah popular dan sedang meningkat buat masa sekarang ini.
Pertandingan Muka Masam.
Pertandingan yang suatu masa dahulu dipelopori oleh kakitangan kerajaan terutamanya makcik makcik kini sudah menular kepada sektor swasta seperti bank dan toll PLUS. Pertandingan ini biasanya dilakukan di kauter kaunter jabatan kerajaan yang perlu memerlukan peserta pertandingan berurusan dengan masyarakat. Ianya boleh dimainkan secara berkumpulan atau pun secara individu melalui “time trial”. Objektif permainan ini ialah untuk menahan diri dari tersenyum kepada pelanggan sebeberapa lama yang mungkin. Pertandingan ini tidak memerlukan kekuatan fizikal yang ketara. Apa yang diperlukan ialah kekuatan minda dan otot otot muka untuk menahan diri dari memberi senyuman mesra. Pemenang permainan ini, bagi acara berkumpulan ialah mereka yang dapat menahan dari tersenyum paling lama. Selain itu, mereka yang mendapat komplen paling banyak dalam tempoh sebulan juga boleh dikira pemenang. "Time trial" adalah lebih kepada acara latihan sebelum individu terbabit bertanding dengan rakan rakan sekaunter yang lain. Kebiasaannya mereka yang melibatkan diri dalam pertandingan ini ialah mereka yang sadis dan suka melihat kesengsaraan orang lain. Perlu diingatkan bahawa kerajaan sedang dalam proses untuk menghapuskan permainan ini dengan melakukan kempen kempen mesra pengguna. Akan tetapi, terdapat golongan yang menganjurkan pertandingan secara underground melalui bookie bookie yang menggunakan teknologi canggih bagi mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.
Permainan Siapa Lebih Lembab.
Ini merupakan satu permainan yang dimonopoli sekali lagi oleh pegawai pegawai kerajaan. Permainan ini biasanya mereka yang tidak berhadapan secara langsung dengan pelanggan di kaunter. Peralatan penting di dalam permainan ini ialah pita pelekat berwarna merah atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil red tape. Antara criteria yang diperlukan bagi seseorang individu yang ingin melibatkan diri dalam permainan ini ialah:
1. Suka menangguhkan kerja.
2. Sentiasa menyalahkan orang atau department lain.
3. Mempunyai database alasan alasan yang terkini untuk diberikan kepada boss.
4. Boleh meluangkan masa di kedai kedai mamak sehingga dua tiga jam tanpa perasaan bersalah samada terhadap pelanggan lain yang nak duduk atau mamak tokeh restoran.
Apa yang penting sekali bagi memenangi permainan ini ialah sikap tidak peduli dan motto “Kerja lebih pun bukan boleh dapat gaji lebih.” Sesiapa yang melakukan kerja paling lembab sekali adalah dikira sebagai pemenang dalam permainan ini.
Selain itu, terdapat pemarkahan bonus bagi mereka yang berjaya memberi alasan alasan yang merepek dan tidak masuk akal. Pengarah atau ketua jabatan juga memainkan peranan penting dalam permainan ini kerana mereka yang akan menentukan bila keputusan boleh dibuat terhadap sesuatu perkara dan melambatkan lagi masa permainan.
Pertandingan Siapa Makan Lebih Perlahan.
Pertandingan ini hanyalah melibatkan pasangan kekasih yang sedang asyik bercinta dan selalunya dijalankan di restoren esklusif atau kedai makan biasa. Selain dari makanan, pinggan, cawan dan lain lain, peralatan terpenting dalam pertandingan ini ialah napkin atau pun sekurang kurangnya sekotak tisu. Individu yang terlibat biasanya akan menggunakan napkin sekerap mungkin untuk mengelap mulut atau bibir mereka. Walaupun objektif utama pertandingan ialah untuk menentukan siapa paling lambat menghabiskan makanan, pemarkahan juga diberikan untuk perkara perkara seperti berikut:
1. Paling banyak mengelap mulut dengan napkin atau tisu.
2. Menguyah dengan bersopan santun sampai langsung tak berbunyi.
3. Membuat aksi aksi manja ketika makan sehingga orang meja sebelah naik menyampah.
4. Bercakap lebih lama dari makan.
Kebiasaanya peserta perempuan memiliki kelebihan untuk memenangi pertandingan ini kerana mereka lebih bersopan santun dan mengada ngada. Selain itu, mereka juga merupakan pemenang unggul kerana selalunya pihak lelaki yang akan membayar harga makanan.
Pertandingan Mengira Dengan Pantas.
Pertandingan yang dijalankan secara spontan ini sangat popular di kedai kedai mamak di seluruh negara. Ianya melibatkan tukang kira makanan dan juga pelanggan berkumpulan yang akan membayar dan selalunya dimainkan ketika sudah habis makan. Pertama, pelanggan bersama rakan rakan akan mengagak berapakah harga makanan tersebut. Kemudian, mereka akan memanggil tukang kira untuk memberi keputusan muktamad. Kebiasaannya tukang kira tersebut akan mengira dengan pantas seolah olah membebel dan memberikan harga yang tidak begitu muktamad pada awalnya. Kadang kadang tukang kira ini hanya akan berlakon seperti mengira. Pelanggan yang bijak akan menyuruh tukang kira tersebut mengira lagi sekali dengan perlahan lahan dan memperincikan segala harga. Pelanggan yang bengap akan membayar sahaja dengan perasaan gembira. Sekiranya pelanggan berjaya mengurangkan harga pada kiraan kali kedua mereka adalah dikira sebagai pemenang. Tukang kira pula akan dianggap sebagai pemenang sekiranya dia berjaya mengekalkan harga ataupun menaikkan harga setelah mengira dengan perlahan dan terperinci pada kiraan kedua.
-PP-

No comments:
Post a Comment