30 May 2006

Pesanan Untuk Lelaki - Dilarang Memotong

Sanggupkah anda memotong zakar sendiri semata mata untuk membuktikan bahawa anda tidak berlaku curang kepada isteri anda? Jika anda memberi jawapan YA, maka anda dialu alukan untuk bersama sama dengan seorang lelaki yang sekarang ini sedang dirawat di Hospital USM, Kubang Kerian ketika ini.

Mengikut laporan berita, kejadian malang itu terjadi akibat perselisihan faham di antara lelaki tersebut yang dituduh mempunyai hubungan dengan wanita lain oleh isteri beliau. Walau bagaimanapun kejadian sebenar masih lagi tidak begitu jelas, samada kemaluan beliau dipotong oleh isterinya atau dipotong sendiri oleh lelaki tersebut. Mengikut kata anak lelaki sulong keluarga itu, bapanya telah bertindak memotong zakar demi membuktikan kesetiaan beliau terhadap rumahtanngga. Berita selanjutnya di www.nst.com.my.

Tahukan anda perbuatan memotong zakar adalah satu perbuatan yang sia sia dan tidak mendatangkan faedah, baik kepada diri sendiri, keluarga ataupun wanita simpanan anda? Anda bernasib baik sekiranya doktor dapat menyambung semula zakar yang tercedera itu. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa zakar anda tidak lagi dapat berfungsi secara normal dan ini akan membuatkan anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan masa depan. Anda mungkin tidak dapat menghasilkan zuriat untuk keluarga anda, dan perempuan simpanan anda juga akan lari meninggalkan anda di kemudian hari kerana kelakian anda sudah cacat. Anak anak anda yang sedia ada juga akan berdepan dengan kesan saikologi negatif apabila diejek oleh rakan rakan mereka.

Anda perlulah belajar dari kisah kisah yang telah terjadi sebelum ini. Terdapat satu kes tentang seorang lelaki yang disimbah dengan asid oleh isterinya sendiri akibat mempunyai kekasih lain. Pada penghujung hari, kekasih lelaki tersebut telah lari kerana lelaki itu tidak lagi handsome seperti sebelumnya. Lelaki itu bernasib baik kerana kawan kepada bekas kekasih beliau sudi menjadi teman hidupnya. Apa yang dapat disimpulkan dari peristiwa ini ialah, zakar memainkan peranan penting dalam mendapat pasangan hidup walaupun muka anda tidak handsome.

Cuba bayangkan pula apakah yang akan terjadi sekiranya para doktor gagal untuk menyambung semula bahagian yang terputus itu. Anda mungkin terpaksa membeli rambut palsu, gincu, pakaian wanita dan menukarkan diri anda kepada maknyah. Satu perkara yang tidak mungkin akan dilakukan oleh seorang lekaki yang dituduh mempunyai hubungan sulit kecuali lelaki tersebut mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk membuktikan kesetiaan anda selain dari memotong zakar. Anda boleh menggunakan salah satu dari cara cara berikut:

1. Bersumpah dengan linangan air mata. Lelaki juga boleh menggunakan air mata sebagai senjata terakhir. Lupakan sebentar ego anda demi kebahagian rumahtangga.
2. Meminta isteri anda memberikan bukti yang jelas tentang kecurangan anda. Kadang kadang isteri anda hanya ingin menguji. Isteri anda juga mungkin sedang berfantasi bahawa semua perempuan di dunia ini ingin merampas anda dari tangan beliau walaupun anda tidaklah handsome mana.(Ingat, handsome ialah perkara kedua dalam perhubungan, zakar merupakan elemen yang lebih penting).
3. Menawarkan diri untuk diikat dengan rantai besi di katil. Anda juga boleh mempelawa isteri untuk mengikut anda ke mana sahaja apabila anda keluar dari rumah termasuklah menunaikan sembahyang Jumaat.
4. Menikam atau memotong mana mana anggota badan yang tidak kritikal seperti buku lali, kuku dan hujung rambut. Sila pastikan anda hanya menggunakan pisau yang tumpul atau pun pisau plastik pemotong kek.
5. Mengurung diri di dalam bilik dan berdiam diri sehingga isteri anda menjadi risau dengan kelakuan anda. Anda juga boleh meracau racau seorang diri di dalam bilik. Isteri anda akhirnya akan sedar bahawa anda sebenarnya telah terkena buatan orang dan bukannya mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

Oleh yang demikian, nasihat Pipi kepada semua lelaki, walau bagaimana besar pun masalah anda, walaupun isteri anda tidak mempercayai anda, sila elakkan diri dari memotong zakar sebagai tanda kesetiaan anda terhadap isteri anda. Ingatlah pepatah Melayu “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak potong buruk padahnya”.

-PP-

No comments: