27 March 2006

Cinta Dan Perkahwinan dari Pandangan Serong Pipi

Proses bercinta adalah satu proses yang sangat kompleks dan memakan masa. Selain dari itu, proses bercinta juga akan memakan duit dan tenaga anda. Pipi rasa proses yang rumit ini boleh dimudahkan dengan mengikuti petua yang Pipi berikan kat bawah. As usual, follow at your own risk, Pipi tak akan bertanggungjawab sekira berlaku perkara yang memudaratkan.

If you like someone, and you want him/her to be your partner, I am talking about lover here, just go straight to the person and tell him/her that you like him/her and you want him/her to be your boyfriend/girlfriend. Sila jangan buang masa anda dengan ayat ayat hendak berkenalan dan berkawan. Proses berkawan dahulu dan bercinta kemudian sebenarnya sangat membuang masa. Just imagine, it takes about 1 year nak berkawan, then another year for you to have the gut to say that you love that someone, then another year before you got engaged plus 1 year engagement period before you get married, in total you spend 4 years, tak ke buang masa tu?

Anda tak perlu risau pasal kesesuaian antara antara anda dah pasangan, yang penting, mesti straight to the point, terus sahaja bercinta. Kalau agak agak tak sesuai, putus cinta. Takpe, bercinta 3 bulan then putus is better compared to kawan setahun, cinta setahun then putus. Buang masa, tenaga dan duit sahaja. Lagipun putus cinta lebih mudah dari putus kawan.

Kalau anda dah berjaya mendapat pasangan yang “sesuai” dengan langkah cinta express kat atas, terus sahaja mengikat tali pertunangan. Jangan tunggu lama lama, tak elok mata memandang. Tunang pun jangan lama lama sangat, takat 2 -3 bulan dah boleh kawin. Tak payah nak fikir or selidik pasal background tunang anda. Don’t worry kalau tunang anda kensel nak kawin on that wedding day itself sebab anda boleh tukar majlis perkahwinan menjadi majlis doa selamat. Kalau tak malu, boleh panggil orang suratkhabar sekali. Satu Malaysia akan tau anda kene tipu. On the bright side, satu Malaysia juga akan tau bahawa anda seorang yang single dan mungkin anda akan bertemu jodoh dengan mana mana pembaca suratkhabar yang kesian kat anda.

(Pesanan Pipi, untuk orang perempuan sahaja - sila perhatikan betul betul duit hantaran yang diletakkan di dalam album gambar. Kalau boleh, belek duit tu. Jangan main terima je. Nanti leceh pulak nak buat report polis la, laki masuk jel la, pasal kasi duit hantaran Photostat.)


Bagi sesiapa yang tak bertemu jodoh atau jodoh tak panjang, tak perlu risau sangat. The chances of you meeting the right person mesti ada punya. Normally, this will occur the age of 70 to 80 years untuk lelaki (50 – 60 untuk wanita). Make sure, masa kawin nanti cakap kat orang suratkhabar tu anda kawin kerana jodoh dan memerlukan seseorang sebagai teman. Bagi kaum lelaki, jangan hebahkan yang anda mempunyai stok Viagra yang mencukupi. Kalau anda duda or janda, jangan lupa berterima kasih kepada anak anak dan cucu cucu. Kalau anda bernasib baik, anda boleh melangsungkan perkahwinan bersama cucu anda dan disponsor oleh pihak Jawatankuasa Kampung anda.


Ini adalah peringatan yang paling penting untuk kaum lelaki. Sekiranya anda ingin berkahwin, sila perhatikan betul betul di bahagian "tandatangan pengantin lelaki" dekat surat kahwin tu. Sebenarnya terdapat satu clause yang ditulis dengan perkataan yang sangat kecil bagi mengaburi mata anda yang berbunyi " Saya yang menurut perintah", check betul betul before signing.

Whatever it is, macam orang selalu cakap, jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kita hanya mampu merancang. For those yang masih lagi tercari cari teman hidup, Pipi ucapkan best of luck. Please be reminded though, cinta sejenis adalah sangat sangat dilarang.

3 comments:

Anonymous said...

Hello Pipi, lama dah Pupu tak tinggal comment. Pada pandangan Pupu, Pipi sangat best. Teruskan perjuangan Pipi.

Anonymous said...

cinta sejenis tu apa? boleh tolong define.. sorry i'm an idiot, i know nuts..

Pipi said...

Cinta sejenis merupakan cinta yang tidak ada variasi. Semuanya satu jenis sahaja untuk seumur hidup percintaan. Contohnya kalau dating, mesti pegi tempat yang sama. Kalau makan, mesti makan benda yang sejenis. Cinta sedemikian adalah dilarang kerana ianya sangat membosankan dan kemungkinan untuk tempoh percintaan berpanjangan adalah sangat rendah. Sebab itulah cinta sejenis ini sangat sangat dilarang. Terima Kasih