29 May 2006

Mark Webber Was Wrong

Hari tu Pipi ada dengar komen Mark Webber kat radio pasal penglibatan kaum wanita dalam sukan Formula 1. Komen tu, lepas ditranslate berbunyi lebih kurang macam ni “Wanita tidak akan berjaya dalam sukan F1 disebabkan sifat semulajadi mereka yang tidak berani mengambil risiko”. Damn! Pipi rasa Webber sudah terkhilaf bila dia buat statement tu. Sebagai pejuang hak wanita, Pipi sangat sangat tidak bersetuju dengan komen tersebut. Itu adalah satu statement yang merendahkan martabat kaum wanita. Pipi ada beberapa bukti yang nyata bahawa wanita sebenarnya sangat berani mengambil risiko dalam kehidupan mereka.

Wanita yang berkahwin dengan penagih dadah merupakan wanita yang sangat berani mengambil risiko. (Nak cakap bodoh pun boleh, tapi Pipi tak sampai hati.) Terdapat banyak kes yang melibatkan wanita yang berkahwin dengan penagih dadah dan majoritinya berakhir dengan kecelakaan. Baru baru ini, ada cerita kat dalam surat khabar pasal seorang wanita yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki di pusat serenti. Sungguh meriah perkahwinan tersebut walaupun dia terpaksa menunggu lagi 2 tahun sebelum dapat tinggal bersama. Wanita itu juga sanggup mengambil risiko tentang ketidaktentuan masa depan dengan suaminya itu. Cinta habis la konon tu.

Selain itu, terdapat juga wanita yang berani mengambil risiko dengan bercinta dengan suami orang. Walaupun kebahagian belum pasti dapat dikecapi, mereka tetap berani untuk menjolok sarang tebuan. Kebanyakan wanita yang mengambil risiko ini akan menggunakan alasan bahawa telah ditakdirkan mereka akan jatuh cinta dengan suami orang.

Wanita juga akan mengambil risiko di dalam aktiviti aktiviti fizikal yang jarang dilakukan oleh lelaki. Mereka sangat berani untuk berhimpit himpit di dalam shopping complex ketika SALE. Selain dari risiko kelemasan dan kesesakan nafas, mereka juga akan berhadapan dengan risiko kecederaan muscle akibat terlalu lama berdiri ketika memilih baju dan berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Selain itu, terdapat juga risiko kehabisan wang atau penambahan hutang akibat terlalu asyik berbelanja.

Di dalam konteks seni, wanita juga berani mengambil risiko dengan menconteng muka mereka secara bewarna warni walaupun hasilnya tidak seindah mana. Mereka juga berani berhadapan dengan risiko disaman kerana menyebabkan seseorang dimasukkan ke hospital akibat terkejut dan diserang sakit jantung apabila melihat muka mereka yang tak ubah seperti Chucky.

So Mark Webber, there you have it. Siapa cakap wanita tak berani mengambil risiko? Next time, think twice before you issue any statement related to women.


-PP-

1 comment:

Anonymous said...

aikk takkan ni jer risiko yg pp leh listkan utk pompuan? how about risiko beranak? ingat senang ker nak beranak?