Semasa Pipi tengah tunggu nak bayar barang yang Pipi beli kat sebuah farmasi malam tadi, Pipi sempat membelek barang yang diletakkan di kaunter pembayaran bila Pipi nampak this Powerbar, makanan yang kasi instant energy tu la. Pipi pun tanya la budak yang jaga kaunter tu. “Benda ni memang berkesan ke? Atau cuma saikologi je” Dia jawab “Entah, berkesan la kot, ramai orang beli. Kalau pegi gym ke boleh la makan masa exercise. Kalau orang lari marathon pun dia makan benda ni jugak” Then I saw the price tag, RM7 satu bar. Pipi pun cakap kat budak tu lagi sekali “ Huish, tujuh ringgit, boleh dapat nasi dah ni”. Pipi sangat bersyukur kerana budak itu tidak berapa pandai dan memberi jawapan berikut “ Kalau makan nasi, tak boleh dapat tenaga segera”. Kalau dia pandai, mungkin dia akan cakap “ Kau pernah tengok ke orang marathon sambil makan nasi? Bodoh!”. Mesti Pipi akan terkedu kat situ dan tak tau nak letak muka kat mana. Syukur…syukur…lain kali tak buat dah……
-PP-
-PP-
1 comment:
tips interview paling bodo yang penah aku baca. tp no wonder la sbb yg tulih ni pun ngaku diri dia idiot.Bahasa ko guna sgt kurang sopanlah. mak ayah ko xajar adat berbahasa ke? next time bagi tamat ngaji dulu la.
by the way, da terlanjur aku terbaca aku bagiah comment sket. support sket blog ko nie..
Post a Comment