09 March 2006

Idiots with Problems

(Blog Pipi dah disahkan tidak mengandungi ciri ciri spam)
Pernahkah anda terjumpa satu ruangan, selalunya dalam suratkhabar bahasa melayu la, di mana sekumpulan insan2 bengap menghantar masalah mereka untuk dijawab oleh ntah sapa2, yang pastinya akan dibaca oleh jutaan orang bengap yang lain?

I don't really understand this kind of people. Pipi rasa, diorang ni memang bodoh. Masalah paling ketara ialah diorang ni mengharapkan orang yang langsung mereka tak kenal untuk memberi pandangan tentang masalah mereka. Have they ever thought that the person in charge of that column might laugh to their stupid problem?

Pipi bukan pakar sakit jiwa ataupun kauselor dan Pipi tidak berminat langsung untuk membantu mereka yang bengap ini. Berikut adalah beberapa masalah yang pernah Pipi baca secara tidak sengaja, untuk Pipi bagi pandangan (sila ambik perhatian, ini ialah pandangan peribadi Pipi)

Kes 1
" Adik merupakan seorang remaja yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menyebabkan adalah selalu dikutuk oleh kawan2 adik. Adik sungguh merasa malu. Tolonglah selesaikan masalah adik ini. - Adik Montel"

Pandangan Pipi
Apalah budak ni.....First thing first, check diri sendiri dulu. Apasal berat badan hang lebih dari orang lain? Kuat makan ke? Memang baka cam tu ke? Takyah risau2 sangat kalau gemuk dik oi...Untuk menyelesaikan masalah rasa tersisih, cuba pergi kat mana mana stesen tv, pastu cakap, saya tak dapat sertai PLKN sebab saya gemuk. Secara tiba2 adik akan dapat masuk program menguruskan badan secara percuma dan glamer di universiti tempatan. Adik akan terus jadi popular dan tak kene kutuk lagi. Pasal kawan2 yang suka kutuk tu, buat tak tau je, they are not your friends. Memang dah jadi tabiat orang yang bengap untuk mempersendakan orang lain. Problem solved!

Kes 2
" Saya seorang lelaki yang meminati kaum sejenis, tolonglah saya wahai Puteri (Puteri ialah nama samaran kaunselor suratkabar yang tak bertauliah) - Jejaka Risau."

Pandangan serong Pipi
Idiot! Apasal hang pegi tulis surat mintak tolong kat Puteri? Tengok dari nama, sudah semestinya Puteri tu seorang wanita (unless dia menyamar atau dia pondan cam hang gak). Seorang wanita tidak dapat menolong menyelesaikan masalah lelaki gay. Kalau dia jatuh cinta kat hang pun, bukan hang nak kat dia. Hang minat lelaki. Kalau nak berubah, hang kene ubah sendiri. Hantar kat 10 suratkabar pun takleh jadi apa pun. Bengong! buang masa Puteri je.

Kes 3
" Saya berkahwin dengan seorang wanita yang berpendidikan tinggi. Masalah saya ialah isteri saya tidak mendengar cakap saya dan selalu menengking saya - Suami Teraniaya"

Pandangan Pipi
Pernah dengar peribahasa enggang sama enggang, pipit sama pipit tak? Dulu sebelum kawin apasal tak check betul2. Mungkin bini dia kawin dgn dia sebab dia dah boleh agak camne character future husband dia ni. Dilahirkan untuk ditengking oleh isteri. Takyah susah nak pegi counselling, buang masa je. Kalau berani, cerai je. Tapi mesti tak berani punya sebab isteri dia berpendidikan tinggi, gaji tinggi. Karang cerai, nak makan apa lak.

Kes 4
"Saya menghadapi masalah dalam percintaan. Setiap insan yang saya berkenan mesti tidak mahu mendampingi saya. Tolonglah, umur saya sudah lanjut - Anak Teruna (Dara) Tua"

Pandangan Pipi
Ambik cermin, tengok muka anda, ada tak something yang tak kene? Ada tak tertulis kat dahi anda perkataan "saya bodoh"? Kalau takde, ok. Anda masih ada harapan. Tengok peribadi anda? Best ke tak best. Kalau best, ok. Anda masih ada harapan. Kalau takde makwe/pakwe lagi pegi tengok nasib lak. Mungkin anda memang tak bernasib baik. By the way, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Now, pegi mandi bunga! buang suwey tu sikit.

Pipi rasa cukup lah membebankan korang semua dengan masalah masalah remeh temeh diorang ni. Apa yang Pipi pelik, betul ke ada orang camni? Yang sanggup nak hantar masalah dia kat suratkhabar? Ntah2, columnist tu reka sendiri tak? Tujuan utama - membodohkan pembaca suratkabar macam korang.

2 comments:

Anonymous said...

Bagaimanakah pula dgn permasalahan tenaga batin?ramai yg menulis diruangan 'doktor anda sedia menjawab' utk mengutarakan permasalahan berkenaan sakit2 tuan/puan,pd pendapat saya kes2 sebegini adalah wajar diutarakan di suratkhabar krn tuan punya diri mungkin malu utk berjumpa doktor secara 'face to face',jadi dgn mengutarakan masalah dan menyamar sebagai 'isteri derita' atau 'pucuk yg terkulai' mungkin dpt menyelesaikan masalah mereka tanpa perlu merasa malu.Ada betul?

Anonymous said...

hi pipi,apa kata pipi buat kolum camni jugak kat blog pipi ni. kolum Tanya Pipi. gerenti lagi ramai idiot yang nak join... boleh le kitorang yang tak idiot ni jadik tukang gelak....